feed
Home arrow News arrow Berita/Komen Undang-Undang arrow Syor hakim isytihar harta setiap 3 tahun
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Syor hakim isytihar harta setiap 3 tahun PDF Print E-mail
Wednesday, 25 January 2012 08:29am
Image©Berita Harian (Digunakan dengan kebenaran)
Oleh Norfatimah Ahmad

Usaha mantap tahap integriti institusi kehakiman

KUALA LUMPUR: Hakim dicadangkan mengisytiharkan harta setiap kali dinaikkan pangkat atau sekurang-kurangnya tiga tahun sekali dalam usaha memantapkan tahap integriti institusi kehakiman negara.

Saranan dijangka membabitkan kira-kira 130 hakim Mahkamah Tinggi, Rayuan dan Persekutuan itu dibincangkan anggota unit petugas khas yang ditubuhkan untuk merangka mekanisme bagi pelaksanaan dan pemantauan proses pengisytiharan harta hakim selaras Perintah Am dan Arahan Pentadbiran 1993.

Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang juga ketua unit itu, Shaharudin Khalid, berkata cadangan berkenaan dikemukakan dalam pertemuan anggota unit itu yang turut dihadiri wakil Suruhanjaya Kehakiman, baru-baru ini.

“Kenaikan pangkat dilihat sebagai penanda aras yang sesuai untuk tujuan mengisytiharkan harta hakim kerana ia harus seiring dengan tahap integriti setiap hakim, manakala tempoh tiga tahun yang disarankan dilihat sesuai untuk proses pemantauan pengisytiharan harta di kalangan hakim.

“Bagaimanapun, ia masih pada peringkat cadangan dan bergantung kepada kata putus yang dibuat Ketua Hakim Negara,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Baru-baru ini, SPRM menubuhkan unit petugas khas diketuai Shaharudin untuk membantu agensi kerajaan atau swasta mengkaji dan memberi nasihat ke atas sistem serta prosedur penambahbaikan atau memperkenalkan prosedur baru untuk meningkatkan integriti sektor berkaitan. 
Sebelum ini, Ketua Hakim Negara, Tan Sri Ariffin Zakaria, berkata hakim di negara ini mungkin diwajibkan mengisytiharkan harta bagi meningkatkan ketelusan dan integriti badan kehakiman. 

Sehubungan itu, beliau berkata, Jabatan Kehakiman akan bekerjasama dengan SPRM bagi memulakan langkah berkenaan. 

Shaharudin berkata, ketika ini, unit itu masih pada peringkat awal merangka mekanisme terbaik untuk memastikan proses pelaksanaan dan pemantauan pengisytiharan harta berjalan lancar.

“Penyediaan borang khas untuk pengisytiharan harta antara mekanisme sedang dilaksanakan, selain meminta Ketua Hakim Negara mengeluarkan arahan pentadbiran berdasarkan Perkara Sembilan Kod Etika Hakim,” katanya.

Mengikut Perkara Sembilan kod etika itu, Ketua Hakim Negara boleh meminta hakim mengisytiharkan harta pada bila-bila masa. 

Bagaimanapun, katanya, langkah itu tidak bermaksud SPRM mempunyai akses kepada maklumat pengisytiharan harta di kalangan hakim, sebaliknya ia akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Kehakiman.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 228 guests and 2 members online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
April 2012 May 2012 June 2012
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 18 1 2 3 4 5
Week 19 6 7 8 9 10 11 12
Week 20 13 14 15 16 17 18 19
Week 21 20 21 22 23 24 25 26
Week 22 27 28 29 30 31
Google