News/Articles/Notices
News
Berita/Komen Undang Undang
'Tindakan bank pelihara kepentingan Bumiputera' | 'Tindakan bank pelihara kepentingan Bumiputera' |
|
|
|
| Saturday, 12 May 2007 08:06am | |
|
Kita tidak boleh membina masa depan Malaysia dengan pendekatan, sesiapa cepat dan cekap, dia dapat. Kita perlu sedar bahawa orang Melayu atau Bumiputera negara ini mewakili 62 peratus populasi penduduk, tetapi hanya menguasai 18 peratus sektor korporat. KUALA LUMPUR: Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) berpendapat keputusan Maybank menetapkan syarat pegangan ekuiti Bumiputera dalam firma guaman yang dilantik sebagai panel peguamnya, dapat memastikan kepentingan golongan itu terpelihara dan bersaing dalam persekitaran lebih adil. Pengerusi Gabem, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, berkata tindakan Maybank menetapkan peraturan baru itu adalah positif dan menunjukkan sifat patriotik kumpulan perbankan terbesar negara itu. "Gabem ingin menegaskan Malaysia bukan saya mesti maju (dari segi ekonomi), tetapi rakyatnya sentiasa hidup bersatu padu. Justeru, apa yang dilakukan Maybank itu patriotik dan positif terhadap usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan bersatu padu," katanya kepada Berita Harian, di sini, semalam. Beliau mengulas kontroversi berhubung cadangan Maybank mensyaratkan firma guaman menjalan perniagaan dengan kumpulan perbankan itu mesti mempunyai tiga rakan kongsi, satu daripada mereka mesti Bumiputera dengan 50 peratus kepentingan. Abdul Rahim yang juga Ahli Tertinggi (MT) Umno juga membidas kenyataan Majlis Peguam terhadap Maybank yang dianggap tidak wajar. "Kita tidak boleh membina masa depan Malaysia dengan pendekatan, sesiapa cepat dan cekap, dia dapat. Kita perlu sedar bahawa orang Melayu atau Bumiputera negara ini mewakili 62 peratus populasi penduduk, tetapi hanya menguasai 18 peratus sektor korporat. "Apa yang dilakukan Maybank wajar dalam memperbetulkan keadaan tidak seimbang itu," katanya. Sementara itu, Kumpulan Ambank mengumumkan penarikan balik surat yang dihantar kepada firma guaman berhubung syarat yang memerlukan kuota ekuiti Bumiputera kepada firma yang mahu menjadikan itu panel mereka. Berikutan itu, bank berkenaan meohon maaf atas segala salah faham yang timbul daripada surat yang dihantar kepada pihak pejabat peguam sebelum ini. Set as favourite Share Email This Comments (0)
![]() Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.
|
| < Prev | Next > |
|---|







©















