|
©Utusan Malaysia
(Digunakan dengan kebenaran)
Oleh zainal kling
Kasihan Datuk Ahmad Ismail dan Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa memohon maaf
kepada kaum Cina Malaysia. Berapa banyak lagi agaknya orang Melayu atau pemimpin
UMNO akan memohon maaf atas kesalahan mereka seperti mencabut keris dalam
perhimpunan parti politik mereka sendiri, memperjuangkan 'ketuanan' mereka di
tanah tumpah darahnya ataupun menjadi organisasi politik mempertahankan
Perlembagaan Persekutuan negara mereka lalu dituduh perkauman (racist).
Inilah nasib organisasi politik yang menampakkan kelemahan semangat dan
kepimpinan. Tidak lagi berdaya membentuk corak pemikiran bangsa dan menentukan
arah tujunya malah dihina pula sebagai organisasi penghasut dan tunduk memohon
maaf.
Sayangnya kisah 'menghasut' oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera ini hanya
dilaporkan oleh sebuah akhbar Cina dan tidak pun dijelaskan oleh penuturnya,
yang sudah pasti amat ketakutan setelah dituduh sedemikian.
Bagi mereka yang faham akan laporan akhbar amat tahu bahawa apa yang diletak
dalam tanda petikan kata belum tentu merupakan ucapan sebenar. Seringkali
kata-kata dalam tanda petikan kata adalah ciptaan dan tafsiran penulis atau
pelapor yang mendengar.
Walaupun seringkali mereka membuat rakaman namun dalam keadaan yang amat bising,
bingit dan jauh dalam kempen pilihan raya atau malah ucapan dalam dewan
sekalipun, ucapan sebenar belum tentu dapat didengar. Setiap patah perkataan
yang diucapkan belum tentu dapat dirakam dengan jelas. Apalagi yang menulis dan
merakam itu kurang mempunyai kefahaman bahasa khusus bahasa Melayu maka rakaman
dan tafsirannya belum tentu tepat.
Oleh kerana memang sengaja terdesak untuk merakam kata-kata yang berbau hasutan
seperti yang dituduh terhadap Ahmad itu maka apa saja didengar oleh pelapor
seperti itu akan dicatat seperti yang ingin didengar. Ini memang menjadi suatu
prinsip psikologi pendengaran dan pemikiran.
Walau apa pun keadaannya, perasaan dan pemikiran tentang 'keturunan pendatang',
ke'pendatangan' dan 'kesamaan' adalah isu-isu yang amat runcing bagi orang Cina
Malaysia dan diperkatakan oleh ramai orang Melayu kini.
Di mana-mana berlaku perbincangan tentang hal ini dan dalam pelbagai bentuk.
Baik dalam percakapan biasa, perbahasan dan apa lagi dalam kempen pilihan raya.
Barangkali amat wajar diteliti beberapa perkara yang merupakan isu-isu itu untuk
mencari kejelasan dan kewarasan. Kenapa ramai orang dan pertubuhan Melayu
memperkatakan hal ini? Kenapa pula ramai orang dan pertubuhan Cina mempersoal
hal ini?
Barangkali kita sedang menyaksikan proses hukum physic sedang berlaku: 'Bagi
setiap tindakan, terdapat reaksinya'. Ini adalah hukum alam. Di mana saja suatu
tindakan berlaku akan berlaku tindak balas. Jadi sikap orang Melayu seperti yang
dilambangkan oleh Ahmad Ismail ialah reaksi orang Melayu yang membalas tindakan
orang Cina mempersoal 'hak istimewa' orang Melayu/bumiputera atau 'kontrak
sosial' yang selama setengah abad telah diamalkan dan diterima sebagai asas
kehidupan sosial di Malaysia.
Jika orang Cina dan bukan Melayu/bumiputera dapat mempersoal 'hak istimewa'
Melayu malah menjadikannya sebagai isu kempen Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12)
dan pilihan raya kecil di Permatang Pauh maka sudah pasti orang Melayu akan
mempersoal isu yang sama dan sudah lama terlindung oleh undang-undang hasutan.
Justeru, jika prinsip physics tit-for-tat dapat difahami dalam rangka jaringan
hubungan sosial yang amat erat dan rapat, malah sentiasa bersemuka pada setiap
masa, maka orang Cina mesti sentiasa faham bahawa orang Melayu akan membalas
sikap mereka yang amat perkauman juga itu.
Setakat ini orang Melayu sudah menunjukkan rasa amat tidak senang, malah marah
terhadap sikap mempersoal hak istimewa Melayu, kedudukan Islam dan kontrak
sosial yang dinafikan oleh bukan Melayu.
Dalam banyak hal, belum ada tindakan melapor kepada polis atau tindakan mahkamah
dilakukan kecuali kes Karpal Singh yang mempersoal prerogatives Sultan Azlan
Shah. Ternyata orang Melayu/bumiputera masih amat sabar tentang hal itu dan
hanya menunjuk perasaan.
Namun kita sudah melihat betapa suhu hangat hubungan kaum dalam negara sudah
meningkat sejak beberapa bulan terakhir ini. Tidak dapat tidak, jika orang Cina/bukan
Melayu berterusan melakukan pelbagai persoalan yang melanggar Akta Hasutan maka
orang Melayu akan juga terus melanggar undang-undang yang sama kerana ternyata
pihak berkuasa tidak bertindak sewajarnya terhadap bukan Melayu.
Barangkali persoalan Ahmad berkaitan 'keturunan pendatang' dan 'persamaan'
adalah perkara yang orang Cina/bukan Melayu harus sedia untuk menerima komentar
dan ulasan itu sebagai petanda betapa tidak puas hati orang Melayu terhadap
sikap dan tindakan rasis dan cauvinis mereka.
Yang pertama, memang benar orang Cina adalah keturunan pendatang. Ini fakta
nyata dan bukan sejarah sahaja. Segala petanda dan jati diri yang dipertahankan
adalah identiti dengan ciri-ciri 'keturunan kependatangan' Cina. Baik dari segi
nama, bahasa, adat istiadat dan bentuk fizikal semuanya adalah petanda
kependatangan dari negara asing.
Dalam hal ini dari China (atau India) dan sebagainya. Apakah orang Cina malu
dipanggil Cina maka fakta sejarah itu mahu dilupakan. Ternyata tidak, malah
dipertahankan bermati-matian.
Jadi, yang menjadi persoalan ialah sebutan 'pendatang' bagi seorang keturunan
Cina atau keturunan pendatang, kerana datuk nenek memang pendatang ketika
zamannya terdahulu. Bagi keturunan Cina sekarang memang benar mereka bukan lagi'
pendatang'. Mereka adalah rakyat Malaysia keturunan pendatang yang lahir di
Malaysia, menjadi rakyat dengan perjalanan undang-undang kerana salah seorang
daripada ibu bapa mereka merupakan rakyat Malaysia.
Justeru, sebutan 'keturunan pendatang' itu tidak salah, memang wajar dan
merupakan bukti sejarah. Yang salah ialah menyebut mereka sebagai 'pendatang'.
Jadi mempersoal kerakyatan seseorang rakyat Malaysia adalah salah dari segi
undang-undang. Namun orang Cina mesti menerima bahawa mereka adalah 'keturunan'
daripada golongan pendatang yang berada di sini untuk mencari rezeki atau
sebagainya dan kemudian diterima sebagai rakyat dengan perjalanan perundangan.
Jika rakyat daripada keturunan yang mendatang itu tidak sudi mengakui akan
kependatangan datuk nenek mereka dan menafikan fakta sejarah itu atau malah
mengadakan hujah bahawa mereka tidak terlibat dengan persetujuan oleh datuk
nenek mereka itu, maka apakah mereka ingin menafikan keputusan roh datuk nenek
mereka untuk menerima undang-undang sedemikian.
Bagi seluruh rakyat Malaysia, kita perlu memahami keadaan sebenar. Pada saat ini
hampir semua yang menjadi penghuni negara dan menjadi rakyat adalah atas
perjalanan perundangan. Maka semuanya adalah rakyat bagi negara Malaysia.
Tidak dapat lagi kita menuduh seseorang yang lahir di sini kini sebagai
pendatang, walau dari mana pun keturunan asalnya. Hanya yang baru datang dari
segala pelosok dunia kerana desakan ekonomi atau sebagainya maka mereka itu
pendatang.
Oleh demikian, kita harus berhati-hati tentang sebutan dan tuduhan yang mencabar
kebenaran serta jati diri setiap rakyat demi keutuhan bangsa dan negara.
Mana-mana pihak tidak boleh mempersoal yang lain seperti yang dilindungi oleh
Akta Hasutan tanpa satu reaksi yang wajar dan reciprocal oleh satu pihak lagi.
Maka orang China/bukan bumiputera jangan mempersoal 'hak istimewa Melayu/bumiputera'
atau hal-hal lain jika tidak mahu reaksi yang sama beratnya terhadap mereka.
Inilah hukum alam yang sangatsangat reciprocal atau saling bertindak sifatnya.
|
I note the very timely warning in this article
http://www.malaysianbar.org.my...longs.html
But since this is the Bar website, and I'm quite sure I'm not the only one who loves being contrary, I offer this light-hearted comment for your amusement:
I must commend Utusan for this highly instructive example of "How to insult without insulting".
1. First, set the general tone that "everyone makes mistakes", especially in "x, y & z" circumstances.
2. Then, question the reporter's command of the language, slightly sarcastically (notice the implied meaning that speakers using a language as a 2nd language will probably not have a command of it as good as native speakers)
3. Then construct an accusation from said question
4. But don't forget to go back to a neutral position.
5. Then re-cast the alleged perpetrator as the alleged victim
[side note for a moment: As I was taught in school, the Bahasa Melayu word for "physic"(sic) [physics] is "fizik"]
6. Don't forget to select your "facts" carefully
7. And of course, it doesn't hurt to exaggerate a little
[but then, I'm from Malacca, and Malacca IS special] :-)
8. Remember to bring it back to the neutral position
9. And make a statement only an idiot would dispute
10. But don't forget to give the final warning
But enough merriment. I have a thick skin anyway.
To me, honestly, Ahmad Ismail should have either given an apology or a simple "you misquoted me and let's leave it at that". We were hoping he was going to make a peace offering. He didn't. It's quite clear he's not going to change his mind. Let's chalk this one up in the history books and move on.
There's so much good that still needs to be done for Malaysia. Let's not get side-tracked with this. In the end, actions will speak louder than words. Let's just DO GOOD instead of SAYING we want to / will / plan to / are hoping to do good.
Jason Kay Kit Leon