feed
Home arrow News arrow Berita/Komen Undang-Undang arrow Segerakan warta cegah murtad
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Segerakan warta cegah murtad PDF Print E-mail
Thursday, 27 October 2011 08:39am
©Berita Harian (Digunakan dengan kebenaran)
Oleh Osman Lisut

Ibu bapa bertanggungjawab didik, kukuh akidah anak sebelum sekolah

KUALA LUMPUR: Beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan yang masih belum mewartakan undang-undang mencegah murtad disaran segera berbuat demikian bagi membolehkan isu berkenaan ditangani lebih berkesan. 

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Nakhaie Ahmad, berkata ketiadaan peruntukan pencegahan murtad menyaksikan pendakwah agama lain begitu aktif menyebar dakyah mereka sehingga ada umat Islam ini di negara ini tertarik dan mendorong mereka menukar agama.

“Undang-undang itu sudah lama diperbincangkan tetapi tidak sekata. Ada sesetengah negeri mempunyai dan menguatkuasakan undang-undang ini, malah ada juga langsung tidak menggubalkan enakmen Islam ini, sebagai contoh Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan sendiri.

“Ketiadaan peruntukan mencegah murtad ini menyaksikan jabatan agama Islam negeri teragak-agak hendak mengambil tindakan, ditambah pula campur tangan pihak tertentu yang memanipulasikan kebebasan agama berdasarkan Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam. 

Mengenai peranan mendidik anak-anak, Nakhaie berkata, ia perlu dilakukan ibu bapa bermula di rumah dengan suasana keislaman sebelum dilanjutkan ke sekolah yang mana diambil oleh guru. 

“Ibu bapalah seharusnya bertanggungjawab penuh terhadap akidah anak-anak. Mereka seharusnya mendidik sejak dalam kandungan dan masa bayi di buaian dengan memperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran serta lagu-lagu keagamaan. 

“Amat menghairankan dewasa ini, di rumah anak-anak dibesarkan dengan suasana Barat yang langsung tiada Islamik, sekali gus ciri keislaman ini menipis,” katanya sambil menambah guru dan ibu bapa harus bersama dalam mendidik anak bangsa supaya tidak terpesong akidahnya. 

Sementara itu, Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) meminta kerajaan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mengadakan kempen ‘Bulan Dakwah’ bagi menjelaskan kepada orang ramai berhubung agama Islam di negara ini dan peranan umat Islam dalam masyarakat majmuk. 

Ketua Umumnya, Osman Abu Bakar, berkata jika kita pernah mengadakan ‘Bulan Bahasa’ dalam kempen mempromosikan penggunaan bahasa Malaysia, yang mampu menarik perhatian orang ramai, kenapa tidak Bulan Dakwah ini. 

“NGO dengan kerjasama agensi berkaitan boleh berganding bahu mengadakan program berkenaan yang mana mereka perlu menjelajah ke seluruh negara memberitahu orang ramai mengenai Islam dan kebaikan agama itu, selain siri ceramah keagamaan yang diadakan di masjid, surau, balai raya mahupun kawasan terbuka,” katanya. 

Mengenai isu murtad, Osman berkata, Majlis Raja-Raja, mufti serta ulama perlu mengadakan perbincangan bagi mencari jalan terbaik menanganinya. 
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 220 guests and 2 members online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
April 2012 May 2012 June 2012
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 18 1 2 3 4 5
Week 19 6 7 8 9 10 11 12
Week 20 13 14 15 16 17 18 19
Week 21 20 21 22 23 24 25 26
Week 22 27 28 29 30 31
Google