feed
Home arrow News arrow Berita/Komen Undang-Undang arrow Perkasa beri kata dua kepada Jabatan Peguam Negara
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Perkasa beri kata dua kepada Jabatan Peguam Negara PDF Print E-mail
Monday, 15 August 2011 09:05am
Image©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini memberi kata dua kepada Jabatan Peguam Negara supaya mendakwa segera Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga, atau bakal berdepan dengan tindakan luar jangkaan daripada pertubuhan itu.

Pada masa sama, presidennya, Datuk Ibrahim Ali juga menuntut Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya mengambil tindakan undang-undang ke atas pelaku video seks yang 99.9 peratus menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim serta mendakwa pihak yang mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Katanya, cubaan kumpulan paderi Kristian dengan pemimpin DAP di Pulau Pinang untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi baru-baru ini, jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan tetapi beliau pelik, kerana sehingga sekarang tiada seorang pun daripada kumpulan tersebut yang dihadap ke mahkamah.

"Kerajaan jangan cuba hendak bermain politik dalam isu ini. Jangan sampai kami hilang keyakinan terhadap kerajaan kerana lambat bertindak bagi menguatkuasakan undang-undang. Di mana terhalangnya tindakan ke atas ketiga-tiga pihak ini? Siasatan polis yang lambat atau peguam negara sengaja melengah-lengahkannya?

"Kes Ambiga sahaja terdapat 4,000 laporan polis daripada rakyat Malaysia. Apakah Ambiga ini lebih istimewa daripada rakyat Malaysia yang lain? Trio Datuk T juga sudah dihadapkan ke mahkamah dan menerima hukuman tetapi bagaimana dengan pelaku yang disahkan pakar 99.9 peratus ialah Anwar? Kenapa sampai sekarang tiada tindakan?

"Perkasa bagi tempoh kepada kerajaan, kalau tiada juga sebarang tindakan kami akan mengambil satu tindakan yang di luar jangkaan. Sehingga hari ini kami hormati dan patuh kepada undang-undang negara tetapi jangan salahkan kami selepas ini kalau Perkasa bertindak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Perkasa bertindak membakar The Star sebagai bantahan terhadap kebiadapan akhbar berbahasa Inggeris itu menyiarkan iklan sajian 'babi panggang' untuk menu Ramadan baru-baru ini.

Menurut Ibrahim, tindakan itu diambil selepas pihaknya tidak berpuas hati dengan permohonan maaf akhbar tersebut yang disifatkan seperti 'melepas batuk di tangga' selain tidak sensitif dengan kemuliaan Ramadan.

"The Star tidak perlu memperbodohkan kami. Saya percaya iklan itu sengaja disiar bagi menguji perasaan umat Islam di negara ini dan sebagai Presiden Perkasa, saya merestui tindakan membakar akhbar ini sebagai pengajaran terhadap kebiadapan mereka," katanya.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 231 guests and 2 members online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
Google