13 November 2009 menyaksikan pelancaran fasa pertama Kempen PerlembagaanKu di mana ruang auditorium di Bangunan Majlis Peguam sesak dengan kira-kira 300 orang daripada pelbagai lapisan samada daripada pihak kedutaan, ahli akademik, peguam, pelatih dalam kamar, wakil-wakil badan bukan kerajaan dan aktivis, pelajar dan masyarakat awam. Sejak hari itu tidak sama sekali sambutan terhadap kempen ini berkurangan. Beberapa institusi telah menyatakan minat untuk bekerjasama dalam menyebarkan lagi kempen ini. Pelancaran satelit beserta bengkel telah dilakukan di Kolej Taylor’s tidak lama dahulu dan maklumbalas daripada peserta sungguh menggalakkan.
Antara program yang sudah berada dalam perancangan adalah pelancaran satelit di beberapa negeri seperti Kedah dan Sarawak, kolaborasi bersama Sisters in Islam, kerjasama bersama institusi-institusi akademik seperti Kolej Sunway dan Universiti Malaya, serta program melatih kakitangan awam kerajaan negeri. Terdapat juga usahasama yang bersepadu antara pihak media dan Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan dalam meningkatkan kesedaran rakyat akan Perlembagaan Persekutuan melalui media cetak dan elektronik. Kesemua perkembangan ini membawa kepada satu kesimpulan… bahawa penganjuran Kempen ini adalah suatu keputusan yang tepat, bahawa sememangnya telah tiba masa untuk rakyat diperkasakan dengan pengetahuan Perlembagaan dalam mewujudkan komuniti yang progresif dan sedar akan hak-hak mereka.
Secara jujurnya, sambutan hebat dari seluruh negara ini telah membakar lagi semangat jawatankuasa untuk meneruskan misi ulung ini dengan melancarkan fasa kedua kempen. Fokus pada kali ini adalah institusi-institusi di bawah Perlembagaan dan konsep pemisahan kuasa.
Secara amnya pemisahan kuasa merupakan satu konsep di mana kuasa untuk memerintah kerajaan dibahagikan antara institusi-institusi yang berbeza dan bebas. Pembahagian ini ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Terdapat sebuah institusi khas yang menggubal undang-undang, sebuah institusi untuk melaksanakan undang-undang dan sebuah lagi institusi yang memutuskan maksud yang dibawa oleh sesuatu peruntukan undang-undang dan mengeluarkan perintah untuk memastikan kepatuhan terhadap undnag-undang tersebut. Perlunya konsep ini dalam institusi menjalankan tugas mereka, adalah supaya tiada suatu institusi yang memiliki kuasa tanpa had. Jika keadaan ini dibenarkan, akan terdapat kecenderungan untuk penyalahgunaan kuasa berlaku. Salahguna kuasa di bawah konsep pemisahan kuasa dapat dielakkan melalui mekanisme semak dan imbang.
Dilihat daripada segi sejarah, idea pemisahan kuasa ini dipopularkan oleh seorang ahli falsafah politik Montesquieu. Pandangan beliau, “….apabila kuasa perundangan dan eksekutif berada di dalam entiti atau orang yang sama, maka kebebasan akan hilang kerana kebimbangan akan timbul bahawa entiti atau orang yang membuat undang-undang yang zalim akan kemudian juga melaksanakannya secara zalim, begitu juga jika kuasa kehakiman tidak dipisahkan daripada kuasa perundangan dan eksekutif. Jika ia disekalikan dengan kuasa perundangan, nyawa dan kebebasan rakyat akan terdedah kepada kawalan berwewenang kerana hakim juga adalah penggubal undang-undang. Jika disekalikan dengan kuasa eksekutif, hakim mungkin bertindak dengan keganasan dan tekanan.”
Prinsip ini sebenarnya telah diperkenal lama dahulu dari zaman Aristotle lagi. Konsep ini telah digunapakai dalam beberapa pemerintahan negara dunia. Di Malaysia, kita telah membawa masuk sistem Westminster dari United Kingdom dalam aplikasi konsep pemisahan kuasa di mana tiada pemisahan nyata antara cabang perundangan dan eksekutif kerana ahli cabang eksekutif juga adalah dilantik dari kalangan anggota perundangan, walaubagaimanapun terdapat pemisahan nyata antara kedua-dua cabang ini (eksekutif, perundangan) dan cabang kehakiman. Sekali pandang mungkin ramai yang berpendapat model Westminster ini tidak menyokong konsep sebenar pemisahan kuasa. Realitinya, tidak ada satu pemerintahan di dunia yang mengamalkan pemisahan kuasa yang nyata antara ketiga-tiga cabang pemerintahan. Apa yang perlu ditekankan adalah perlu ada sistem semak dan imbang yang utuh dalam mengawal kuasa terlampau oleh sesebuah institusi.
Melihat kepada situasi politik negara setakat ini, rata-rata ada yang berpendapat bahawa konsep pemisahan kuasa sudah hilang kepentingan dan penghayatannya. Krisis kehakiman pada tahun 1988 bagi sebilangan ramai merupakan kemuncak ancaman terhadap pemisahan kuasa telah disaksikan dengan jelas oleh Rakyat Malaysia mealui pindaan Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan. Sebelum pindaan ini, Mahkamah mempunyai kuasa untuk menyemak mana-mana kes yang dirujuk kepada Mahkamah (ini juga dikenali sebagai kuasa penghakiman). Kuasa yang dizahirkan secara terus daripada Perlembagaan ini bertindak sebagai suatu mekanisme semak dan imbang yang efektif terutama dalam mengawal kuasa dan perlaksanaan undang-undang oleh eksekutif iaitu kerajaan.
Pindaan kepada Perlembagaan pada 1988 malangnya cuba untuk memperlekehkan kepentingan semak dan imbang ini dengan mengubah kuasa Mahkamah supaya Mahkamah hanya mempunyai kuasa yang diberikan oleh Parlimen. Impaknya, Mahkamah hanya boleh menyemak undang-undang Parlimen dan tindakan-tindakan Kerajaan sekiranya Parlimen membenarkan Mahkamah-mahkamah berbuat demikian. Contoh jelas adalah kuasa penyemakan Mahkamah dihalang atas perlaksanaan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984. Jelas di sini tiada sebarang ‘semak’ mahupun ‘imbang’ boleh dijalankan oleh institusi kehakiman ke atas institusi lain sedangkan konsep kedaulatan undang-undang mendukung nilai-nilai kebebasan badan kehakiman dalam menjalankan fungsi dan peranan mahkamah serta prinsip di mana semua orang adlah sama rata di sisi undang-undang. Tidak ada seorangpun yang sepatutnya terlepas daripada undang-undang.
Namun demikian, ramai yang berpendapat bahawa kuasa Mahkamah-mahkamah tidak boleh dirampas oleh Parlimen kerana ia merupakan suatu struktur asas Perlembagaan. Jika hujah ini diterima, pindaan pada 1988 tidak dapat diterima-pakai dan tidak membawa kesan kepada kebebasan kehakiman.
Keputusan Mahkamah Rayuan dalam 2007 oleh Datuk Gopal Sri Ram (Kok Wah Kuan v Pendakwaraya) menyatakan doktrin ini adalah penting dalam Perlembagaan Malaysia. Merujuk kepada Artikel 4(1), sebarang tindakan negeri yang melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan mesti dibatalkan kerana tidak beperlembagaan.
Walaubagaimanapun apabila kes ini dibawa ke Mahkamah Persekutuan, Mahkamah berpendapat bahawa keputusan kes perlu bersandarkan apa yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan. Oleh kerana Perlembagaan menetapkan bidangkuasa mahkamah tertakluk kepada undang-undang persekutuan, maka rujukan kepada undang-undang kepada undang-undang persekutuan perlu dilakukan dan ini tidak dianggap bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam isu lain membabitkan Speaker Dewan Undangan Negeri, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penafsiran Artikel 72 tertakluk kepada kewujudan suatu bidangkuasa samada secara sedia ada atau yang diperuntukkan, Mahkamah mempunyai kuasa untuk mendengar dan seterusnya memutuskan bahawa tindakan penggantungan speaker adalah tidak sah. Perlu diingat bahawa Artikel 72 memperuntukkan “Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah”.
Adakah konsep sebenar pemisahan kuasa dan kepentingannya telah diambilkira dalam keputusan Mahkamah?
Atau adakah konsep pemisahan kuasa ini telah hilang perkaitannya dalam memberi tafsiran kepada isi kandungan Perlembagaan Persekutuan?
Persoalan-persoalan ini kami cuba utarakan terhadap rakyat melalui fasa kedua kempen ini. Sasaran kami adalah untuk memaklumkan kepada umum apakah maksud sebenar konsep ini, kepentingan, dan perlaksanaannya dalam pemerintahan di Malaysia. Seterusnya kami serahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri isu-isu keperlembagaan ini samada sebarang tindakan dan keputusan adalah mengikut semangat perlembagaan itu.
Pelancaran fasa kedua Kempen PerlembagaanKu kali ini bersedia untuk menemui rakyat pada 15 Januari ini dengan beberapa inisiatif baru. Kini dalam proses percetakan adalah Buku Panduan Rakyat Siri Kedua bertajuk Institusi-Institusi Perlembagaan dan Pemisahan Kuasa. Diterjemahkan dalam dua bahasa, edisi awal buku panduan ini akan diedarkan semasa pelancaran nanti. Selain daripada itu, Pesanan Khidmat Rakyat Siri kedua mengenai tema yang sama juga akan ditayangkan buat pertama kalinya pada hari tersebut. Tidak cukup dengan itu, kami juga menganjurkan sesi perbualan bersama individu-individu terkemuka, antaranya Datuk VC George (bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan bekas Presiden Majlis Peguam) yang akan bertindak sebagai moderator. Antara ahli-ahli panel yang akan terlibat ialah Datuk Dr Wan Junaidi (timbalan Yang di Pertuan Dewan Rakyat) dan Datuk Kadir Sulaiman (bekas Hakim Mahkamah Persekutuan).
Kesemua program ini disusun khas untuk mendidik dan meningkatkan lagi kesedaran rakyat akan Perlembagaan Persekutuan. Maka kami mengalu-alukan masyarakat umum, tidak kira siapa anda, apa jua latarbelakang anda, untuk datang ke Majlis Pelancaran Fasa Kedua Kempen Perlembagaanku pada hari Jumaat 15 Januari 2010bertempat di Kolej Sunway, Subang bermula pada pukul 4.00 petang.
2012 Bar Council Subscription Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
2012 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Bar Council Bookshop Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012) Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Talk on Summary Judgement (25 May 2012) Organised by the Selangor Bar Committee, this talk will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 25 May 2012 (Friday). The talk will be conducted by Ramesh Supramanian. Click on the link above for more details.
Seminar on Tax Issues in Financial Transactions (25 May 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar, featuring S Saravana Kumar, will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 25 May 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Dialogue with Criminal Law Practitioners (26 May 2012) Organised by Bar Council, this dialogue will take place at 10:00 am to 12:00 pm, at the Raja Aziz Addruse Auditorium, Bar Council, on 26 May 2012 (Saturday). Click on the link above for more details.
Conference on Competition Law (31 May 2012) Organised by Bar Council with the support of LexisNexis, this conference will take place at 8:30 am to 4:00 pm, at Renaissance Kuala Lumpur Hotel, on 31 May 2012 (Thursday). For more details or to register, please contact Vilashini Vijayan (03-2050 2095; vila@malaysianbar.org.my). Click on the link above for more details.
Talk on What Clients Want (7 June 2012) Organised by the KL Bar Practitioners' Affairs Committee, the talk, presented by Ong Eu Jin, will take place at 5:00 pm, at the KL Bar Auditorium, on 7 June 2012 (Thursday). Click on the link above for more details.
4th LAWASIA Family Law Conference, Penang (13 and 14 July 2012) Supported by Penang Bar Committee and the Malaysian Bar, this conference, themed “The New Global Family: Emerging Trends and Challenges to Family Practice”, will take place at Traders Hotel, Penang, on 13 and 14 July 2012 (Friday and Saturday). Click on the link above for more details.