feed
Home arrow News/Notices arrow News arrow Berita/Komen Undang Undang arrow Perhimpunan haram: Polis beri amaran sebelum bertindak
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Perhimpunan haram: Polis beri amaran sebelum bertindak PDF Print E-mail
Thursday, 13 October 2011 08:37am
Image©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Seorang saksi yang memberi keterangan dalam siasatan awam berkenaan dakwaan pelanggaran hak asasi manusia sebelum dan semasa perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu memaklumkan pihak polis sudah memberi amaran terlebih dahulu sebelum bertindak menyuraikan mereka yang berhimpun.

Salah seorang saksi, Noorsyazwani Muharam, 25, memaklumkan kejadian itu berlaku ketika peserta Bersih berhimpun di kawasan berdekatan Masjid Jamek di sini sebelum polis membunyikan loceng dan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

"Peserta perhimpunan mempunyai masa untuk bersurai namun mereka cuba bergerak ke depan dengan menuju ke arah polis," katanya yang menyertai pasukan pemerhati Majlis Peguam semasa perhimpunan tersebut di sini, hari ini.

Menurutnya, dia juga nampak anggota polis melepaskan tembakan gas pemedih mata terus kepada peserta perhimpunan.

Siasatan itu dijalankan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dengan kehadiran tiga saksi termasuk wartawan online MSN, Reta Lee Choi Wei dan teman lelakinya, Kenneth Chan.

Siasatan tersebut dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Suhakam, Prof. Datuk Dr. Khaw Lake Tee dan dua ahli panel siasatan awam iaitu Pesuruhjaya Suhakam, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi A. Majid dan Pesuruhjaya Suhakam, Detta Samen.

Wakil Majlis Peguam dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut hadir sebagai pihak pemerhati dalam siasatan awam tersebut.

Terma rujukan siasatan tersebut adalah bagi menentukan sama ada terdapat pelanggaran hak asasi manusia kepada mana-mana individu sebelum atau semasa perhimpunan.

Sekiranya ia berlaku, Suhakam ingin mengetahui bagaimana ia terjadi, apakah arahan, tatacara dan orang yang bertanggungjawab serta mengesyorkan langkah-langkah agar perkara itu tidak berlaku lagi.

Sementara itu, Ketua Penolong Setiausaha Suhakam, Ameer Izwanif Hamzah berkata, sebanyak 36 nama dipanggil untuk merakamkan percakapan di Suhakam namun hanya 10 orang yang tampil.

"Orang awam atau pertubuhan yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan awam ini," katanya.

Siasatan awam itu bersambung semula pada 15 November depan.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 228 guests and 2 members online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
Google