feed
Home arrow Committees arrow Constitutional Law Committee arrow Perlancaran Fasa Ketiga Kempen Perlembagaanku: Hubungan Antara Persekutuan dan Negeri
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Perlancaran Fasa Ketiga Kempen Perlembagaanku: Hubungan Antara Persekutuan dan Negeri PDF Print E-mail
Wednesday, 31 March 2010 08:53am
Image Oleh Yvonne Young Ai Peng (diedit oleh Syahredzan bin Johan)

Fasa Ketiga Kempen Perlembagaanku telah dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim, di Dewan Annexe, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Shah Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, pada 1hb. Mac 2010 bermula pada pukul 2.30 petang.

Ragunath Kesavan, Presiden Badan Peguam, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua 99 orang ahli Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan yang terlibat dalam menjadikan Kempen PerlembagaanKu satu realiti. Kempen ini membawa perubahan dan pembaharuan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran rakyat terhadap Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan adalah nadi dan akar umbi kesemua undang-undang negeri dan negara, kuasa institusi Kehakiman, Parlimen dan Kerajaan. Beliau memuji tekad Jawatankuasa ini untuk menyebarkan intipati Perlembagaan melalui penyampaian yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. Sejak pelancaran Fasa Pertama kempen ini, kempen ini telah berjaya menjana lebih daripada 5000 orang peminat/pengikut di halaman Facebook.
Pelbagai agenda termasuk bengkel, ceramah, taklimat dan forum telah dikendalikan dengan jayanya di universiti-universiti, organisasi bukan kerajaan dan di peringkat Jawatankuasa Peguam Negeri Perak. Malah kini perlancaran di Sibu dan Kuching juga dalam perancangan. Beliau amat berbesar hati dan bangga atas kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ini akan menggalakkan Jawatankuasa ini untuk berusaha dengan lebih keras lagi. Pelancaran Buku Panduan Rakyat ketiga menyentuh mengenai hubungan di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Kebetulan pula, hubungan antara kedua-duanya sedang hangat dipertikaikan. Beliau berharap Buku Panduan ini akan membantu semua pihak untuk lebih memahami konsep hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri. Beliau mengakhiri ucapannya dengan mengalu-alukan sokongan serta pengendorsan daripada Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi supaya kempen ini dapat disebarkan ke sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia.

Image

Au Yong Wai Nyan, salah seorang ahli Jawatankuasa ini, membangkitkan semangat para hadirin dengan memaklumkan bahawa rakyat boleh memastikan Kerajaan Persekutuan dan negeri mematuhi Perlembagaan. Namun sebelum ia boleh menjadi kenyataan, rakyat perlu dilengkapi dengan pengetahuan yang mencukupi tentang Perlembagaan. Oleh demikian, rakyat digalakkan untuk melibatkan diri dalam kempen ini dengan mendapatkan kesemua Buku-buku Panduan Rakyat, menyertai forum-forum “Bual-bual Perlembagaan” dan menyebarkan kempen ini demi menyempurnakan tanggungjawab sebagai rakyat di negara yang indah ini.

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor Darul Ehsan, memulakan ucapan perasmian beliau dengan menegaskan bahawa kerajaan Selangor menyokong kempen merakyatkan Perlembagaan atas kefahaman bahawa perjuangan kempen ini tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan semangat Perlembagaan. Kerajaan Negeri Selangor dengan murah hati menyumbangkan 100,000 buah Buku Panduan Rakyat ketiga untuk diedarkan. Dengan penuh azam untuk berbakti kepada rakyat, YAB membentangkan kebimbangan beliau terhadap isu-isu yang melibatkan pertikaian dalam pentadbiran antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor. YAB khuatir bahawa isu perjanjian berkaitan air akan merugikan rakyat.  Begitu juga dengan dana yang disalurkan daripada Kerajaan Persekutuan tidak setimpal dengan sumbangan negeri sebanyak RM16 billion daripada jumlah pendapatan Kerajaan Persekutuan. Jika 20% daripada jumlah ini dipulangkan kepada negeri, perbelanjaan negeri akan menjadi dua kali ganda daripada apa yang ada sekarang. Tanpa peruntukan ini, sumber negeri adalah terhad dan ini boleh menyebabkan pembangunan di peringkat negeri terbantut. Kuasa-kuasa Pejabat Tanah dan Daerah serta Pihak Berkuasa Tempatan dan Negeri juga semakin diambil-alih oleh penubuhan badan-badan di bawah Kerajaan Persekutuan. Dengan demikian, YAB mencabar negara ini supaya mencontohi negara-negara China dan Indonesia di mana desentralisasi fiskal telah dilaksanakan bagi pemindahan kuasa Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan-Kerajaan Negeri dan tempatan untuk pembangunan menyeluruh.
Video Pesanan Khidmat Rakyat yang ketiga ditayangkan buat pertama kalinya dalam majlis ini.

Sewaktu forum “Bual-bual Perlembagaan” yang bertajuk “Kuasa Negeri: Realiti atau Mitos?” yang dikendalikan oleh moderator, Syahredzan bin Johan (Timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa), para hadirin amat kagum dengan hujahan-hujahan panel penceramah jemputan yang terdiri daripada Prof. Dr. Abdul Aziz Bari (pensyarah UIA), Dr. Mavis Puthucheary (bekas pensyarah UM), Fahda Nur binti Ahmad Kamar (peguam dan salah seorang penasihat undang-undang bagi negeri Selangor dalam isu air), Derak Fernandez (peguam dan ahli majlis kerajaan tempatan) dan Hanipa Maidin (peguam dan penasihat undang-undang parti PAS). Sebelum pilihanraya Mac 2008, tidak ada pertikaian hangat antara hubungan Kerajaan Persekutuan dan Negeri tetapi selepas 4 buah negeri mengalami perubahan kerajaan, timbul pula isu-isu berkenaan dengan hubungan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Dr. Abdul Aziz Bari memberikan gambaran tentang sejarah pembentukan Perlembagaan yang melibatkan Kerajaan Negeri dan membangkitkan isu di mana Kerajaan Persekutuan mencampur-tangan dalam pertikaian mengenai tanah di negeri Perak. Dr. Mavis mengakui bahawa pengagihan fiskal masih belum mencapai tahap sama rata, krisis-krisis politik di Sabah, Sarawak dan Kelantan menunjukkan Kerajaan Negeri tidak berdaya untuk mempertahankan diri dan menimbulkan persoalan sama ada Kerajaan-kerajaan Negeri berazam untuk membawa perubahan melalui desentralisasi. Hanipa membentangkan isu Kerajaan Negeri diberi kuasa pentadbiran oleh Perlembagaan mengenai agama Islam tetapi Kerajaan Persekutuan telah mencerobohi bidang kuasa tersebut yang berkaitan dengan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam di Kelantan, penggunaan perkataan “Allah” dan di mana pihak polis mengeluarkan lesen berhimpun secara terpilih.

Fahda Nur juga membentangkan isu pertikaian air di negeri Selangor dan menunjukkan bahawa Perlembagaan (contohnya Perkara 76) sangat memihak kepada Kerajaan Persekutuan sehingga wujudnya budaya “terima tanpa soal”. Para hadirin digalakkan agar memahami kandungan Perlembagaan dan mengenali kuasa pihak-pihak tertentu. Derek menerangkan kerajaan tempatan pasti akan mengalami banyak pertikaian kuasa kerana ia tertakluk di bawah Kerajaan Persekutuan dan negeri. Menurutnya, tujuan utama Perkara 76 ialah agar undang-undang negeri dapat diseragamkan tetapi telah disalahgunakan untuk merampas kuasa Kerajaan Negeri. Cara penyelesaiannya ialah dengan membawa pertikaian tersebut ke Mahkamah. Oleh demikian, badan kehakiman perlu bebas.
Akhirnya para hadirin diberi peluang untuk mengemukakan soalan kepada para penceramah. Soalan-soalan yang ditujukan menunjukkan kesedaran para hadirin terhadap hakikat sekiranya terdapat negeri-negeri yang mengalami diskriminasi, rakyatlah yang akan menerima padah. Antara soalan-soalan tersebut ialah bagaimana perubahan dapat dilakukan sekiranya terdapat pertikaian kuasa dan bagaimana kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri dapat dieratkan.

Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan amat menghargai sokongan yang diberi oleh Kerajaan Negei Selangor, para hadirin sekalian dan para penceramah jemputan. Kami berharap setiap rakyat akan meneruskan perjuangan kami dengan merakyatkan Perlembagaan kerana Kempen ini adalah sebuah kempen oleh rakyat demi rakyat. Anda juga boleh mengetahui tentang Kempen PerlembagaanKu dan mengikutinya di:
• www.perlembagaanku.com
• www.malaysianbar.org.my/constitutional_law_committee
• www.facebook.com/MyConstitution
• www.twitter.com/MyConsti
• www.youtube.com/user/PerlembagaanKu

Kami boleh dihubungi di:
Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan,
Sekretariat Majlis Peguam,
No.15, Leboh Pasar Besar,
50050 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2031 3003
Faks : 03-2026 1313
Emel : perlembagaanku@gmail.com

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Seminar on the Fundamentals of Conveyancing (24 Feb 2012)
Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar featuring Jeremiah R Gurusamy will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 24 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Your Login


We have 228 guests online

Teoh Beng Hock's family gets leave to appeal

Kamal Hisham Ja'afar



show last 4hrs - 24hrs
There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar
January 2012 February 2012 March 2012
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 5 1 2 3 4
Week 6 5 6 7 8 9 10 11
Week 7 12 13 14 15 16 17 18
Week 8 19 20 21 22 23 24 25
Week 9 26 27 28 29
Google