Home
Committees
Constitutional Law Committee
Perlembagaanku: Kontradiksi dalam definisi
Committees
Constitutional Law Committee
Perlembagaanku: Kontradiksi dalam definisi | Perlembagaanku: Kontradiksi dalam definisi |
|
|
|
| Saturday, 14 November 2009 11:58pm | |
|
Mungkin ramai yang bertanggapan bahawa "Perlembagaan Persekutuan" tiada kena-mengena dengan kehidupan harian mereka. Namun, istilah "krisis perlembagaan" antara istilah yang menjelma di dada akhbar, dari mulut politikus, terutamanya selepas "tsunami politik" pada 8 Mac 2008. Head of Department of Law, Sunway College University, Paul Linus Andrews bertanggapan bahawa perlembagaan adalah satu dokumen yang masih "berevolusi", maka tidak terhad kepada definisi tertentu sahaja, malah wujud pendefinisian yang saling berkontradiksi.
Paul berkata, "sekarang kita masih dalam peringkat di mana wujudnya kontradiksi ketika mendefinisi. Jadi, timbul sedikit kesulitan. Tetapi, jangan kita lupa, semasa gerakan hak asasi kaum kulit hitam di Amerika Syarikat pada tahun 1960-an, mereka juga ditangkap." "Pada ketika itu, seruan untuk menuntut hak asasi ini mungkin dilihat sebagai tindakan yang mencabar order. Tetapi apabila sampai ke satu titik, semuanya akan dileraikan, maka sampailah satu keadaan pembebasan pendefinisian," jelasnya. "Seandainya anda mengimbas kembali, peristiwa ini berlaku tidak lama dahulu di AS. Jadi, adalah sesuatu yang normal bila wujudnya kontradiksi dalam pendefinisian, malah ia semestinya akan wujud," kata Paul. Paul Linus Andrews, bersama Samuel Leong, Yap Yin May dan Nadia Abu Bakar kini terlibat dalam kempen kesedaran "Perlembagaanku", yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Negara. Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, mereka menceritakan kempen yang bakal diusahakan dalam tempoh dua tahun ini. Kerajaan, polis mungkin salah menafsir Nadia Abu Bakar ketika ditanya sama ada tindakan polis menyuraikan perhimpunan itu bercanggahan dengan semangat perlembagaan, berkata kerajaan bukanlah peguam, dan polis juga hanya menurut perintah dari atasan, maka mereka mungkin salah mendefinisikan perlembagaan pada masa-masa tertentu. Yap Yin May pula berkata, pendefinisian perlembagaan itu seharusnya diserahkan kepada mahkamah, tetapi apabila wujudnya unsur politik dalam keadaan tertentu, maka kesudahannya mungkin berbeza. Perlembagaan walaupun ditulis dalam ayat yang difahami umum, tetap mencungkil pertikaian, iaitu sejauh manakah hak asasi tersebut diperuntukkan? Dalam kes ini, Lee Kwan Woh dihukum mati kerana kesalahan pengedaran dadah. Oleh sebab Mahkamah Tinggi tidak memberi peluang kepadanya untuk membela diri, maka kes ini dirayu ke Mahkamah Persekutuan. Panel tiga hakim bertanggapan bahawa mahkamah perlu mendefinisikan artikel berkaitan hak asasi secara luas. Keputusan Mahkamah Tinggi untuk tidak membenarkan Lee membela diri telah melanggar artikel 5(1) dalam Perlembagaan Persekutuan (hak untuk hidup). Selain itu, Mahkamah Tinggi didapati tidak cukup kritis ketika meneliti bukti yang dikemukakan oleh pendakwa raya, yang mana tidak konsisten antara satu sama lain. Maka, Lee Kwan Woh dibebaskan segera. *Sedutan daripada wawancara bersama Paul Linus Andrews, Samuel Leong, Yap Yin May dan Nadia Abu Bakar, oleh Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina Chen Shaua Fui. Majlis Peguam Negara akan melancarkan kempen kesedaran Perlembagaanku pada 13 November 2009. **Untuk keterangan lanjut kempen kesedaran ini, sila rujuk http://www.facebook.com/MyConstitution), Twitter (http://twitter.com/MyConsti), (http://www.malaysianbar.org.my/constitutional_law_commitee), dan Youtube (http://www.youtube.com/user/PerlembagaanKu). Nov 13, 2009 01:03:16 pm Set as favourite Share Email This Comments (0)
![]() Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.
|
| < Prev | Next > |
|---|








© 

















