website statistics
feed
Home arrow News/Articles/Notices arrow News arrow Berita/Komen Undang Undang arrow Resolusi akan diserahkan kepada Perdana Menteri
Advertisement
Resolusi akan diserahkan kepada Perdana Menteri PDF Print E-mail
Sunday, 31 August 2008 09:15am

©Mingguan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)

KOTA BHARU 30 Ogos - Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) menggesa kerajaan Pusat dan negeri mengambil langkah tegas bagi memelihara, melindungi serta memperkasakan pelaksanaan mengikut Fasal 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan dalam semua aspek pentadbiran.Bagi menterjemahkannya secara jelas, kedua-dua kerajaan perlu menubuhkan sebuah unit khas di setiap kementerian dan jabatan untuk memantau dan mengkaji kaedah dan perjalanan pelaksanaannya.

Gesaan itu terkandung dalam resolusi Forum Sambutan Kemerdekaan-Pelaksanaan Undang-Undang Fasal 152 dan 153 anjuran MTRK di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 1,300 peserta.

Forum berkenaan dirasmikan oleh Penaung MTRK, Tengku Razaleigh Hamzah.

Presiden MTRK, Datuk Ibrahim Ali berkata, setiap perancangan atau peruntukan yang akan dilaksanakan oleh jabatan kerajaan perlu mengikut kehendak perlembagaan dan kerajaan tidak boleh bertolak ansur agar tidak memburukkan keadaan.

Fasal 152 menyentuh mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan manakala 153 menyentuh perbezaan kuota perkhidmatan, permit, biasiswa dan sebagainya di bawah tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera lainnya.

Bercakap kepada pemberita selepas forum itu, beliau berkata, resolusi berkenaan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan semua Menteri Besar serta Ketua Menteri supaya mereka dapat meneliti serta melaksanakannya.

''Pelaksanaan undang-undang ini kerana ia termaktub dalam perlembagaan dan sekiranya ia dilanggar, tindakan boleh diambil di bawah Akta Hasutan.

''Resolusi ini dibuat lahir daripada kesedaran MTRK tentang sikap kerajaan yang mengambil sikap acuh tidak acuh dalam melaksanakan Fasal 152 dan 153 untuk memelihara bahasa Melayu serta keistimewaan Melayu," katanya.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, isu hak keistimewaan Melayu dan bumiputera sudah mula dicabar sejak akhir-akhir ini seperti penganjuran forum kontrak sosial dan memeluk Islam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam.

"Hak keistimewaan Melayu dan kaum bumiputera harus dipertahankan dan dibela bagi menjamin perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat.

"Orang Melayu juga harus bersama supaya kedudukan ini tidak diganggu gugat oleh pihak-pihak tertentu dan anasir-anasir luar supaya dapat terus bersaing dalam ekonomi dan politik negara," katanya.

Dalam pada itu, katanya, forum tersebut berlangsung dengan jayanya tanpa menyentuh sensitiviti kaum lain dan ahli panel serta para peserta hanya membincangkan hak Melayu serta bumiputera sahaja.

"Kita tidak mahu mengungkit hak kaum lain, apa yang kita mahukan hanya hak-hak Melayu dan bumiputera dipertahankan melalui undang-undang sedia ada, MTRK tidak mengikut cara pihak tertentu yang provokatif.

"Orang Melayu berjiwa besar, kalau mahu kita boleh meniup sentimen perkauman kita dengan menganjurkan forum mempertikaikan hak kerakyatan seperti mana Majlis Peguam menganjurkan forum kontrak sosial," katanya.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

Q & A with Razak



View Full Calendar