website statistics
feed
Home arrow News arrow Berita/Komen Undang-Undang arrow Pemberian dipersoal - Status hak milik tanah kekal 999 tahun kepada kampung baru di Perak
Advertisement
Pemberian dipersoal - Status hak milik tanah kekal 999 tahun kepada kampung baru di Perak PDF Print E-mail
Saturday, 28 June 2008 06:23am

©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)
Oleh Abdul Razak Din

IPOH 27 Jun – Cadangan kerajaan pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak untuk memberikan status hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru di seluruh negeri ini menimbulkan persoalan kerana ia dilihat lebih bermotifkan politik.

Ini kerana, pada masa yang sama, kerajaan negeri hanya merancang memberikan status hak milik 99 tahun kepada penduduk di Rancangan Kampung Tersusun (RKT).

Di seluruh negeri Perak, terdapat 60,000 penduduk di kampung baru dengan kira-kira 80 peratus kaum Cina.

Sementara RKT terdiri daripada 73,703 penduduk dengan pecahan 44.02 peratus Melayu, Cina (37.93 peratus) dan India (18.05 peratus).

Cadangan untuk memberi status hak milik kekal itu dianggap sebagai luar biasa kerana kerajaan campuran Perak baru tiga bulan memerintah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin ketika menggulung usul di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini hari ini berkata, rasional untuk memberi hak milik kekal dibuat berdasarkan prinsip keadilan dan ia mengikut apa yang dibenarkan oleh Kanun Tanah Negara.

Untuk itu katanya, beliau akan merujuk cadangan tersebut mengikut Kanun Tanah Negara atau mana-mana perundangan yang dibenarkan.

“Ini tertakluk kepada keputusan dan pertimbangan yang akan dibuat oleh kerajaan negeri dan juga kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang,” katanya

Ekoran itu, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir (BN-Pangkor) bangun bertanyakan apakah rasional memberikan hak milik kekal kepada 60,000 lot tanah tersebut.

Katanya, adakah ia berdasarkan faktor ekonomi iaitu bagi membolehkan tanah itu dicagar untuk tujuan perniagaan atau ia lebih berkait dengan isu politik demi menunaikan janji kerajaan negeri yang didominasi oleh DAP.

Zambry turut mempersoalkan kenapa hanya 60,000 lot di kampung baru itu sahaja disyorkan untuk diberikan status hak milik kekal 999 tahun.

“Kenapa tidak kepada semua tanah di Perak yang mempunyai penduduk tanpa mengira Melayu, Cina atau India,” katanya.

Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) pula bertanya, jika kerajaan negeri jujur, semua tanah di Perak perlu diberikan geran kekal sama ada untuk tujuan pertanian atau industri.

Mohammad Nizar bagaimanapun enggan mengulas lanjut soalan daripada kedua-dua wakil BN itu.

Namun kepada soalan bertulis Datuk Hasbullah Osman (BN-Temenggor) sama ada RKT akan diberikan hak milik kekal, Mohammad Nizar berkata, lot-lot tanah di RKT akan diberikan status pajakan 99 tahun.

“Sama ada kampung tersusun akan diberi taraf tanah kekal seperti yang akan diberi kepada kampung baru, saya ingin menjelaskan bahawa kampung tersusun adalah berstatus pegangan pajakan selama 99 tahun.

“Sama ada hak milik pegangan kekal akan diberikan seperti yang akan diberikan kepada kampung baru adalah tertakluk kepada keputusan dan pertimbangan yang akan dibuat oleh kerajaan negeri dan juga kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang berkaitan,” katanya.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

Q & A with Razak



View Full Calendar
October 2008 November 2008 December 2008
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 44 1
Week 45 2 3 4 5 6 7 8
Week 46 9 10 11 12 13 14 15
Week 47 16 17 18 19 20 21 22
Week 48 23 24 25 26 27 28 29
Week 49 30