|
©Utusan Malaysia (Digunakan
dengan kebenaran)
Oleh Azman Ibrahim
KUALA LUMPUR 20 Ogos – Ahli- ahli politik Melayu hari ini menggesa kerajaan
tidak tunduk kepada tuntutan MCA supaya tender projek-projek kerajaan dibuat
secara terbuka kerana permintaan itu bertentangan dengan semangat Dasar Ekonomi
Baru (DEB).
Menurut mereka, dasar tender yang dilaksanakan kerajaan selama ini telah memberi
banyak faedah yang turut dikongsi dan dirasai oleh semua kaum termasuk ahli-ahli
perniagaan Cina.
Ahli-ahli politik Melayu yang membuat gesaan itu menegaskan, dasar tender
kerajaan tersebut diasaskan daripada semangat kontrak sosial dan DEB.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad berkata, walaupun
syarikat-syarikat bumiputera diberi kelebihan mendapatkan tender-tender kerajaan,
namun syarikat-syarikat bukan bumiputera tidak terkecuali memperoleh faedah
daripada sistem tender itu.
Beliau berkata, kontraktor bumiputera tetap memerlukan kerjasama
syarikat-syarikat bukan bumiputera, khususnya syarikat-syarikat milik ahli
perniagaan Cina, bagi mendapatkan bahan-bahan binaan dan peralatan-peralatan
teknikal.
“Inilah yang dikatakan perkongsian dan ia harus diterima oleh semua rakyat
sebagai sesuatu yang positif.
“Apa yang kita amalkan selama ini mewujudkan rangkaian nilai yang dapat membantu
meningkatkan ekonomi negara dan dirasai oleh semua peringkat masyarakat,”
katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini.
Shahrir mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting semalam yang
meminta kerajaan melaksanakan tender terbuka tanpa mengira kaum dengan mendakwa
jika dilaksanakan langkah itu amalan ‘ali baba’ dapat dihapuskan dan akan
mewujudkan persaingan yang lebih sihat dalam ekonomi negara.
Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Raja Ahmad
Zainuddin Raja Omar pula menegaskan, kerajaan sudah berlaku adil kepada syarikat
bukan bumiputera, malah banyak syarikat bukan bumiputera jauh lebih maju dan
mendapat peluang yang lebih banyak di negara ini.
Beliau berpendapat syarikat bukan bumiputera tidak boleh mempersoalkan hak dan
kelebihan yang diperoleh oleh mana-mana syarikat bumiputera selama ini.
Dasar tender kerajaan itu, tegas Raja Ahmad Zainuddin, bertitik tolak daripada
aspirasi DEB untuk mewujudkan keseimbangan ekonomi di kalangan masyarakat.
‘‘Apa salahnya syarikat bumiputera dapat tender daripada kerajaan? Syarikat
bumiputera tidak bergerak sendirian. Mereka akan berkongsi perniagaan dengan
syarikat-syarikat bukan bumiputera lain... ini sudah memadai dan adil,’’ ujarnya.
Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, Datuk Roslan Awang Chik pula
mendedahkan, syarikat bukan bumiputera sebenarnya memperoleh faedah yang lebih
tinggi melalui tender yang diperoleh oleh syarikat bumiputera.
Beliau memberikan contoh bagaimana industri bahan binaan yang lazimnya
dimonopoli oleh syarikat bukan bumiputera untung besar apabila kontraktor
bumiputera memperoleh kontrak pembinaan daripada kerajaan.
“Kira-kira 60 peratus bisnes bahan binaan dikuasai oleh syarikat bukan
bumiputera. Syarikat bumiputera membeli bahan binaan daripada mereka.
‘‘Ini membuktikan syarikat bukan bumiputera tetap menikmati faedah walaupun
tender kerajaan diperoleh oleh syarikat bumiputera,’’ kata Roslan.
Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pemuda UMNO, Datuk Subahan Kamal pula memberitahu,
syarikat-syarikat bukan bumiputera juga banyak memperoleh tender kerajaan
terutama dalam bidang elektronik, rangkaian telekomunikasi dan pembinaan jalan
raya.
Justeru, katanya, adalah tidak adil jika pucuk pimpinan MCA meminta kesemua
tender kerajaan dibuat secara terbuka sedangkan hak yang dinikmati oleh
syarikat-syarikat bumiputera itu terlalu kecil.
‘‘Setakat ini sudah banyak syarikat konsesi swasta milik bukan bumiputera diberi
peluang untuk menjalankan projek kerajaan dengan nilai projek yang besar.
‘‘Kerajaan sudah berlaku adil... saya menyifatkan permintaan Presiden MCA itu
sebagai tidak kena pada masanya apatah lagi ketika negara bakal menyambut ulang
tahun kemerdekaan ke-50 pada 31 Ogos ini,’’ ujarnya.
Ketua Pemuda UMNO Johor, Razali Ibrahim pula menyifatkan permintaan Ka Ting
tidak kena pada tempatnya sedangkan beliau seharusnya mengambil kira banyak
perkara terutama isu kepentingan masyarakat bumiputera di negara ini.
“Walaupun niat Presiden MCA itu baik iaitu menuntut hak persamaan, namun ada
banyak perkara yang perlu dipertimbangkan seperti pencapaian ekonomi masyarakat
bumiputera yang jauh lebih rendah daripada kaum bukan bumiputera.
‘‘Belum tiba masanya kita membuka tender projek-projek kerajaan secara terbuka,”
katanya.
Menurut Razali, hak persamaan tidak boleh dilihat dari sudut ekonomi semata-mata.
‘‘Tuntutan hak persamaan perlu dilihat dalam konteks persefahaman dalam
pembangunan masyarakat,’’ kata beliau.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub berkata, tuntutan
daripada kaum bukan bumiputera mengenai sistem tender kerajaan tidak sepatutnya
timbul.
Sebagai rakyat Malaysia, katanya, pemimpin-pemimpin MCA harus memahami semangat
kontrak sosial yang menjadi asas perlembagaan negara.
‘‘Sebarang tuntutan oleh kaum bukan bumiputera seharusnya dikaitkan dengan
semangat kontrak sosial, maknanya mereka perlu faham bagaimana bermulanya
kewujudan negara ini.
‘‘Mereka juga perlu memahami semangat DEB,’’ kata Salahuddin.
|
In the beginning, when the DEB / NEP (New Economic Policy) was first introduced, we Malaysians had very high hopes; and our lives had since then, been built around those hopes, and our minds have since then, been cultivated such that they are always dominated by the true sense of 'UNITY', love and care.
We had hoped that OUR NATIONAL 'economic cake' would eventually be increased and enlarged in size - so as to be large enough to cater for the needs of ALL MALAYSIANS.
However, looking at the 'trouble' and 'strive' to get a taste of the 'miserable' cake, even after 49 years of "celebrations", this 'poor' cake must be indeed, still of its original, small size.
Otherwise, why all the trouble?
It is better not to have any cake at all than one which causes us so much trouble.
Let us all enjoy Life.
First, as Malaysians; then, be trouble-free.
We should enjoy the fresh air (which no one can envelope and sell to us); and then, the good sunshine which gives us Vitamins for free - and which no one, however enterprising he may be, can take away from us and cost us a fee.
We, being a religious nation, should appreciate the fact that it is only our good and gracious God who has been so kind to us, and given us SOMETHING FOR FREE.
So, Let us not trouble 'trouble' till trouble troubles us - and, definitely not a Tsunami!
Tan Peek Guat