Agenda terbaru DAP, PKR cabar kontrak sosial seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara
TINDAKAN kerajaan Selangor dan Pulau Pinang melarang kakitangan kerajaan negeri masing-masing menghadiri kursus anjuran Biro Tata Negara (BN) baru-baru ini, dengan alasan kononnya ia bermotifkan politik dan menanamkan semangat perkauman, adalah cubaan terbaru DAP menerusi sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR), mencabar kontrak sosial seperti termaktub dalam perlembagaan dan dipersetujui oleh tiga kaum terbesar ketika negara mencapai kemerdekaan dulu.
Walaupun jumlah kakitangan kerajaan negeri di Selangor dan Pulau Pinang yang terbabit dengan larangan itu amat kecil kerana majoriti pegawai awam di kedua-dua negeri itu berkhidmat dengan jabatan Persekutuan, ia memberi kesan besar dari segi anggapan umum terutama di kalangan generasi muda terhadap BTN itu sendiri.
Malah dakwaan pembangkang itu seolah-olah mempunyai asasnya apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kemudiannya dilaporkan berkata kerajaan akan merombak modul kursus BTN supaya selaras dengan gagasan 1Malaysia. Memang BTN mula memperkemas modul kursus dan programnya untuk tujuan itu sejak April lalu tetapi kenyataan Nazri memberi gambaran bahawa kerajaan berbuat demikian kerana 'pengharaman' kursus BTN di Selangor dan Pulau Pinang.
Benarkah program BTN menanam semangat perkauman seperti dakwaan parti pembangkang itu? Kalau benar, kenapa baru sekarang ia ditimbulkan selepas lebih 30 tahun agensi itu ditubuhkan. Atau apakah isu ini sengaja ditimbulkan bagi memberi imej buruk kepada BTN kerana modul dan program kursusnya yang selama ini berjaya melahirkan kakitangan awam yang patriotik, berintegriti dan tidak mudah tunduk kepada tekanan politik berbaur perkauman tanpa mengira ia dari parti memerintah atau pembangkang?
Seperti diperjelaskan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas BTN, Datuk Ahmad Mazlan, biro itu memberi penekanan kepada isu yang relevan dengan keadaan dan dasar semasa negara seperti Wawasan 2020, modal insan dan terbaru konsep 1Malaysia. Modul kursus 1Malaysia misalnya memberi tumpuan kepada perpaduan serta lapan nilai asas � budaya kecemerlangan, pemuliharaan, kemanusiaan, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.
Dari segi pendidikan politik pula, kursus BTN menyiapkan minda pegawai awam mengenai konsep perkongsian kuasa di negara ini di mana tidak mungkin mana-mana kaum dapat membentuk kerajaan tanpa bekerjasama dengan kaum lain. Modul kursus juga memberi kefahaman mengenai Perlembagaan Persekutuan, kontrak sosial, Islam sebagai agama rasmi dan hak keistimewaan orang Melayu.
Peserta kursus misalnya, diberitahu kenapa hanya Islam mempunyai jabatan khusus seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan bukannya agensi yang memayungi semua agama seperti di Indonesia. Jawapannya ialah kerana Islam adalah agama rasmi negara tetapi kedudukan itu tidak menghalang penganut agama lain melaksanakan kegiatan agama masing-masing.
Barangkali bab mengenai kedudukan Islam dan hak orang Melayu inilah yang disalahtafsirkan atau sengaja diselewengkan oleh pembangkang sebagai perkauman. Bagaimanapun, soal mengenai Ketua Negara mesti terdiri daripada Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewa Bumiputera di negara ini jelas termaktub dalam perlembagaan.
Kerana itu, peserta kursus yang terdiri daripada pegawai awam dan pelajar institut pengajian tinggi termasuk bukan Melayu perlu diberi kefahaman jelas mengenainya, apa lagi generasi baru yang mungkin tidak begitu faham dengan sejarah negara ini.
Bagaimanapun, umum mengetahui bahawa DAP, dalam sejarah penubuhannya tidak pernah menyokong ketuanan Melayu. Malah, bukanlah mustahil jika parti yang memperjuangkan konsep 'Malaysian Malaysia' itu akan meminda perlembagaan bagi menghapuskan perkara yang membabitkan ketuanan Melayu dan mungkin juga Islam jika ia ditakdirkan memerintah negara ini.
Tetapi DAP juga tahu mustahil ia mampu melakukan itu sebagaimana mustahil ia dapat memerintah negara ini tanpa kerjasama parti Melayu dan India. Namun, itu tidak menghalang DAP daripada menimbulkan isu-isu ini dari semasa ke semasa. Kali ini, DAP cuba mengelirukan rakyat dengan mengambil kesempatan daripada konsep 1Malaysia sehingga mencabar kerajaan supaya bukan saja membubarkan BTN malah berhenti menggunakan ungkapan ketuanan Melayu.
Hakikatnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak awal lagi menegaskan konsep 1Malaysia berbeza dengan 'Malaysian Malaysia' dan tidak terkeluar daripada semangat perlembagaan sekarang. Justeru, serangan DAP terhadap BTN, yang segera disambut oleh kerajaan PKR Selangor dan kerajaan DAP Pulau Pinang, hanyalah cubaan terbaru parti itu untuk menguji sejauh mana perjuangannya selama ini diterima oleh rakan-rakan bukan Melayu dalam pakatan pembangkang.
Setakat ini hanya PKR yang nampaknya beriya-iya menentang BTN, manakala kerajaan Pas di Kelantan dan Kedah dilihat masih berdiam diri berhubung tindakan Selangor dan Pulau Pinang itu. Pendirian Pas mengenai perkara ini penting kerana yang diserang oleh DAP sekarang bukannya BTN tetapi kontrak sosial yang sekian lama kita pertahankan.
2012 Bar Council Subscription Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
2012 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Bar Council Bookshop Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012) Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Talk on Summary Judgement (25 May 2012) Organised by the Selangor Bar Committee, this talk will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 25 May 2012 (Friday). The talk will be conducted by Ramesh Supramanian. Click on the link above for more details.
Seminar on Tax Issues in Financial Transactions (25 May 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar, featuring S Saravana Kumar, will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 25 May 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Dialogue with Criminal Law Practitioners (26 May 2012) Organised by Bar Council, this dialogue will take place at 10:00 am to 12:00 pm, at the Raja Aziz Addruse Auditorium, Bar Council, on 26 May 2012 (Saturday). Click on the link above for more details.
Conference on Competition Law (31 May 2012) Organised by Bar Council with the support of LexisNexis, this conference will take place at 8:30 am to 4:00 pm, at Renaissance Kuala Lumpur Hotel, on 31 May 2012 (Thursday). For more details or to register, please contact Vilashini Vijayan (03-2050 2095; vila@malaysianbar.org.my). Click on the link above for more details.
Talk on What Clients Want (7 June 2012) Organised by the KL Bar Practitioners' Affairs Committee, the talk, presented by Ong Eu Jin, will take place at 5:00 pm, at the KL Bar Auditorium, on 7 June 2012 (Thursday). Click on the link above for more details.
4th LAWASIA Family Law Conference, Penang (13 and 14 July 2012) Supported by Penang Bar Committee and the Malaysian Bar, this conference, themed “The New Global Family: Emerging Trends and Challenges to Family Practice”, will take place at Traders Hotel, Penang, on 13 and 14 July 2012 (Friday and Saturday). Click on the link above for more details.
This diatribe is just a party political broadcast. Do we really need to reproduce this rubbish on the Bar website?