feed
Home arrow News arrow Berita/Komen Undang-Undang arrow Suruhanjaya Pelantikan Hakim dianggotai 15 ahli
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Suruhanjaya Pelantikan Hakim dianggotai 15 ahli PDF Print E-mail
Sunday, 11 May 2008 10:48am

Judges Conference 2008©Berita Minggu (Digunakan dengan kebenaran)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pelantikan Hakim yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bulan lalu, dijangka mempunyai 15 ahli suruhanjaya jika memilih mencontohi Judicial Appointments Commission (JAC) yang diwujudkan di England pada 31 Mac 2006.

JAC yang dianggotai 15 pesuruhjaya, bertanggungjawab memilih dan mengesyorkan kepada Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Perlembagaan calon paling sesuai bagi jawatan hakim.

JAC dianggotai lima hakim, termasuk ketua hakim negara, dua peguam, masing-masing satu peguam bela dan peguam cara, enam ahli dari kalangan rakyat biasa, seorang Jaksa Pendamai dan seorang wakil daripada Tribunal Perundangan. Mereka dibantu kira-kira 100 kakitangan sokongan.

Malah, JAC juga boleh mengiklankan kekosongan, menerima permohonan, menyenarai pendek, menemuduga, memilih dan membuat cadangan tetapi hanya berasaskan merit dan perwatakan calon yang dipertimbangkan.

Keunikan JAC ialah ia dipengerusikan anggota yang tidak pernah memegang sebarang jawatan dalam badan kehakiman atau perundangan dan bukan dari kalangan pengamal undang-undang.

Kenaikan pangkat hakim bukan hanya bergantung kepada tempoh perkhidmatan, walaupun ia antara faktor utama.

JAC buat pertama memperkenalkan kaedah terbaru pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2006, untuk mengisi 10 kekosongan dan memilih 15 calon lain sebagai simpanan.

Mereka dinilai berdasarkan merit dalam lima aspek iaitu keupayaan intelek; kewibawaan; perwatakan (merangkumi integriti, kebebasan, penghakiman, membuat keputusan, bersikap objektif, kebolehan dan keinginan untuk belajar); berupaya memahami dan bertindak adil serta tegas, kemahiran berkomunikasi dan kecekapan.

Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, dilaporkan Suruhanjaya Pelantikan Hakim akan mengguna pakai model JAC, dengan beberapa penambahbaikkan, sesuai dengan keperluan negara.

Melalui model itu, seseorang calon hakim akan dibuat berdasarkan latar belakang, kedudukan dalam masyarakat, perwatakan peribadi dan kewibawaan.

Suruhanjaya itu dianggap elemen utama usaha kerajaan memulihkan kewibawaan badan kehakiman negara, selain pemisahan yang jelas antara tugas badan eksekutif (kerajaan), legislatif (Parlimen) dan badan kehakiman.

Difahamkan, Malaysia memilih model di England kerana sistem kehakiman di negara itu mempunyai banyak persamaan dengan negara ini.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
7th LAWASIA Labour Law Conference, Hong Kong (17-18 Sept)
Registration is now open. Visit the Conference official website at http://lawasia.asn.au/labour_law_conference_2010 for more details.
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

We have 470 guests and 5 members online

Rakyat Service Advertisement 5 @ MyConstitution PerlembagaanKu


Rakyat Service Advertisement 4 @ MyConstitution PerlembagaanKu




show last 4hrs - 24hrs
Google