feed
Home arrow News arrow Berita/Komen Undang-Undang arrow Segera hentikan serangan
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Segera hentikan serangan PDF Print E-mail
Tuesday, 06 January 2009 07:27am

Image©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)
oleh Helmi Mohd. Foad

PUTRAJAYA 5 Jan. - Malaysia menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi membolehkan masyarakat dunia mengambil langkah berkesan menghentikan kekejaman Israel di Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Wisma Putra telah diarah menggerakkan wakil tetapnya di PBB supaya bekerjasama dengan kumpulan anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) bagi membolehkan perhimpunan khas tersebut diadakan.

Menurutnya, hanya melalui Perhimpunan Agung Khas ‘Perpaduan Untuk Keamanan’ dapat mengetepikan sebarang tindakan penolakan Amerika Syarikat (AS) terhadap usul resolusi mengenai Palestin di Majlis Keselamatan PBB.

‘‘Perbuatan AS itu sungguh tidak wajar dan dunia mesti suarakan dengan tegas dan membuat tuntutan yang tegas untuk menyelesaikan isu tersebut.

‘‘Kita berharap AS dan puak-puaknya tidak cuba menghalang suara dunia kerana apa yang berlaku ini tidak dapat diterima dan tidak membawa kesan yang baik kepada dunia yang sedang mengalami kemelesetan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini hari ini.

Abdullah yang juga Menteri Pertahanan mengulas isu keganasan Israel ke atas Palestin yang menyaksikan rejim Zionis itu melancarkan serangan ke atas Gaza sejak 27 Disember lalu.

Sehingga kini, hampir 500 orang terkorban terutamanya orang awam, kanak-kanak dan wanita.

Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Eksekutif OIC di Jeddah semalam juga telah bersetuju agar OIC memanggil sesi tergempar Perhimpunan Agung PBB di bawah Resolusi 377A (V) iaitu Perpaduan Untuk Keamanan.

Perdana Menteri yang menyelar langkah AS menggagalkan usul di Majlis Keselamatan oleh Libya semalam, berkata, tindakan kuasa besar itu adalah suatu yang tidak boleh dihormati oleh dunia kerana ia dilakukan ketika kekejaman Israel terus berlanjutan.

“Serangan Israel yang berlebihan ke atas Palestin sehingga menyebabkan ramai orang awam terkorban dan memulakan serangan darat semalam akan mencetus keadaan yang lebih buruk kepada dunia.

“Ini tidak akan membantu kepada pemulihan kepada kemelesetan ekonomi yang melanda dunia, ini akan membawa kepada krisis demi krisis dan situasi dunia tidak akan bertambah baik,” katanya.

Abdullah berkata, respons AS bahawa serangan-serangan tersebut adalah disebabkan Hamas hanya sebagai satu alasan untuk memberi laluan kepada Israel bertindak lebih dahsyat bagi membenamkan negara Palestin.

“Sebenarnya, seperti orang kata itulah udang besar di sebalik batu, AS sepatutnya menggunakan pengaruh dan kekuatannya untuk memastikan ada gencatan senjata dan mencari kaedah lain bagi membawa penyelesaian.

“Namun, mereka tidak hiraukan sebaliknya memberikan laluan sepenuhnya kepada Israel untuk melakukan apa saja,” katanya.

Perdana Menteri berkata, AS tidak menunjukkan dirinya sebagai sebuah kuasa besar yang bertanggungjawab apabila memilih jalan membenarkan peperangan dan pergolakan terus berlanjutan.

“Bukan kita tidak tahu mereka mampu menghentikan serangan, semua orang tahu, tetapi AS telah memilih cara lain,” katanya.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
7th LAWASIA Labour Law Conference, Hong Kong (17-18 Sept)
Registration is now open. Visit the Conference official website at http://lawasia.asn.au/labour_law_conference_2010 for more details.
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

We have 590 guests and 7 members online

Rakyat Service Advertisement 5 @ MyConstitution PerlembagaanKu


Rakyat Service Advertisement 4 @ MyConstitution PerlembagaanKu




show last 4hrs - 24hrs
Google