website statistics
feed
Home arrow About Us arrow Committees arrow National Young Lawyers arrow YL Personality: Mohd Taufik Bin Md Tahir
Advertisement
YL Personality: Mohd Taufik Bin Md Tahir PDF Print E-mail
Thursday, 06 December 2007 06:50am

Contributed by the National Young Lawyers Committee

YL Personality: Mohd Taufik Bin Md Tahir“Sistem perlantikan hakim perlu diubah”

Taufik dilahirkan pada 4 Januari 1978 di Kangar, Perlis dan telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Beliau merupakan pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar dan fraduan Universiti Islam Antarabangsa, dan telah beramal di beberapa firma di Pahang. Kini, Taufik mempunyai firmanya sendiri di Kuantan. Beliau telah ditemuramah oleh Tracy Hah baru-baru ini.

Sudah berapa lamakah Taufik mendalami bidang undang-undang?

Saya sudah berkecimpung dalam bidang undang-undang selama lebih kurang 4 tahun.

Apakah pandangan Taufik tentang video klip yang memaparkan seorang peguam bercakap menggunakan telefon berkenaan perlantikan dalam badan kehakiman?

Pada pendapat saya, di ketika ini, apa-apa pandangan yang diberikan mungkin akan berat sebelah dan tidak akan adil bagi pihak yang menerima kritikan memandangkan beliau atau mana-mana pihak yang terlibat masih belum memberi apa-apa penjelasan atau maklum balas.

Adakah pendapat Taufik terhadap sistem perlantikan hakim selepas melihat video klip tersebut?

Sistem perlantikan hakim di negara ini memang telah lama dipersoalkan. Timbulnya video klip tersebut telah memberi peluang untuk mempersoalkan lagi dengan lebih lanjut akan sistem perlantikan tersebut. Kita hanya boleh tunggu dan lihat sahaja jika sistem tersebut dapat diubah atau tidak. Mungkin kita akan kecewa kerana lagi lama isu ini dibiar tergantung, maka isu ini akan menjadi sejuk sahaja, sehinggalah tertimbulnya isu hangat lain yang dapat membangkitkan semula isu sistem perlantikan hakim di negara kita.

Dengan adanya penubuhan Suruhanjaya Diraja menjadi kenyataan, apakah perasaan Taufik terhadapnya?

Kita hanya boleh tunggu dan lihat sahaja apa yang dapat dilakukan oleh Suruhanjaya tersebut. Saya tidak mahu menaruh harapan yang tinggi kerana tidak mahu kecewa kelak jika tiada apa-apa perubahan yang memuaskan dapat dilakukan.

Adakah Taufik menyokong penubuhan Suruhanjaya tersebut?

Sudah tentu saya menyokong penubuhannya.

Apakah pendapat Taufik mengenai penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)?

Satu langkah yang positif dan menunjukkan keprihatinan pihak–pihak terhadap masyarakat Malaysia.

Adakah Taufik mempunyai apa-apa cadangan untuk menambahbaikan perjalanan dan pengurusan PDRM terutamanya dari aspek komposisi dan bidang kuasa IPCMC?

Saya kurang arif dalam soal bidang ini. Saya percaya pihak-pihak yang terlibat termasuk Majlis Peguam akan berusaha untuk meperbaiki komposisi dan bidangkuasa tersebut.

Secara keseluruhannya, adakah Taufik rasa apa-apa yang dibincangkan tadi mempunyai impak terhadap Taufik untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang peguam?

Sudah tentu ianya akan memberikan impak bukan sahaja terhadap saya malah terhadap peguam-peguam lain dan masyarakat Malaysia secara amnya. Jika pun impak tersebut tidak dirasai sekarang namun lambut laun akan terasa juga, samada secara langsung atau tidak langsung.

Other YL Personalities:

Goh Chuan Chean
Hemalatha Parasa Ramulu
Kho Yieng San
Ng Li Lin
Karthigesan a/l Shanmugam
Juna Binti Jusoh
Syamsuriatina Ishak
Albert Ding Choo Earn
Sulaiman Bin Abu Bakar
Nasdrul Umur Bin Shamsulhuda
Elaine Daly
Devkumar Kumaraendran
Sandesh Kabir Singh
Edelina Sophia Binti Sophian Pulle
Mohd Busyairy Bin Che Muda
Wong Fook Meng
Fadiah Nadwa Fikri
Lee Chooi Peng
Angeline Cheah Yin Leng
Mishant a/l Thiruchelvam
Shahrizal Bin Mohd Zin
Rezalman B. Bahran
Gavin Tang Cheng Loong

Noreen Ahmad Ariff
Nadia Ashikin binti Maduarin
David Dinesh Mathew
Nizam Bashir Bin Abdul Kariem Bashir
Amer Hamzah Bin Arshad
Ernie Suffiani Binti Salim
Ahmad Syukri Bin Yusoff
Dipendra Harshad Rai
Soo Wee Loon
Tracy Hah
Aminuddin bin Abdullah

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

PKR wants to restore immunity of monarchy



show last 4hrs - 24hrs