Majlis Peguam anti-Islam - Zulkifli Noordin
Dialog Terbuka dengan Emosi Terbuka
			<description>Sebagai seorang Muslim dan juga Ahli Majlis Peguam, saya sungguh kecewa dengan tindakan En. Zulkifli yang seolah-olah menyatakan bahawa Majlis Peguam mempertikaikan hak untuk memeluk agama Islam. Persepti seperti itu sama sekali salah dan naif. Kita sebagai rakyat Malaysia sedia maklum bahawa terdapat beberapa isu PENTING di dalam perundangan yang perlu dibincangkan secara TERBUKA kerana ia melibatkan semua pihak termasuk yang bukan Islam. Jangan kerana En. Zulkifli merasakan bahawa dia benar maka seluruh umat Islam lain bersetuju dengan tindakannya. Sikap matang terutamanya dari golongan professional itu sangat penting terutamanya dari seorang wakil Parlimen seperti En. Zulkifli sendiri. Saya sendiri kadang kala terkeliru dengan perkataan "Isu Sensitif" ini. Sensitif pada siapa? adalah pada semua rakyat, segelintir pihak atau satu pihak. Janganlah dipolitikkan isu sebegini kerana ianya merugikan rakyat Malaysia. Mungkin kes Subashini dan Lina Joy sudah dianggap berakhir tetapi pernahkah En. Zulkifli terfikir akan perkara yang sama berulang lagi? Jika tidak diselesaikan sekarang bila lagi? Adakah bila semua pihak berasa tidak berpuas hati lalu memberontak baru mahu dibincangkan hal ini? Allah itu Maha Besar dan Maha Mengetahui janganlah takut pada perbincangan kerana itu adalah perkara utama dalam setiap penyelesaian. 
Mohd Hezri Bin Shaharil - Mohd Hezri Bin Shaharil</description>