website statistics
feed
Home arrow News arrow Berita/Komen Undang-Undang arrow Hakim perlu jujur, telus – Abdul Hamid
Advertisement
Hakim perlu jujur, telus – Abdul Hamid PDF Print E-mail
Wednesday, 12 December 2007 06:48am

©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)

PUTRAJAYA 11 Dis. – Ketua Hakim Negara yang baru, Datuk Abdul Hamid Mohamad berkata, tiada jalan pintas untuk membersih dan memulihkan persepsi negatif awam terhadap badan kehakiman melainkan para hakim dan kakitangan mahkamah menjalankan tugas masing-masing dengan bersungguh-sungguh, jujur dan telus.

Beliau turut mengakui pelantikannya yang berkuat kuasa mulai 1 November lalu adalah satu amanah berat.

Jelasnya, lebih-lebih lagi pelantikan itu berlaku pada saat yang amat mencabar iaitu ketika orang ramai meragui kewibawaan mahkamah dalam melaksanakan keadilan dan mempersoalkan cara pelantikan hakim serta tingkah laku dan komitmen mereka dalam menjalankan tugas.

Katanya, persepsi awam mengambil masa untuk tersebar tetapi kewujudannya tidak bererti semuanya betul, namun ia tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

‘‘Bagi badan kehakiman, hakikat bahawa persepsi negatif seperti itu wujud sahaja pun sudah cukup untuk kita memberi perhatian yang serius kerana badan ini adalah satu-satunya badan yang ditugaskan untuk melaksanakan keadilan dan menyelesaikan perbalahan.

‘‘Mahkamah adalah benteng terakhir bagi sesebuah negara. Biar apa pun pandangan orang ramai terhadap badan kerajaan yang lain, selagi mereka masih yakin terhadap kewibawaan dan keberkesanan sistem keadilan, maka masih ada ruang untuk kesinambungan kewujudan masyarakat sivil dan ketenteraman negara.

‘‘Jika kepercayaan terhadap sistem keadilan hilang, maka huru-haralah akibatnya,” tegas beliau dalam ucapan sulung sempena pelantikannya sebagai Ketua Hakim Negara ke-11 yang baru di Istana Kehakiman, di sini, hari ini.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

PKR wants to restore immunity of monarchy



show last 4hrs - 24hrs