Home
News
Berita/Komen Undang-Undang
Premium tarif motor diselaras 16 Januari
News
Berita/Komen Undang-Undang
Premium tarif motor diselaras 16 Januari | Premium tarif motor diselaras 16 Januari |
|
|
|
| Saturday, 07 January 2012 10:14am | |
©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)KUALA LUMPUR 6 Jan. - Penyelarasan kadar premium tarif motor yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 16 Januari ini merupakan sebahagian daripada Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu. Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), pelarasan ini merupakan kali pertama sejak 30 tahun lalu dan ia merupakan dalam jumlah yang kecil serta dilakukan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun akan datang. ''Sepanjang 30 tahun bilangan pemilik kenderaan, kadar kemalangan dan tuntutan insurans dalam negara telah meningkat. Selain itu, kos rawatan di hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaiki serta alat ganti kenderaan turut melonjak. ''Pelarasan premium ini perlu dan kesannya kepada orang ramai dan perniagaan adalah kecil,'' katanya. Sebagai contoh, perlindungan pihak ketiga, premium insurans bagi motosikal berkapasiti 110 cc akan mengalami kenaikan antara RM1.00 hingga RM3.50 setiap tahun (maksimum 30 sen sebulan) dalam jangka masa empat tahun. Bagi kereta persendirian berkapasiti 1,400 cc, pelarasan premium adalah antara RM6 hingga RM34 setiap tahun (maksimum RM2.80 sebulan) dalam tempoh masa sama.
Manakala, bagi kenderaan perdagangan seperti teksi luar bandar dan bas kesan pelarasan premium kepada penumpang adalah kecil iaitu kurang 10 sen bagi setiap penumpang atau perjalanan. BNM berkata, pelarasan kadar premium tarif motor akan dikaji semula secara berkala untuk memastikan kadar premium terus mencerminkan pengalaman tuntutan. ''Rangka kerja ini akan merintis jalan kepada pelonggaran tarif sektor insurans motor pada 2016 iaitu apabila kadar premium dibezakan mengikut profil risiko kenderaan individu dan lebih berpatutan kepada pemilik kenderaan. ''Ini kerana kenderaan yang mempunyai pengalaman tuntutan baik akan menikmati kadar premium lebih wajar berbanding dengan pemilik kenderaan mempunyai profil risiko lebih tinggi,'' jelasnya. Sementara itu, BNM turut memaklumkan progres penambahbaikan yang telah diambil untuk menjadikan proses penyelesaian tuntutan dan pelaksanaan pelarasan premium sejak pengumumannya pada 11 Mac tahun lalu lebih baik. ''Pada Mei tahun lalu, langkah segera baharu telah diperkenalkan termasuk memastikan orang ramai boleh mendapatkan perlindungan motor daripada Malaysian Motor Insurance Pool dari mana-mana syarikat insurans am atau cawangan mereka atau Pos Malaysia di seluruh negara,'' katanya. Bagi memastikan pelaksanaan rangka kerja itu, sebuah Jawatankuasa Kerja Bersama (JWC) ditubuhkan pada April tahun lalu yang dianggotai oleh wakil-wakil kementerian utama, industri insurans dan takaful, persatuan pengguna dan pengangkutan serta Majlis Peguam. ''Beberapa proses penambahbaikan diambil telah menjadikan proses tuntutan lebih cekap, singkat khususnya bagi kes diselesaikan melalui pengantara mahkamah. ''Langkah-langkah lain yang diambil untuk meningkatkan kecekapan termasuklah rujukan kepada 'Compendium of Personal Injury Awards' oleh hakim dalam menetapkan bayaran ganti rugi bagi kecederaan diri serta penguatkuasaan tarikh akhir mendapatkan laporan polis dan perubatan. ''Langkah lain yang akan dilaksanakan termasuklah pengenalan kit tuntutan insurans motor untuk mempercepatkan laporan kemalangan dan tuntutan serta penubuhan pusat panggilan 24 jam di seluruh negara bagi bantuan segera bakal diperkenalkan menjelang akhir separuh kedua tahun ini,'' katanya. Penambahbaikan diperkenalkan ini dapat mempercepatkan penyelesaian tuntutan kepada enam bulan hingga 18 bulan berbanding setahun hingga lima tahun. Sebarang pertanyaan boleh dibuat keada BNM di Telelink: 1 300 88 5465 atau layari www.insuranceinfo.com.my. Selain itu, pertanyaan juga boleh dibuat sama ada kepada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) atau penanggung insurans individu. Set as favourite Share Email This Comments (0)
![]() Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.
|
| < Prev | Next > |
|---|









©

















