website statistics
feed
Home arrow About Us arrow Committees arrow National Young Lawyers arrow YL Personality: Ernie Suffiani Binti Salim
Advertisement
YL Personality: Ernie Suffiani Binti Salim PDF Print E-mail
Thursday, 19 October 2006 06:00am

[disumbang oleh Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda Kebangsaan]

Ernie Suffiani Binti Salim“NYLC perlu untuk memartabatkan kredibiliti peguam-peguam muda”

Ernie Suffiani Binti Salim, 26 tahun, adalah graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan merupakan wakil Kedah/Perlis ke Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda Kebangsaan.

Apakah yang mendorong anda untuk menceburi bidang kepeguaman - sesuatu peristiwa, ideologi?

Ia cita-cita saya sejak kecil yang menjadi realiti. Saya melihat profesyen ini sebagai unik, penuh penghormatan (“noble profession”) dan mencabar batasan logik akal. Dari perspektif masyarakat, profesyen peguam dianggap sebagai lambang kekuasaan dan ‘immuniti’ di mana ramai beranggapan peguam-peguam adalah individu yang tidak boleh disentuh. Keunikan ini mendorong saya mendekati profesyen ini.

Bolehkah anda ceritakan tentang pengalaman bekerja di Kedah? Mengapakah anda pilih untuk mengamal di sini?

Jujurnya, saya tidak merancang untuk bekerja di Kedah dan saya secara tidak langsung bekerja di Alor Star, Kedah kerana menjalani latihan dalam kamar di firma guaman yang saya sedang bekerja sekarang. Walau bagaimanapun, saya dapati bekerja di Kedah juga tidak kurang dengan cabarannya walaupun ramai beranggapan bahawa Kedah adalah sebuah negeri yang agak pasif dari segi pembangunan, sosial dan ekonomi. Cabaran bekerja di negeri kelahiran sendiri adalah lebih kuat di mana umumnya masyarakat di Kedah kurang ilmu pengetahuan yang luas tentang undang-undang, khususnya masyarakat di pedalaman. Mereka ini lebih terdedah kepada menjadi ‘mangsa undang-undang’ di mana mereka lebih cenderung menjadi “blind-follower” semasa melakukan sesuatu urusan.

Bagaimana anda boleh terlibat dalam Jawatankuasa Peguam Muda?

Saya terlibat pada mulanya hanya untuk mengisi masa lapang dan selalu mengikuti program-program anjuran Jawatankuasa Negeri. Walaubagaimanapun, ia telah menjadikan saya lebih bersemangat, dapat membina keyakinan diri, menguruskan masa dengan lebih efisien dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

Adakah anda berpendapat adalah penting untuk setiap peguam mengambil bahagian atau menyumbang dalam aktiviti Badan Peguam; kenapa dan bagaimana caranya mereka boleh berbuat demikian?

Saya berpendapat bahawa setiap peguam perlu terlibat kerana seorang peguam adalah merupakan elemen penting yang mencetus kepada pembentukan Badan Peguam secara keseluruhannya. Badan Peguam tidak akan efektif dan pro-aktif tanpa penglibatan ahli-ahlinya. Sekiranya ada di kalangan mereka berdepan dengan sesuatu masalah, cara penyelesaian yang terbaik adalah dengan menyuarakan suara hati atau pendapat dan cuba mencari penyelesaian bersama secara kolektif menerusi Badan Peguam.

Pada pendapat anda, apakah yang anda nampak adalah kebaikan dan kekurangan dalam kerjaya kepeguaman pada masa ini, secara amnya dan di peringkat negeri?

Secara personal, saya melihat peguam-peguam muda masa kini perlu didedahkan dengan pendidikan undang-undang secara berterusan untuk memantapkan karier. Cabaran peguam-peguam muda lebih hebat apabila seksyen 46A(1)(a) dimansuhkan. Peguam-peguam muda sekarang perlu lebih berani dan pro-aktif untuk memperjuangkan hak dan karier mereka.

Jika anda boleh ubah sebarang perkara secara amnya atau dalam bidang kepeguaman ini, apakah 5 perkara yang akan diubah, kenapa dan mengapa?

Tiada apa yang perlu diubah. Cuma cara pemikiran mentaliti yang lebih luas dan terbuka serta perjuangan hak yang lebih telus dan menyeluruh.

Apakah pendapat anda tentang cadangan untuk membubarkan Jawatankuasa Peguam Muda di peringkat negeri dan nasional setelah seksyen 46A(1)(a) dimansuhkan? Adakah anda berpendapat bahawa jawatankuasa-jawatankuasa tersebut masih mempunyai peranan dalam memperjuangkan kepentingan peguam muda?

Apabila seksyen 46(A)(1)(a) dimansuhkan, sudah tentu secara logiknya ramai berpendapat NYLC sudah tidak relevan. Kenapa perlu dimansuhkan NYLC? NYLC bukan dibentuk semata-mata untuk memansuhkan Seksyen 46 (a) sahaja. Ia lebih kepada menjaga hak dan kepentingan peguam-peguam muda di samping menjadi nadi penggerak kepada pelatih-pelatih dalam kamar yang baru didaftarai dan peguam muda yang baru menjejaki profesion kepeguaman. Fungsi NYLC perlu dilihat secara menyeluruh kerana NYLC juga mampu menjadi medium perantaraan untuk peguam-peguam muda meningkatkan kemahiran advokasi, bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman. Cuma saya rasa NYLC perlu menghadkan fungsi-fungsinya dan hanya memberi keutamaan kepada isu-isu yang melibatkan peguam-peguam muda.

NYLC kekal relevan kerana impak pemansuhan s46A itu sendiri di mana tahap kemampuan peguam muda akan dinilai secara menyeluruh dari segi mutu kerja, kewibawaan dan kepimpinan, dan kebijaksanaan dalam menyelesaikan kes dituntut agar SETANDING dengan peguam-peguam yang lebih berpengalaman. Namun demikian, secara peribadi saya berpendapat s46A dimansuhkan di atas kertas sahaja kerana istilah "junior" dan "senior" sudah bertahun-tahun lamanya menjadi sebati dalam bidang kita dan memerlukan masa untuk semua orang menerimanya. Dari sudut ini, saya melihat NYLC perlu terus memainkan peranan untuk terus memartabatkan kredibiliti peguam-peguam muda.

Baru-baru ini JPMK sedang menjalankan kaji selidik tentang keadaan kerja peguam di seluruh negara. Apakah yang anda harap daripada kaji selidik ini?

Saya berharap kaji selidik tentang persekitaran kerja peguam muda ini mencapai objektifnya dan menjadi pemangkin kepada perubahan suasana persekitaran kerja yang berkualiti dan lebih positif, serta mampu memartabatkan kredibiliti peguam-peguam muda dalam melaksanakan tugas mereka dengan lebih produktif, efisien dan berdedikasi.

Pada pendapat anda, apakah sumbangan yang anda dapat beri kepada masyarakat, sebagai seorang peguam?

Perkataan ‘sumbangan’ terlalu besar impaknya. Saya lebih suka gantikan ia dengan perkataan ‘khidmat’. Sebagai peguam, masyarakat melihat kita sebagai sempurna dan mereka cenderung untuk bergantung sepenuhnya kepada peguam. Saya akan cuba untuk berkongsi ilmu undang-undang dengan cuba menambahkan pengetahuan undang-undang secara berterusan, di samping memupuk kesedaran undang-undang melalui saluran Biro Bantuan Guaman.

Apakah falsafah yang menjadi pegangan hidup,dan bagaimanakah ianya membantu dalam kerjaya kepeguaman ini?


“Action speaks louder than words” : apabila anda berpegang kepada prinsip ini, semua yang dirancang akan menjadi kenyataan.

Comments (1)Add Comment
I am volunteering myself to be interviewed :P
written by Kiang Jau Sang, Thursday, October 19 2006 05:57 pm

I am in Melaka. Will someone like to interview me for this section? ahem... smilies/tongue.gif


Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

PKR wants to restore immunity of monarchy



show last 4hrs - 24hrs