Home
News
Berita/Komen Undang-Undang
Tiga lagi akta perlu dipinda
News
Berita/Komen Undang-Undang
Tiga lagi akta perlu dipinda | Tiga lagi akta perlu dipinda |
|
|
|
| Wednesday, 30 November 2011 11:17am | |
|
©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran) KUALA LUMPUR 29 Nov. – Tiga lagi akta berkaitan mahasiswa juga perlu dipinda bagi memastikan pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 mencapai matlamat membenarkan mereka berpolitik. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, akta tersebut ialah Akta Pengajian Tinggi Swasta 1996, Akta Universiti Teknologi Mara 1976 dan Akta Institusi Pendidikan( Disiplin) 1976. “Ketiga-tiga akta berkenaan harus dipinda supaya konsisten dengan pindaan AUKU yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. “Pindaan itu mestilah bersifat progresif dan komprehensif serta tidak regresif serta menyekat,” katanya pada sidang akhbar selepas menjadi juri Pertandingan Akhir Pidato Politik Piala Perdana Menteri anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, perkara itu akan dibawa ke Parlimen pada sesi tahun depan dan tidak akan dibuat secara tergesa-gesa. “Kita akan adakan sesi taklimat dengan pertubuhan pelajar dan belia, parti politik, kakitangan akademik termasuk Majlis Profesor Negara serta pihak penaja yang menaja pengajian sesetengah mahasiswa,” katanya. Set as favourite Share Email This Comments (0)
![]() Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.
|
| < Prev | Next > |
|---|



























