Home
News
Berita/Komen Undang-Undang
Peguam tak perlu terbabit
News
Berita/Komen Undang-Undang
Peguam tak perlu terbabit | Peguam tak perlu terbabit |
|
|
|
| Saturday, 02 July 2011 08:18am | |
©Berita Harian (Digunakan dengan kebenaran)Oleh Rohaniza Idris dan Haspaizi Mohd Zain Bertindak secara rasional, profesional bukan emosional: PM KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, peguam profesional tidak perlu terbabit dengan demonstrasi jalanan kerana Malaysia adalah negara berdaulat, mempunyai undang-undang dan Perlembagaan yang perlu dihormati setiap rakyatnya. Justeru, Perdana Menteri berkata, peguam perlu bertindak secara rasional, profesional bukannya emosional, tanpa perlu menggadaikan harga sebuah keamanan dan keharmonian yang diperoleh hasil pejuang bangsa, agama dan negara. “Peranan peguam sama ada peguam syarie atau sivil sangat penting dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara. Peguam juga amat penting sebagai pihak yang turut menyumbang dan bertanggungjawab menegakkan keadilan. Malah, profesion guaman memang sudah tidak asing lagi kerana ia satu kerjaya yang dihormati serta berpengaruh dalam masyarakat,” katanya berucap merasmikan Persidangan Pegawai Syariah seluruh Malaysia kali ke-13 dan penutupan Konvensyen Peguam Syarie kali ke-2 di Hotel Grand Season di sini, semalam. Najib juga mengumumkan Akta Guaman Syarie akan diwujudkan bagi mengawal dan menjaga kebajikan dan profesionalisme peguam syarie serta pelanggan guaman syariah tidak lama lagi. Serentak itu, Majlis Peguam Syarie akan diwujudkan sebagaimana kewujudan Majlis Peguam yang mewakili peguam sivil seperti termaktub dalam Akta Guaman 1976. Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan Institut Latihan Kehakiman Syariah Malaysia (ILKAS) bagi memberi latihan secara profesional kepada hakim, pendakwa dan pegawai syariah lain termasuk peguam syarie. Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, Jabatan Kehakiman Syariah (JKSM) sudah mengenal pasti dan menyenarai pendek beberapa wanita yang layak untuk dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang pertama di negara ini dan kerajaan bersedia melantik lebih ramai lagi hakim wanita yang layak supaya Malaysia dapat menjadi mo-del negara lain dalam perunda-ngan Islam. Ketika ini, Malaysia mempunyai tiga Hakim Syarie Wanita. Beliau berkata, beberapa transformasi dan pengiktirafan sudah diterima badan kehakiman syariah seperti Perintah Mahkamah Syariah mengenai harta pusaka yang ‘laku’ dan diterima pakai di Australia dan Dokumen Kes Poligami diguna pakai di Pakistan. “Malah, Mahkamah Syariah juga menerima pakai keterangan secara bayyinah menerusi sampel asid deoksiribonukleik (DNA) seperti diamalkan di Mahkamah Sivil. Penerimaan DNA ini membuktikan Mahkamah Syariah telah lama dan bersedia menerima transformasi daripada pelbagai aspek. “Oleh itu, Mahkamah Syariah dan mana-mana pihak tidak perlu takut dan tidak perlu khuatir menjalankan DNA jika tujuan untuk membuktikan kesahihan fakta. Berani kerana benar, takut kerana salah,” katanya. Set as favourite Share Email This Comments (0)
![]() Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.
|
| < Prev | Next > |
|---|









©

















