feed
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Didik Hak Warganegara PDF Print E-mail
Wednesday, 16 December 2009 12:45am
©Suara Keadilan (diterbit dengan izin)
oleh Fazilah Sahir

Kesedaran rakyat mengenai hak-hak kewarganegaraan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan selama ini diambil enteng sehingga mendedahkan mereka kepada penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Majlis Peguam Malaysia mengambil berat hal ini dan mula melaksanakan kempen 'PerlembagaanKu' yang sudah bermula pada November lalu.

Kempen yang akan berjalan selama dua tahun ini bertujuan mendidik dan meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai kepentingan celik perlembagaan untuk setiap warganegara.

Ahli Jawatankuasa Majlis Peguam Malaysia, Edmund Bon Tai Soon yang ditemuramah pihak Suara Keadilan mahu rakyat Malaysian membaca dan memahami perlembagaan persekutuan melalui usaha mereka sendiri.

"Tidak ramai tahu hak-hak kewarganegaraan yang terkandung dalam perlembagaan. Disebabkan sikap tidak ambil berat rakyat ini mendedahkan mereka kepada penipuan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," kata Edmund.

Menurut beliau lebih merunsingkan lagi, apabila kajian mendapati 100 peratus pemahaman dan pengenalan mengenai perlembagaan persekutuan adalah sangat rendah di kalangan rakyat Malaysia.

Maka dengan itu, melalui setiap sembilan fasa yang merangkumi semua tema-tema perlembagaan persekutuan akan diterjemahkan melalui 'buku panduan' yang lebih mudah difahami malah di datangkan dalam bentuk yang menarik.

Rakyat boleh mendapat maklumat lanjut mengenai kempen ini dengan menontonnya melalui 'youtube', dan juga laman sosial facebook dan twitter atau laman web www.malaysianbar.org/constitutional_law_committee.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 76 guests online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
Google