website statistics
feed
Home arrow News/Articles/Notices arrow News arrow Berita/Komen Undang Undang arrow Puteri UMNO bantah hak pemilikan tanah 999 tahun
Advertisement
Puteri UMNO bantah hak pemilikan tanah 999 tahun PDF Print E-mail
Friday, 04 July 2008 08:43am

©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)
Oleh Abdul Razak Din

IPOH 3 Julai - Pergerakan Puteri UMNO Perak menentang keras tindakan kerajaan campuran negeri Perak yang memberikan status hak pemilikan tanah sehingga 999 tahun kepada penduduk kampung baru kerana ia boleh mencetuskan diskriminasi antara kaum di negara ini.

Ketuanya, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin berkata, tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin itu tidak adil kerana ia dilihat memihak kepada kaum tertentu sahaja.

''Pemberian hak milik tanah 999 tahun sepatutnya diberikan secara saksama kepada kaum lain.

''Kami merasakan keputusan yang diambil mengenai isu berkenaan pada mesyuarat Exco telah disalahgunakan tanpa mengambil kira kepentingan masyarakat lain di negeri ini," katanya selepas majlis Mesra Bersama Media di bangunan UMNO negeri Perak di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Gajah berkata, keputusan kerajaan negeri itu jelas tidak menyumbangkan sesuatu yang bermakna dan sama rata kepada masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

''Saya tidak mempersoalkan pemberian tanah tetapi golongan Melayu dan India juga merupakan masyarakat yang perlu diberi kepentingan dalam isu ini," katanya.

Wan Norashikin berkata, tindakan seumpama itu hanya menunjukkan kerajaan campuran itu cuba menonjol dan mencari populariti tanpa memikirkan kesan dan akibatnya selepas ini.

''Malah, terdapat ramai pejuang yang menentang komunis sebelum ini memerlukan bantuan berkenaan dan keistimewaan ini tidak disasarkan kepada mereka dan ia amat mengecewakan.

''Kerajaan Perak jelas hanya mahu mempertahankan jawatannya selain mengekalkan keperluan politik beliau," katanya.

Katanya, sebagai membantah cadangan tersebut, Puteri UMNO akan menghantar memorandum dalam tempoh terdekat kepada Menteri Besar bagi menggesa kerajaan negeri meneliti semula pemberian hak milik tanah itu supaya ia tidak menyinggung rakyat di negeri ini.

Beliau turut kesal dengan kerajaan negeri pakatan pembangkang itu yang masih belum menunaikan janji-janji pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

''Mereka sudah menerajui kerajaan 100 hari dan kita masih tidak dapat menyaksikan sebarang tindakan permulaan ataupun pembangunan dan tindakan seperti ini mengaburi mata rakyat yang memilih mereka," katanya.

Beliau berkata, banyak janji yang belum dilaksanakan secara serius dan berpendapat 100 hari ini hanya digunakan untuk mengungkit apa yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

Q & A with Razak



View Full Calendar