website statistics
feed
Home arrow About Us arrow Committees arrow National Young Lawyers arrow YL Personality: Juna Binti Jusoh
Advertisement
YL Personality: Juna Binti Jusoh PDF Print E-mail
Thursday, 06 September 2007 04:13am

Contributed by the National Young Lawyers Committee

YL Personality: Juna Binti Jusoh“Kurangkan yuran-yuran yang perlu dibayar oleh peguam”

Juna adalah anak Terengganu jati yang dilahirkan di Kuala Terengganu pada 11 Januari 1975. Anak ke-tiga daripada enam orang adik-beradik, beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka dan seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Tok Jiring, Kuala Terengganu. Seterusnya, beliau memperolehi Diploma Undang-undang di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin dan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di UiTM, Shah Alam. Beliau bekerja di Kuala Terengganu sejak bulan Mac 2005. Angeline Cheah sempat menemuramah Juna bagi segmen kali ini.

Mengapakah anda memilih untuk menjadi seorang peguam?

Minat yang mendalam membuatkan saya memilih untuk menceburi bidang ini.

Bagaimana perasaan anda mengamal undang-undang di negeri Terengganu?

Saya suka bekerja di Terengganu kerana pada saya tekanan kerja tidak terlalu membebankan. Tambahan pula kesemua "senior lawyer" yang ada di sini sentiasa membantu dan tidak lokek untuk memcurahkan ilmu yang mereka miliki. Pengalaman pertama yang tidak dapat dilupakan adalah mengendalikan kes bicara “running-down” dengan dua orang saksi semasa saya baru dua minggu bekerja.

Apakah bidang undang-undang yang anda ceburi?

Saya mengendalikan kes-kes litigasi dan juga hartanah “conveyancing”. Saya memang berminat di dalam bidang hartanah, akan tetapi, saya terpaksa mengendalikan kes-kes litagasi mengikut kehendak pejabat. Walaubagaimanapun, saya dapati kes-kes litagasi agak menarik dan sekarang saya suka akan kes-kes ini kerana saya dapat mempelajari sesuatu yang baru setiap masa.

Apakah pendapat anda tentang system latihan dalam kamar yang dipraktikkan pada masa ini? Bolehkah system ini diperbaiki lagi?

Pada pandangan saya, latihan dalam kamar yang dipraktikkan sekarang adalah berdasarkan firma mana yang diikuti oleh setiap pelatih. Pelatih akan belajar apa sahaja yang diberikan atau dipraktikkan oleh firma yang diikuti, bukan berdasarkan apa yang dipelajari. Walaubagaimanapun, masa 9 bulan yang diperunukkan adalah memadai.

Bolehkah anda membuat bandingan berlatih dalam firma yang besar dengan berlatih dalam firma yang sederhana atau kecil? Pada pendapat anda, apakah kebaikan dan keburukan masing-masing?

Seseorang yang berlatih di dalam firma yang besar akan membuat atau praktik perkara tertentu sahaja, contohnya jika dia ditempatkan di bahagian litigasi yang mengendalikan kes bankrapsi sahaja maka perkara tersebut sahaja yang akan dipraktikkan. Oleh yang demikian, dia tidak akan terdedah kepada cabang undang-undang yang lain. Manakala jika seseorang itu berlatih di dalam sebuah firma yang sederhana atau kecil yang mana firma tersebut mengendalikan semua kes, maka dia akan dapat mempraktik semua cabang undang-undang.

Anda merupakan wakil peguam muda negeri Terengganu ke NYLC.

Ya, perasaan ingin tahu membuatkan saya bersetuju untuk dilantik sebagai wakil peguam muda Negeri Terengganu. Saya sedaya-upaya cuba untuk terlibat dan menolong apa-apa aktiviti yang dibuat oleh Jawatankuasa Peguam Negeri, Pusat Bantuan Guaman dan NYLC sendiri.

Apakah yang anda ingin lihat untuk peguam-peguam muda di Trengganu?

Supaya peguam-peguam muda Terengganu lebih pro-aktif dalam menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan dan dianjurkan oleh Majlis Peguam untuk mendapat lebih ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Mengapa?

Saya berpendapat sedemikian kerana ia merupakan salah satu jalan baik untuk kita lebih terdedah kepada sesuatu yang baru dan untuk mendapat lebih pengalaman atau ilmu yang mana tidak pernah diajar di mana-mana institusi pengajian.

Baru-baru ini, kompleks mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur mengalami banyak kerosakan. Apakah pandangan anda terhadap situasi ini?

Kerosakan-kerosakan yang di alami oleh Kompleks Mahkamah tersebut membuatkan saya terfikir apa sebenar yang silap tentang pembinaan kompleks tersebut. Di mana silapnya? Kontraktor yang membina atau bahan yang digunakan? Walaubagaimanapun, kerosakan-kerosakan tersebut perlu dibaiki dengan segera supaya tidak mengganggu prosiding mahkamah.

Jika anda dilantik menjadi Presiden Majlis Peguam pada suatu hari kelak, apakah yang anda akan lakukan?

Pertama sekali, saya akan mengurangkan yuran-yuran yang saya rasa tidak perlu atau tidak munasabah. Keduanya, saya akan menganjurkan lebih banyak aktiviti di mana semua peguam tidak kira tua atau muda boleh melibatkan diri dan akhir sekali, saya akan memastikan bahawa tiada lagi aduan berkenaan dengan salah laku peguam terutamanya aduan tentang menyeleweng wang klien.

Ini harapan yang cukup besar! Sememangnya, yuran yang dibayar sekarang tidak mencukupi, and terdapat kemungkinan perlu untuk menaikkan taraf yuran. Apakah yuran-yuran yang disifatkan tidak perlu atau tidak munasabah?

Pada pendapat saya, kami perlu berfikir semula berkenaan “Building Fund” dan “Sport Fund”. Berkenaan “Legal Aid Fund” dan “LawCare Fund”, mengapa kami memerlukan kedua-duanya? “Compensation Fund” seakan-akan menduplikasi insurans yang kami terpaksa menanggung.

Terdapat komen bahawa suatu mekanisme perlu dilaksanakan oleh Kerajaan untuk mengawal wang yang diterima oleh peguam-peguam untuk mengelakkan penyelewengan. Apakah pandangan anda?

Sekiranya mekanisme tersebut diadakan, sewajarnya ia tidak patut membantutkan atau melambatkan lagi proses penyerahan wang.

Haruskah peguam-peguam muda dikawal rapi dengan kaedah-kaedah baru dilaksanakan apabila mereka membuka firma-firma baru?

Ya, kerana pada pandangan saya peguam-peguam muda sekarang terlalu “ambitious” - bercita-cita untuk membuka firma sendiri tanpa memikirkan risiko yang bakal mereka hadapi dan tanpa pengetahuan yang mencukupi untuk mengendalikan sebuah firma dengan baik.

Apakah cadangan anda yang lain untuk mengurangkan penyelewengan?

Salah satu cara yang boleh dibuat adalah dengan menghantar repot untuk firma secara berkala kepada Jawatankuasa Peguam Negeri ataupun Majlis Peguam.

Other YL Personalities:

Syamsuriatina Ishak
Albert Ding Choo Earn
Sulaiman Bin Abu Bakar
Nasdrul Umur Bin Shamsulhuda
Elaine Daly
Devkumar Kumaraendran
Sandesh Kabir Singh
Edelina Sophia Binti Sophian Pulle
Mohd Busyairy Bin Che Muda
Wong Fook Meng
Fadiah Nadwa Fikri
Lee Chooi Peng
Angeline Cheah Yin Leng
Mishant a/l Thiruchelvam
Shahrizal Bin Mohd Zin
Rezalman B. Bahran
Gavin Tang Cheng Loong

Noreen Ahmad Ariff
Nadia Ashikin binti Maduarin
David Dinesh Mathew
Nizam Bashir Bin Abdul Kariem Bashir
Amer Hamzah Bin Arshad
Ernie Suffiani Binti Salim
Ahmad Syukri Bin Yusoff
Dipendra Harshad Rai
Soo Wee Loon
Tracy Hah
Aminuddin bin Abdullah

Comments (1)Add Comment
Peguam-peguam muda sekarang terlalu “ambitious”
written by Jason Kay Kit Leon, Saturday, September 08 2007 06:26 pm

With regard to the three final questions in the interview, a quick perusal of the 25 lawyers wanted by the police (that came out in the newspapers in late May 2007) against the Legal Directory 2004/2005 showed that 5 of the names that were listed in it are lawyers with more than 7 years in practice in 2007.

Jason Kay Kit Leon


Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

Highway contracts to be declassified