feed
Home arrow News arrow Business News arrow Akta belum cukup bendung keganasan
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Akta belum cukup bendung keganasan PDF Print E-mail
Saturday, 25 September 2010 10:00am
©Berita Harian (Digunakan dengan kebenaran)

KUALA LUMPUR: Pakar bidang kajian konflik, persenjataan dan hubungan strategik antarabangsa, Prof Dr Gerard Chaliand, menyifatkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dilaksanakan di negara ini masih belum cukup untuk menangani risiko kegiatan kumpulan pengganas.

Beliau yang juga Penasihat Pusat Analisis dan Perancangan Kementerian Luar Perancis, berkata Malaysia turut memerlukan pasukan khas menangani kecemasan yang lebih terlatih di samping meningkatkan kemampuan risikannya.

“Kumpulan pengganas ini semakin canggih. Mereka bukan saja dari Malaysia tetapi juga mempunyai rangkaian dengan negara jiran.
“Malah, usaha mengekang keganasan memerlukan kerjasama di peringkat antarabangsa. Ia turut memerlukan kerjasama dan profesionalisme dan tugas ini juga mengambil masa kerana kegiatan keganasan akan berterusan untuk bertahun-tahun akan datang dan memerlukan pendekatan yang serius,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan syarahan bertajuk Keganasan: Masa Lalu, Kini dan Masa Depan, anjuran bersama Pusat Rantau Asia Tenggara bagi Menangani Keganasan (SEARCCT) dan Kedutaan Perancis di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini, semalam.

Gerard turut memuji usaha Malaysia mengekang kumpulan pengganas, khususnya ketika di bawah era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengenai Islamofobia, Gerard menyifatkan apa yang berlaku adalah penolakan masyarakat Barat terhadap kumpulan yang menyalahgunakan konsep jihad dalam usaha mereka.
Gerard yang juga Pengarah Pusat Eropah dalam Kajian Konflik berkata, masyarakat Barat melihat kumpulan Islam ini memperguna agama Islam untuk kepentingan mereka.

“Kumpulan ini berselindung di sebalik nama Islam memperjuangkan apa yang mereka mahukan sehingga tindakan itu sebenarnya mencemar Islam,” katanya.
Tindakan kumpulan ini sebenarnya akan mencetus peperangan,” katanya.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 239 guests and 5 members online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
April 2012 May 2012 June 2012
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 18 1 2 3 4 5
Week 19 6 7 8 9 10 11 12
Week 20 13 14 15 16 17 18 19
Week 21 20 21 22 23 24 25 26
Week 22 27 28 29 30 31
Google