Ucapan oleh Ragunath Kesavan, Presiden Badan Peguam, di Majlis Pelancaran Fasa ke-3 Kempen PerlembagaanKu (1 Mac 2010)
Tuesday, 02 March 2010 03:07pm
Yang Amat Berhormat Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor;
Ketua-Ketua Jabatan dan kakitangan-kakitangan di pejabat kerajaan;
Para pembicara forum yang bijaksana; dan
Saudara-saudari sekalian.
Salam sejahtera.
Saya bagi pihak Majlis Peguam berterima kasih kepada kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan kerana sudi melancarkan bersama Majlis Peguam Fasa ke3, Kempen PerlembagaanKu.
Pihak Majlis Peguam amat berbangga dengan penubuhan Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan yang disertai oleh 99 orang ahli yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan profesion. Kerja keras semua ahli jawatankuasa telah melahirkan kempen ini yang telah dirasmikan julung kali pada 13 November 2009. Walaupun ahli-ahli adalah dari latar belakang yang berbeza, mereka mempunyai satu matlamat yang sama; iaitu menjadi pemangkin untuk pembaharuan dan perubahan.
Sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjadikan kempen ini satu realiti. Kempen PerlembagaanKu merupakan satu kempen perubahan dan pembaharuan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran rakyat terhadap Perlembagaan Persekutuan .
Perlembagaan Persekutuan adalah nadi dan akar umbi kesemua undang-undang negeri dan negara, kuasa institusi kehakiman, parlimen dan kerajaan.
Konsep Rukunegara iaitu: · Kepercayaan kepada Tuhan · Kesetiaan kepada Raja dan Negara · Kedaulatan Undang-undang · Keluhuran Perlembagaan; dan · Kesopanan dan kesusilaan
Berasaskan Kepada Perlembagaan kita.
Apakah maksud rukun-rukun ini sekiranya kita tidak memahami kandungan Perlembagaan kita?
Pemahaman Perlembagaan adalah tanggungjawab semua. Kefahaman perlembagaan akan meningkatkan kesedaran kita terhadap hak, kuasa dan batasan kuasa institusi dan individu.
Objektif kami melalui kempen ini adalah untuk memudahkan pemahaman Perlembagaan untuk semua. Seharusnya pemahaman ini hendaklah bermula dari peringkat sekolah rendah dan bukan di peringkat ijazah undang-undang. Pemahaman Perlembagaan Persekutuan bukan hanya untuk ahli parlimen, ahli politik, peguam atau pensyarah undang-undang tetapi untuk semua.
Kami percaya bahawa penimbaan ilmu dan pengetahuan tidak mengenali batasan dan usaha-usaha dari pelbagai pihak untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap Perlembagaan masih belum terlambat. Oleh sebab itulah kempen ini bertekad menyebarkan kandungan Perlembagaan Persekutuan di dalam format yang mudah supaya ia boleh difahami oleh semua lapisan masyarakat.
Sejak pelancaran Fasa Pertama kempen ini, kejayaannya amat memuaskan. Setakat ini, kempen ini telah berjaya untuk menjana hampir 5000 orang peminat/pengikut di halaman Facebook.
Pelbagai kempen rancak dijalankan termasuk bengkel, ceramah, taklimat dan forum telah dikendalikan dengan jayanya di universiti-universiti, organisasi bukan kerajaan malah di peringkat Jawatankuasa Peguam Negeri Perak.
Yang terkini, saya dimaklumkan bahawa pelancaran kempen ini bukan sahaja di Semenangjung Malaysia. Malah perlancaran di Sibu dan Kuching juga sedang diaturkan.
Sekali lagi saya juga ingin merakamkan rasa besar hati dan bangga pada hari ini atas kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kerjasama dan sokongan ini menggalakkan jawatankuasa ini untuk berusaha dengan lebih keras lagi.
Pergerakan dan kempen ini bukanlah berkisar kepada Badan Peguam atau para peguam sahaja malah, ianya meliputi semua pihak dan kesemua lapisan masyarakat. Kami amat berbangga pada hari ini kerana dapat melancarkan kempen ini bersama dengan kakitangan-kakitangan kerajaan yang merupakan nadi dan penggerak negara!
Di sebalik bahasa undang-undang yang kompleks di dalam perlembagaan terdapat satu prinsip yang ingin kaum sampaikan iaitu: bagaimanakah kita boleh menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang berkembang maju untuk setiap orang dengan satu prinsip satu cita-cita.
Inilah objektif pergerakan ini – iaitu memastikan bahawa kefahaman mengenai perlembagaan ini akan menyerapi rakyat. Setakat ini, 75% daripada “outreach” kami adalah kepada golongan muda. Kami percaya bahawa golongan muda ini suatu hari kelak akan menjadi pemimpin dan harapan kami.
Dengan pemahaman mereka mengenai perlembagaan ini, kita bakal membina Negara Malaysia yang lebih matang dan sempurna.
Pelancaran Buku Panduan Rakyat ke-tiga menyentuh hubungan di antara kerajaan persekutuan dan negeri. Kesefahaman mengenai isu-isu yang melibatkan hubungan ini amat penting dan kritikal. Yang menariknya, pelancaran ini dibuat semasa hubungan mengenai kerajaan persekutuan dan negeri hangat dipertikaikan. Kami berharap Buku Panduan ini akan membantu semua pihak untuk lebih memahami konsep hubungan antara kerajaan persekutuan dan negeri .
Peringkat ini hanya permulaan kepada suatu perjalanan yang mencabar. Banyak lagi program yang akan diaturkan. Kami juga telah meminta sokongan dan pengendorsan daripada Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi supaya kempen ini dapat disebarkan ke sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia.
Bagi yang belum terlibat dengan pergerakan, Jangan berlengah lagi untuk melibatkan diri dan menjadi sebahagian daripada pergerakan ini.
2012 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Seminar on the Fundamentals of Conveyancing (24 Feb 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar featuring Jeremiah R Gurusamy will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 24 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Mediation Skills Training Course (29 Feb to 4 Mar 2012) Organised by Bar Council, the Mediation Skills Training Course will take place at 8:30 am to 5:30 pm, at Raja Aziz Addruse Auditorium, Bar Council, on 29 Feb to 4 Mar 2012 (Wednesday to Sunday). Deadline for registration and payment is 17 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Talk on “Land Fraud: An Australian Perspective” (13 Mar 2012) Organised by IGIL, GSGSG and UUM COLGIS, this free talk featuring Quintin George Rozario of Delta Law, Brisbane, Australia, will take place at 9:00 am, at Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen, Universiti Utara Malaysia, Kedah, on 13 Mar 2012 (Tuesday). To RSVP, contact Mr Abutt (04-928 4397; abutt@uum.edu.my).