feed
Home arrow Committees arrow Constitutional Law Committee arrow Merakyatkan Perlembagaan, memperkasa Politik Baru
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Merakyatkan Perlembagaan, memperkasa Politik Baru PDF Print E-mail
Thursday, 10 December 2009 02:46pm
Imagewww.perlembagaanku.org.my (Digunakan dengan kebenaran)
Aziz Bari menulis

Pada 13 November lalu saya menyertai pelancaran kempen bertemakan Perlembagaanku anjuran Majlis Peguam. Sepanjang ingatan saya inilah kali pertama kempen seumpama itu dibuat. Sesungguhnya ia satu inisiatif yang perlu disokong oleh semua pihak, khususnya mereka yang cintakan demokrasi dan pemerkasaan suara rakyat di negara ini.

Saya tertarik dengan beberapa perkara yang disebut oleh Pengerusi Majlis Peguam, Ragunath Kesavan dalam ucapan perasmian. Antara lain beliau menekankan perlunya perlembagaan dilihat secara keseluruhan, tidak bercerai-cerai dan di luar konteks asalnya. Ini memang sering berlaku terutamanya apabila kes-kes tertentu yang melibatkan peruntukan-peruntukan perlembagaan. Inilah yang berlaku dalam kes-kes yang dibawa ke mahkamah ekoran krisis politik di Perak yang bermula hujung Januari lalu.

Dalam kes-kes tersebut apa yang dibincangkan ialah kuasa sultan dan speaker dewan sedangkan masalah yang timbul di Perak berlaku dalam satu kerangka dan senario politik tertentu. Ini termasuklah kerangka federalisme dan juga peranan dan kuasa pelbagai agensi seperti perkhidmatan awam termasuk pasokan polis dan agensi penguatkuasa rasuah SPRM.

Agensi-agensi yang berkenaan mempunyai peranan dan kuasa tertentu yang penting meskipun tidak berkaitan secara jelas dengan krisis politik berkenaan. Dan oleh kerana mereka tidak lagi dipandu oleh semangat yang sebenar maka kuasa yang diberi oleh undang-undang itu digunakan dengan cara yang akhirnya melawan maksud sebenar perlembagaan yang hendak memperkasa demokrasi. Dan berlakulah krisis yang begitu jijik di Perak.

Dalam sistem demokrasi jika keadilan tidak wujud jalan terakhir ialah mahkamah. Malangnya ini tidak berlaku. Setakat ini, baik yang melibatkan krisis politik di Perak atau kes kekosongan kerusi DUN Bukit Seputeh di Kedah, peruntukan perlembagaan dibaca dengan cara yang jelas menguntungkan atau menyelamatkan Barisan Nasional. Kecuali di mahkamah tinggi itulah fenomena yang berlaku. Sebab itu Mahkamah Persekutuan akhirnya melepaskan Datuk Seri Dr Zambry Kadir dari gantungan DUN Perak. Mengikut undang-undang yang betul ini tidak boleh berlaku kerana mahkamah tidak boleh campur tangan dalam urusan dewan; kuasa speaker adalah muktamad.

Itulah undang-undang yang ada; baik di Malaysia atau di negara-negara Komanwel lainnya yang mengamalkan sistem common law. Apa yang saya yakin menyakitkan hati rakyat ialah apabila mahkamah berbalik kepada undang-undang asal ini sebaik-baik sahaja yang disaman ialah Barisan Nasional; yakni apabila ada kes yang melibatkan speaker dari parti berkenaan. Dari segi undang-undang ini pelik kerana undang-undang mesti konsisten. Kalau ada perbezaan pun ia mestilah dilakukan dengan hujah yang kuat.

Senario sedemikian – yakni apabila mahkamah tidak lagi dapat diharapkan – memberi isyarat bahawa sistem ini sudah rosak atau telah dimanipulasikan. Dalam keadaan seperti ini kita tidak ada pilihan melainkan kembali kepada rakyat; yakni meminta mereka membuat keputusan yang sesuai apabila tiba pilihan raya nanti.

Apa kaitan antara masalah sistem dengan kuasa rakyat dalam pilihan raya? Jika kita melihat kerangka dan peruntukan yang ada kaitan itu memang tidak kelihatan. Tetapi kita harus ingat bahawa dalam menentukan perjalanan sistem ini peranan dan sikap eksekutif – khususnya kerajaan persekutuan – cukup kritikal. Dan masalah yang ada dalam sistem kita sekarang berpunca dari sikap kerajaan yang memerintah di peringkat persekutuan. Agak sukar untuk para hakim, polis dan SPRM keluar dari lengkaran kuasa dan pengaruh kerajaan persekutuan. Mereka yang berani mati saja sanggup mengambil langkah drastik.

Bagaimanapun adalah tidak mudah untuk membuat perubahan. Kita telah melihat bagaimana percubaan untuk berubah gagal; bermula dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 10 pada 1999. Ketika itu hampir 700,000 pengundi baru tidak dapat mengundi kerana pihk yang mengendalikan pilihan raya yakni SPR membuat bermacam-macam kerenah. Bayangkan apa terjadi kalau pengundi baru yang berang ketika Reformasi 1998-99 itu dibenarkan mengundi!

PRU ke 12 pada 2008 menunjukkan betapa rakyat sudah tidak tahan lagi. Meskipun ketika itu Pakatan Rakyat belum bergerak secara formal ramai calon mereka menang. Semua tahu bahawa kemenangan itu lebih merupakan natijah kepada apa yang dipanggil sebagai sentimen ABU (asal bukan Umno atau anything but Umno).

Dalam PRU 13 nanti ABU mungkin masih relevan. Tetapi Pakatan perlu lebih bersedia dan mengemukakan calon-calon yang baik. Kita tidak mahu lagi melihat calon-calon yang melompat dan bersedia dibeli oleh Barisan sebagaimana yang berlaku di Perak, Kedah dan terbaru di Selangor.

Mungkin mereka perlu melihat bagaimana Pas, khususnya Kelantan di bawah Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjaya mengekalkan kuasa sejak 1990 meskipun pada satu ketika, yakni selepas PRU 2004, beliau hanya mempunyai majoriti satu kerusi sahaja dalam DUN.

Setakat ini Pakatan nampaknya komited dengan ideal perlembagaan. Dan saya harap kerajaan-kerajaan negeri mereka dapat bekerjasama dengan Edmund Bon yang mengetuai kempen Majlis Peguam untuk merakyatkan perlembagaan itu. Saya ingin mengingatkan bahawa kita tidak harus terjebak dalam membicarakan isu-isu yang memecahkan; ini termasuklah isu akademik sama ada Malaysia negara sekular atau sebaliknya. Ada banyak lagi isu perlembagaan yang lebih dekat kepada masalah rakyat termasuk tidak wujudnya iklim demokrasi yang sesuai dan seumpamanya.

Kefahaman perlembagaan amat penting dalam memperkasa politik baru. Dari satu sudut merakyatkan perlembagaan pada hakikatnya adalah satu bentuk politik baru; politik yang tidak lagi ditandai oleh ugutan dan perbuatan-perbuatan yang menentang demokrasi seperti membeli undi dan seumpamanya.

Saya berpendapat politik baru bukanlah sesuatu yang baru kerana nilai-nilai yang hendak diperkasakan itu sebenarnya ialah nilai-nilai yang sudah lama dikenali oleh tamadun manusia. Ketelusan, keterbukaan, pertanggungjawaban dan kesamarataan adalah nilai-nilai yang sinonim dengan ketinggian tamadun dan kemanusiaan itu sendiri. Malangnya selama ini ia tenggelam di Malaysia; terbenam oleh isu-isu yang bersifat perkauman dan sentimen sempit lainnya.

Merakyatkan perlembagaan ini perlu kerana kita perlu membina landasan atau prasarana yang sesuai untuk politik baru tadi. Ini termasuk sistem dua parti yang mantap. Malangnya masih ada yang kabur dan kurang jelas. Dalam pada itu ada juga yang masih terperangkap dengan isu-isu kecil yang remeh. Ini kelihatan dalam Simposium Nasional Sistem Dua Parti anjuran IKD bulan lalu.

Saya setuju dengan ingatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan simposium itu. Katanya negeri-negeri yang Pakatan kuasai perlu menunjukkan contoh dan komitmen yang dapat menawan hati rakyat.

Sememangnya dari kacamata rakyat biasa itulah yang menjadi kunci sama ada Pakatan akan berjaya untuk menjadi alternatif kepada Barisan. Rakyat biasa tidak faham dan tidak berminat untuk membincangkan teori atau model sistem dua parti yang hendak diwujudkan di negara ini. Bagi mereka apa yang hendak mereka lihat ialah Pakatan serius dan komited untuk menangani masalah negara dengan cara yang lebih baik dan lebih murah dari apa yang dilakukan oleh Barisan selama ini.

Profesor Dr Abdul Aziz Bari mengajar undang-undang di UIAM, Gombak.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 79 guests online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
Google