feed
Home arrow News arrow Berita/Komen Undang-Undang arrow Perhimpunan: Penduduk dibenar bantah
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Perhimpunan: Penduduk dibenar bantah PDF Print E-mail
Sunday, 15 January 2012 10:39am
Image©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)

PUTRAJAYA 14 Jan. - Mana-mana pihak yang dibatalkan permohonan untuk menganjurkan perhimpunan aman di kawasan yang tidak ditetapkan boleh mengemukakan rayuan terus kepada Menteri Dalam Negeri berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2011.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, rayuan boleh dikemukakan selepas permohonan itu dibatalkan polis kerana gagal memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.

"Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini memerlukan penganjur menyediakan notis awal iaitu sekurang-kurangnya 10 hari jika berhimpun di kawasan yang tidak ditetapkan.

"Notis itu memerlukan penganjur mengisi maklumat seperti nama, tujuan perhimpunan, masa, tarikh dan tempat berhimpun serta anggaran peserta.

"Setiap notis dan maklumat yang diberikan itu untuk membolehkan polis berhubung dengan pemegang amanah serta penduduk di kawasan yang dicadangkan itu dan dalam masa sama menjaga keselamatan kedua-dua belah pihak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pembukaan Tahun Perundangan 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria.

Tambah Abdul Gani, menerusi akta itu penduduk dibenarkan membuat bantahan jika tidak bersetuju perhimpunan diadakan di kawasan mereka.

Selain itu tegasnya, akta tersebut turut melarang perhimpunan diadakan di beberapa kawasan atas faktor keselamatan seperti rumah ibadat, sekolah, hospital, stesen minyak dan landasan kereta api.

"Ketegasan dan peraturan yang ditetapkan itu bukan untuk membebankan atau menyusahkan penganjur mahu pun peserta tetapi ia untuk memastikan perhimpunan di kawasan yang tidak ditetapkan berjalan dengan aman dan dalam masa sama mempertahankan hak dan kebebasan penganjur, peserta serta orang awam," katanya.

Beliau berkata, perhimpunan aman yang diadakan sama ada di kawasan dibenarkan atau tidak turut melarang kanak-kanak berumur di bawah 15 tahun menyertainya kecuali perjumpaan agama, pengebumian, kebudayaan dan yang dibenarkan oleh menteri.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 231 guests and 2 members online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
Google