feed
Home arrow News arrow Berita/Komen Undang-Undang arrow Pertahan keluhuran perlembagaan
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Pertahan keluhuran perlembagaan PDF Print E-mail
Wednesday, 07 December 2011 09:04am
TUANKU Mizan Zainal Abidin bertitah pada Majlis Santapan Menjunjung Kasih sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di Dewan Merdeka, PWTC, malam tadi. Turut bersama Tuanku Nur Zahirah, Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor.©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah, Parlimen negara yang terdiri daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat perlu mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan terutamanya perkara yang menyentuh mengenai raja-raja Melayu.

Titah Seri Paduka, selain itu, agama Islam sebagai agama Persekutuan juga perlu dipertahankan termasuk bahasa Persekutuan iaitu bahasa Melayu yang merupakan perkara asas dalam Perlembagaan.

''Institusi Parlimen amat bertuah kerana sepanjang 54 tahun kewujudannya, ia berdiri megah menjunjung demokrasi berparlimen sebagai sistem pilihan bagi mentadbir negara dan melalui proses pemantapan dari segi dasar dan polisi yang berterusan.

''Selaras dengan transformasi kerajaan, Parlimen sebagai institusi yang menyuarakan suara rakyat telah melaksanakan fungsi dan peranannya dengan berkesan ke arah mencapai matlamat negara maju berpendapatan tinggi sebagai bukti kepada proses evolusi dan pemantapan tersebut.

''Justeru, adalah menjadi harapan beta agar Parlimen mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan terutamanya yang menyentuh mengenai raja-raja Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa Persekutuan yang merupakan perkara asas dalam Perlembagaan," titah Seri Paduka.

Tuanku Mizan bertitah demikian pada Majlis Santapan Menjunjung Kasih sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-13 serta Tuanku Nur Zahirah sebagai Raja Permaisuri Agong di sini malam ini.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; menteri dan timbalan menteri serta ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Dalam mesyuarat khas Majlis Raja-Raja baru-baru ini, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-14.

Pemilihan itu berkuatkuasa 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun bagi menggantikan Tuanku Mizan.

Titah Seri Paduka, sebagai sebuah badan perundangan mewakili rakyat di peringkat akar umbi, maka Parlimen dilihat sebagai satu landasan yang penting dalam memastikan dasar dan polisi kerajaan dilaksanakan secara efektif dan berkesan melalui mekanisme semak dan imbang.

Tuanku Mizan bertitah, mekanisme itu relevan bagi memastikan fungsi dan tugas untuk menjadikan pentadbiran negara lebih telus, bertanggungjawab, efisien dan efektif.

''Adalah sesuatu yang membanggakan apabila melihat prestasi kedua-dua Majlis Parlimen semakin matang dan bertanggungjawab dari segi perbahasan demi untuk kepentingan rakyat dan negara.

''Beta memahami, adakalanya suasana dewan menjadi begitu mencabar. Namun, beta percaya kepentingan rakyat akan sentiasa didahulukan dan prestasi akan terus diutamakan bagi memastikan kecemerlangan institusi Parlimen negara ini," titah Tuanku Mizan.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 221 guests and 1 member online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
Google