feed
Home arrow News arrow Berita/Komen Undang-Undang arrow Terserah polis ambil tindakan
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Terserah polis ambil tindakan PDF Print E-mail
Friday, 27 April 2012 09:41am
Image©Berita Harian (Digunakan dengan kebenaran)
oleh Magendran Rajagopal

Keselamatan diutama tangani perhimpunan: Hishammuddin 

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata polis akan mengambil tindakan perlu daripada aspek keselamatan sekiranya penganjur tetap berdegil untuk meneruskan niat mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

“Kerajaan sudah bertolak ansur, selaras dengan semangat menghormati demokrasi dan pelan transformasi politik kerajaan selain Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan baru-baru ini, tetapi mereka tidak mahu memilih lokasi alternatif.

“Jika mereka berdegil, jadi terserah kepada polis (untuk ambil tindakan perlu). Polis bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam terpelihara dan tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak,” katanya pada sidang media di sini, semalam. 

Bagaimanapun, Hishammuddin meminta penganjur Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 3.0) supaya bertimbang rasa dengan mengambil kira aspek ketenteraman awam dan kesejahteraan umum. 

"Saya masih lagi merayu dan menyeru mereka supaya bertimbang rasa... masih ada masa lagi. Kini terpulang kepada mereka (penganjur) untuk membuat keputusan dan terserah kepada polis mengambil langkah sewajarnya esok," katanya. 

Beliau berkata, pihaknya sudah memberi alternatif, termasuk Stadium Merdeka, Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Cheras atau Stadium Titiwangsa bagi perhimpunan itu tetapi setakat ini nampaknya mereka masih berdegil. 

"Ternyata kerajaan sedia memberi ruang untuk mereka berhimpun secara aman, cuma tempat untuk mengadakannya menjadi isu sekarang, malah kita memberi jaminan dan dapat memastikan perjalanan ke tempat ditetapkan tidak akan terganggu jika memilih lokasi alternatif yang disyorkan,” katanya. 

Malah, Hishammuddin berkata, pihak berkuasa sudah bersetuju untuk membenarkan perhimpunan, menyediakan tempat dan menjaga keselamatan tetapi hairan kenapa penganjur masih berkeras mahu berhimpun di Dataran Merdeka. 

Beliau juga menyuarakan rasa kesal kerana kumpulan terbabit menolak Stadium Merdeka sebagai lokasi alternatif untuk berhimpun sedangkan itu adalah lokasi yang dipersetujui ketika mengadakan BERSIH 2.0 dan mengajak rakyat menilai sendiri apakah sebenarnya motif perhimpunan itu. 

Hakikatnya, kata Hishammuddin, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah memutuskan tidak boleh adakan perhimpunan di Dataran Merdeka dan alasan penganjur kononnya tidak cukup masa untuk menukar lokasi adalah tidak munasabah kerana masih ada masa untuk membuat pertukaran.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2013 Bar Council subscription
    Click the link above to download Circular 090/2013 pertaining to the 2013 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2013 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2013 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2013 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Starting a new Practice
    If you are thinking of setting up your own law practice, click on the link above to view Bar Council's information and checklists to help you prepare for your new endeavour.
8th LAWASIA Employment Law Conference, Cambodia (24 and 25 May 2013)
Organised by The Law Association for Asia and the Pacific (“LAWASIA”), this conference featuring Lia Alizia and Brian Williamson, will be held at Tara Angkor Hotel, Vithei Charles de Gaulle, Siem Reap, Cambodia, at 8:45 am to 7:00 pm and 9:00 am to 5:30 pm, on 24 and 25 May 2013 (Friday and Saturday), respectively. The conference carries 10 CPD points. Click on the link above for more details.


Your Login


We have 48 guests online

September 2011 October 2011 November 2011
Mo Tu We Th Fr Sa Su
Week 39 1 2
Week 40 3 4 5 6 7 8 9
Week 41 10 11 12 13 14 15 16
Week 42 17 18 19 20 21 22 23
Week 43 24 25 26 27 28 29 30
Week 44 31
Google