website statistics
feed
Home arrow News arrow Berita/Komen Undang-Undang arrow Siaran langsung Penghakiman Batu Putih
Advertisement
Siaran langsung Penghakiman Batu Putih PDF Print E-mail
Saturday, 17 May 2008 08:56am

©Berita Harian (Digunakan dengan kebenaran)

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung keputusan penghakiman mengenai tuntutan bertindih terhadap Pulau Batu Putih (PBP) dari The Hague, Belanda pada 23 Mei ini.

Keputusan membabitkan PBP antara Malaysia dan Singapura yang berlarutan hampir 28 tahun itu akan diketahui pada tarikh bersejarah terbabit menerusi RTM 1 bermula jam 4 petang selepas dikemukakan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Februari 2003.

Keputusan ICJ itu akan disampaikan Naib Presiden Mahkamah itu, Hakim Awn Shawkat Al Khasawneh yang juga Pemangku Presiden berhubung kes berkenaan.

RTM juga menerbitkan enam siri laporan khas mengenai pulau yang pernah mencetuskan kontroversi itu dalam Warta Perdana pada jam 8 malam mulai hari ini hingga 22 Mei ini.

Selain itu, sebuah dokumentari pendek selama 15 minit akan disiarkan pada 19 Mei ini menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia pada jam 8 pagi disusuli dengan Galeri Perdana pada 22 Mei ini jam 8.40 malam.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

Bar: Look after minority rights