|
• Isu Maybank: Pemenang persoal tindakan menteri
• Jangan halang aspirasi perniagaan bumiputera
• Jangan takut teruskan dasar baik – Mubarak
• Jangan tunduk pada tekanan
• Tidak wajar jadi isu kaum
• Hormati keputusan Maybank
• Bisik-bisik Awang Selamat
©Utusan Malaysia (Digunakan
dengan kebenaran)
Oleh: Yulpisman Asli dan Wan Syamsul Wan Seadey
KUALA LUMPUR 11 Mei – Kepimpinan UMNO meminta Malayan Banking Bhd. (Maybank)
mengekalkan keputusan asal mengenakan syarat pemilikan 50 peratus kepentingan
bumiputera dalam firma-firma guaman yang mahu menjadi panel bank tersebut.
Mereka menyifatkan pendirian bank terbesar negara itu sebagai satu tindakan
munasabah bagi memastikan wujud perkongsian adil antara bumiputera dan bukan
bumiputera.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, usaha Maybank itu
seharusnya diteruskan kerana ia bertujuan untuk membantu bumiputera.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, usaha Maybank itu
seharusnya diteruskan kerana ia bertujuan untuk membantu bumiputera.
‘‘Niat Maybank baik, seharusnya isu itu hanya dibincangkan di luar sahaja tetapi
telah dibawa masuk ke Kabinet dan keputusan sudah diputuskan.
‘‘Saya harap ia dapat diselesaikan dengan segera tanpa melibatkan isu sentimen
antara kaum,’’ katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO
Ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Mohd. Ali berkata, tindakan Maybank itu adalah satu pendekatan untuk memberikan
suasana persaingan yang lebih baik kepada firma-firma guaman.
Minggu lalu Maybank menetapkan mulai 1 Julai ini panel peguam sedia ada bank itu
dan yang baru dilantik perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga rakan kongsi
bumiputera, satu daripadanya mestilah bumiputera yang menguasai kepentingan
minimum 50 peratus.
Bagaimanapun, langkah Maybank itu dikritik oleh para pemimpin bukan bumiputera
termasuk menteri-menteri MCA.
Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pemuda UMNO, Datuk Subahan Kamal berkata, syarat
baru Maybank itu tidak harus dipertikaikan mana-mana pihak kerana ia jelas
mempertahankan hak Melayu.
‘‘Sepatutnya isu ini tidak timbul. Kita rasa janggal bila ia diperkatakan oleh
banyak pihak termasuk dibawa ke Kabinet.
‘‘Mengapa tidak lihat perkara ini sebagai satu usaha menggalakkan perkembangan
orang Melayu sendiri yang hak mereka semakin hilang?’’ katanya.
Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik
berkata, Maybank sebenarnya telah memulakan langkah patriotik yang harus
dicontohi oleh institusi-institusi perbankan lain.
‘‘Niat baik bank itu untuk mewujudkan perkongsian pintar antara bumiputera dan
bukan bumiputera telah disalah tafsir oleh pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab.
‘‘Syarat baru bank itu berhubung ekuiti panel peguam boleh memperbetulkan
kedudukan bumiputera sendiri di samping membantu kemajuan negara,’’ katanya yang
juga ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
Beliau menambah, langkah bank itu turut dilihat dapat meningkatkan taraf ekonomi
bumiputera yang agak rendah jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, beliau tidak faham
mengapa ada pihak yang memandang serong usaha Maybank itu.
‘‘Ini hak dan urusan Maybank yang jelas ingin membantu bumiputera dalam
aspek-aspek berkaitan.
‘‘Mengapa tidak ada pihak yang mempersoalkan institusi kewangan lain yang
terang-terang tidak pernah membantu bumiputera?’’ ujarnya.
Muhammad tidak faham mengapa masih ada tekanan diberi oleh beberapa pihak
berkaitan hak bumiputera.
Ahli MT UMNO, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin pula berpendapat, langkah Maybank
itu menguntungkan orang Melayu.
‘‘Maybank memberi perkhidmatan terbaiknya tetapi pada masa yang sama ia tidak
melupakan hak kaum lain di negara ini.
‘‘Seharusnya semua pihak memberi sokongan kepada mereka (Maybank) kerana dengan
terang ia menyokong hak bumiputera dengan tidak mengusik keperluan bangsa
lain,’’ jelasnya.
Sementara itu, Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican
berkata, keputusan Maybank itu dilihat trend sebenar globalisasi serta pasaran
terbuka melalui penggabungan kemahiran dan pengetahuan.
‘‘Maybank jelas berniat positif dalam usaha memperbanyakkan kerjasama selain
keseimbangan ekuiti sesama kaum.
‘‘Langkah ini jelas akan meletakkan satu tahap yang tinggi kepada usaha kerja
bumiputera dan seharusnya tidak akan wujud khidmat perbezaan standard atau tidak
kompetitif,’’ jelasnya.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad berkata, langkah Maybank itu
perlu untuk memastikan tiada syarikat yang akan memperkecilkan kemampuan
bumiputera.
‘‘Ia tidak ada kena mengena dengan isu perkauman sebaliknya membuka
seluas-luasnya peluang kepada bumiputera untuk terus ke hadapan,’’ katanya.
Isu Maybank: Pemenang persoal tindakan menteri
Oleh: Rozilan Salleh
PULAU PINANG 11 Mei – Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) mempersoalkan
tindakan menteri tertentu yang membawa ke mesyuarat Kabinet isu dasar baru
Malayan Banking Bhd. (Maybank) mengenai syarat pemilikan 50 peratus kepentingan
bumiputera dalam firma-firma guaman yang mahu menjadi panel bank itu.
Presiden Pemenang, Datuk Seri Mohd. Yusoff Latiff berkata, dasar Maybank itu
perlu dilihat secara positif dalam usaha memastikan perpaduan kaum bukan sahaja
membabitkan keseluruhan rakyat Malaysia tetapi juga dalam firma-firma guaman
sendiri.
‘‘Dari segi pengagihan kekayaan, walaupun bumiputera makin maju tetapi mereka
masih ketinggalan dan tidak mencapai tahap seperti yang digariskan dalam
dasar-dasar untuk membantu bumiputera.
‘‘Oleh itu, kita kesal dengan menteri berkenaan kerana tidak wajar perkara ini
dibawa ke Kabinet sehingga Kabinet mengambil keputusan meminta Maybank
memansuhkan syarat pemilikan ekuiti itu,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika
dihubungi di sini hari ini.
Beliau yang juga Naib Presiden Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) berharap
kerajaan akan menarik balik arahan itu memandangkan Maybank mengambil inisiatif
sendiri melaksanakan tanggungjawab sosial korporat bank itu terhadap bumiputera.
Pada masa yang sama, Mohd. Yusoff turut menyuarakan rasa kecewa dengan kenyataan
terbuka seorang bekas pemimpin yang pernah menduduki jawatan tinggi negara
tetapi mahu menghapuskan hak- hak keistimewaan orang Melayu.
‘‘Mereka patut menginsafi bahawa Malaysia berada pada kedudukan seperti hari ini
hasil perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu.
‘‘Oleh itu, tidak seharusnya selepas mereka mengecapi nikmat dan kekayaan negara,
tiba-tiba mereka mahu menghapuskan hak orang Melayu yang mereka sendiri pernah
perjuangkan,” tegasnya.
Jangan halang aspirasi perniagaan bumiputera
Oleh Gamal Nasir Mohd. Ali (Wartawan Utusan)
HAKIKATNYA, matlamat serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru (DEB) masih relevan
masa ini walaupun dasar berkenaan sudah berakhir pada 1990. Penerimaan Dasar
Pembangunan Nasional (DPN) memang boleh dilihat sebagai penerusan perjuangan
membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
Apa yang tersurat dan tersirat di dalam matlamat serampang dua mata itu adalah
sasaran pemilikan ekuiti 30 peratus bumiputera. Ia juga mahu melihat pembentukan
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang kukuh dan maju.
Namun, kedua-dua objektif tersebut dilihat sebagai masih gagal dicapai.
Sehubungan itu, keputusan kumpulan syarikat perbankan terbesar negara, Malayan
Banking Berhad (Maybank) mengenakan syarat pemilikan 50 peratus kepentingan
bumiputera dalam firma-firma guaman yang mahu menjadi panel bank berkenaan wajar
dilihat dari perspektif merealisasikan pencapaian objektif tersebut.
Bukan sahaja jumlah syarikat-syarikat milik bumiputera (dengan pemilikan saham
melebihi 50 peratus) teramat sedikit di dalam bidang guaman, tetapi juga di
dalam bidang-bidang profesional yang lain seperti akauntan, pemasaran dan
perundingan.
Dan dalam zaman globalisasi serta keterbukaan melalui Kawasan Perdagangan Bebas
(FTA), firma-firma bumiputera bukan sahaja bersaing dengan rakan-rakan mereka
yang bukan bumiputera, tetapi juga dari luar negara yang bermodal dan mempunyai
pasaran global.
Kita akui kerajaan perlu bersikap adil dan menyokong semua firma yang dimiliki
rakyat Malaysia. Namun bagi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta
yang dikuasai oleh institusi-institusi pelaburan bumiputera seperti Permodalan
Nasional Berhad (PNB), mereka tidak perlu apologetik dengan keputusan serta
tindakan yang bertujuan mewujudkan MPPB yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Usaha melahirkan usahawan bumiputera glokal, yang berpaksi global dan
bertunjangkan lokal, seperti yang diuar-uarkan oleh UMNO mustahil dapat
dilakukan jika jumlah mereka tidak ditambah dan diperkuat setiap masa. Strategik
pembenihan dan pemupukan firma-firma bumiputera di dalam bidang-bidang tertentu
perlu selalu difikir serta dilaksanakan dari semasa ke semasa tanpa rasa penat
apalagi was-was.
Dengan memastikan bahawa sebagai contoh 30 peratus daripada panel syarikat
guaman Maybank adalah terdiri daripada firma bumiputera, apakah tindakan itu
disifatkan sebagai diskriminasi atau menindas?
Bumiputera sepatutnya berasa marah dan kecewa jika syarikat-syarikat Malaysia
yang berjaya lagi menjadi gergasi atas sokongan dan projek kerajaan tidak
menyokong dasar serta ketetapan yang mewujudkan persekitaran komuniti yang
stabil dan harmoni.
Kita bukan mahu mengungkit-ungkit syarat dan prosedur pengambilan kerja dan
pemberian projek yang disifatkan antibumiputera yang berleluasa pada masa ini.
Namun, syarat dan keutamaan bahasa kepada bukan bahasa Malaysia serta
pengantarabangsaan firma termasuk kakitangan sudah tentu tidak membuka peluang
kepada menambah pemilikan ekuiti bumiputera di Malaysia.
Ini tentunya boleh ditakrif sebagai satu perkembangan yang tidak sihat dan
berbahaya.
Bumiputera yang menjadi majoriti penduduk di Malaysia hanya menuntut
sekurang-kurangnya pemilikan 30 peratus ekonomi negara sebagai satu keseimbangan
dan keadilan. Tuntutan ini tidak wajar dilihat sebagai keterlaluan atau
penindasan kerana mereka boleh bila-bila masa sahaja meletak sasaran yang lebih
tinggi, misalnya 70 peratus. Apa yang akan jadi pada masa itu?
Mungkin sudah tiba masanya bumiputera sendiri bertindak dengan lebih cerdik dan
bersepadu. Tidak wajar lagi kita meletak harapan dan tuntutan mewujudkan MPPB
hanya kepada PNB. Lebih banyak institusi pelaburan bumiputera perlu ditubuh dan
digemblengkan agar mereka juga boleh menyokong usaha berani Maybank.
Malah firma-firma glokal bumiputera sendiri perlu meletakkan syarat dan
keutamaan terhadap menambah syarikat-syarikat bumiputera yang diberi projek
serta kontrak. Jika tidak pun 50 peratus, sekurang-kurangnya 30 peratus.
Mereka tidak patut hanya menjadi pemerhati atau penanti isyarat, tetapi menjadi
pelopor dan penggerak agenda bangsa.
Jangan takut teruskan dasar baik – Mubarak
KUALA LUMPUR 11 Mei – Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mahu
Malayan Banking Bhd. (Maybank) jangan takut untuk meneruskan dasar yang mereka
fikir baik.
Ini termasuk mengenakan syarat pemilikan 50 peratus kepentingan bumiputera dalam
firma-firma guaman yang mahu menjadi panel bank tersebut.
Pemangku Presiden Mubarak, Datuk Abu Zahar Nika Ujang berkata, beliau yakin
pentadbiran Maybank telah mengkaji secara terperinci tentang baik buruknya
sesuatu dasar sebelum melaksanakannya.
‘‘Ini termasuk juga kedudukan panel-panel peguam dan sebagainya,’’ katanya
kepada pemberita selepas menyertai kunjungan hormat 22 anggota veteran UMNO ke
atas Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Menara Dato’ Onn, Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Beliau mengulas laporan mengenai tindakan Maybank, bank terbesar di negara ini
mengenakan syarat pemilikan 50 peratus kepentingan bumiputera dalam firma-firma
guaman yang mahu menjadi panel bank tersebut.
Abu Zahar yang juga Timbalan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia berkata,
beliau kesal dan kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang menyifatkan tindakan
bank tersebut sebagai diskriminasi dan bersifat pilih kasih.
Katanya, perkataan seperti itu tidak sepatutnya digunakan kerana beliau yakin
Maybank mesti mempunyai asas dan rasional sendiri dalam membuat tindakan
tersebut.
Justeru dalam hal ini, beliau menyarankan semua pihak lebih berhati-hati apabila
membuat sebarang kenyataan yang membabitkan bumiputera.
‘‘Ini kerana, sejarah Malaysia ada uniknya. Mungkin peguam muda ini tidak tahu
sejarah bagaimana kita menjaga keharmonian dengan hormat menghormati antara satu
sama lain sejak merdeka. Kalau ada masalah, kita bermusyawarah,’’ katanya.
Jangan tunduk pada tekanan
KUALA LUMPUR 11 Mei – Maybank tidak harus tunduk terhadap sebarang tekanan
berhubung syarat pemilikan 50 peratus kepentingan bumiputera dalam firma-firma
guaman yang mahu menjadi panel bank tersebut.
Presiden Pertubuhan Generasi Profesional Pewaris Bangsa (Prowaris), Feriz Omar
berkata, sebagai sebuah bank yang berkait rapat dengan kepentingan orang Melayu,
apa yang dilakukan bank itu adalah wajar dan tepat.
Beliau berkata, semua pihak harus sedar bahawa firma guaman milik bumiputera
sukar mendapat peluang berkhidmat dengan bank-bank milik bukan Melayu dan oleh
itu tindakan Maybank itu tidak harus dipertikaikan.
“Dalam isu ini kita perlu realistik. Sekiranya bank-bank yang ada kepentingan
Melayu seperti Maybank ini tidak memberi peluang, bank mana yang sedia
menawarkan peluang yang sama kepada orang Melayu.
“Saya percaya jawapannya tidak ada. Semua pihak perlu bersikap lebih adil.
Sekiranya kita membuat kajian di bank-bank milik bukan Melayu saya yakin sudah
pasti tidak ada satu pun firma guaman diberi peluang berkhidmat dengan mereka,”
katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan ahli ekonomi, peguam dan tokoh politik Melayu hari ini
meminta kerajaan mempertahankan tindakan Maybank mengenakan syarat pemilikan 50
peratus kepentingan bumiputera dalam firma-firma guaman yang mahu menjadi panel
bank tersebut
Mereka berpendapat, langkah Maybank - bank perdagangan terbesar di negara ini -
memperkenalkan dasar baru berkaitan firma guaman adalah selari dengan polisi
kerajaan untuk mengagihkan secara adil kekayaan negara.
Tidak wajar jadi isu kaum
IPOH 11 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO Perak menyifatkan pihak yang
mempertikaikan langkah Maybank mengenakan syarat pemilikan 50 peratus bumiputera
dalam firma guaman yang berurusan dengan bank tempatan terbesar sebagai satu
polemik politik sempit.
Ketuanya, Zainol Fadzi Paharuddin berkata, pihak terbabit tidak sepatutnya
menganggap dasar bank itu sebagai satu isu perkauman.
Beliau berkata, ini kerana pemilikan 50 peratus kepentingan bumiputera dalam
sesebuah firma guaman tidak akan menjejaskan peluang perniagaan kaum lain.
“Janganlah mensensasikan isu ini kerana ia boleh menjejaskan keharmonian
pelbagai kaum di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau mengulas isu berkaitan keputusan Jemaah Menteri yang meminta Maybank
supaya memansuhkan syarat pemilikan 50 peratus bumiputera ke atas firma-firma
guaman yang ingin menjalankan urusniaga dengan bank itu.
Bagaimanapun, Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa ahli-ahli ekonomi,
peguam dan tokoh politik Melayu meminta kerajaan mempertahankan tindakan Maybank
itu.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada masa sama
juga menegaskan bahawa isu tersebut tidak sepatutnya dibawa ke Kabinet.
Mengulas lanjut, Zainol Fadzi berkata, tindakan yang dibuat oleh Maybank itu
membuktikan ia begitu komited untuk membantu usahawan bumiputera dan memohon ia
tidak dipinda.
Justeru, katanya, langkah tersebut perlu dipertahankan kerana ia dasar yang amat
baik terutama dalam membantu kerajaan mencapai matlamat pemilikan ekuiti
bumiputera dalam bidang ekonomi yang masih jauh jurangnya.
“Langkah Maybank ini jelas membuka minda kepada pemimpin-pemimpin,
syarikat-syarikat kerajaan dan kakitangan kerajaan agar sentiasa menjadikan
agenda bumiputera sebagai dasar yang perlu diperjuangkan dan dipertahankan,”
katanya.
Hormati keputusan Maybank
KUALA TERENGGANU 11 Mei – Semua pihak diminta menghormati tindakan Malayan
Banking Bhd. (Maybank) mengenakan syarat pemilikan 50 peratus kepentingan
bumiputera dalam firma-firma guaman yang mahu menjadi panelnya kerana bank itu
berhak membuat keputusan berhubung dasarnya.
Beberapa peguam ketika dihubungi berpendapat, tindakan tersebut tidak sepatutnya
dipertikaikan kerana terpulang kepada bank berkenaan untuk melantik apa jua
jenis firma guaman sebagai panelnya.
Seorang peguam, Osman Bakar berkata, beliau tidak melihat sebarang unsur
diskriminasi kaum berhubung tindakan Maybank itu.
Beliau percaya keputusan itu bertujuan memberi peluang yang lebih besar kepada
firma guaman bumiputera untuk menjadi panel bank-bank di negara ini.
‘‘Maybank merupakan sebuah bank yang kerajaan mempunyai pegangan di dalamnya,
oleh itu tindakan tersebut adalah mencerminkan hasrat kerajaan supaya golongan
bumiputera terlibat secara langsung dalam pembangunan ekonomi negara,” katanya.
Beliau memberitahu, situasi yang berlaku sekarang terdapat sesetengah bank luar
yang beroperasi di negara ini amat payah untuk membuka peluang kepada firma
guaman bumiputera menjadi panel mereka.
Justeru menurutnya, tindakan Maybank itu merupakan satu langkah timbal balik
oleh bank tempatan untuk memberi ruang kepada firma guaman bumiputera menjadi
panel kerana peluang tersebut jarang diberikan oleh bank-bank luar.
Katanya, tindakan Maybank mengenakan syarat tersebut bukan satu perkara yang
luar biasa kerana firma-firma guaman yang ingin menjadi panel bank-bank lain
juga dikenakan pelbagai syarat termasuk perlu dilindungi insurans dalam jumlah
tertentu.
Sementara itu, rakan kongsi sebuah firma guaman bumiputera di sini, Sallehudin
Harun berkata, ada sesetengah bank yang selama ini dimonopoli oleh firma guaman
bukan bumiputera sebagai panel sehingga amat sukar dipecahkan oleh firma guaman
bumiputera.
Menurutnya, kebanyakan bank yang 100 peratus panel mereka terdiri daripada firma
guaman bukan bumiputera adalah bank-bank luar.
Beliau melihat tindakan Maybank itu sebagai usaha untuk memecah monopoli firma
guaman bukan bumiputera sebagai panel bank itu.
‘‘Ini pilihan Maybank, kena ikutlah,’’katanya.
Tambahnya, tindakan itu bukan satu keputusan yang dialu-alukan oleh semua pihak
memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk.
Menurutnya, sedikit sebanyak akan memberi tekanan kepada firma guaman bukan
bumiputera dan boleh menjurus kepada perasaan tidak puas hati di kalangan mereka.
Bisik-bisik Awang Selamat
SATU demi satu isu terus menguji masyarakat Melayu. Kuasa politik Melayu yang
tidak berapa teguh ini, kerap diasak oleh kaum yang menguasai ekonomi negara.
Terbaru isu tindakan Maybank mengenakan syarat pemilikan 50 peratus kepentingan
bumiputera dalam firma-firma guaman yang mahu menjadi panel bank tersebut.
Ketika Maybank mahu memperbetulkan ketidaksamaan agihan kekayaan yang dimonopoli
syarikat bukan Melayu, parti-parti Cina membantah habis-habisan. Kabinet
kemudiannya akur kepada bantahan itu.
Awang tidak nampak apa salahnya Maybank membuka peluang kepada firma guaman
bumiputera kerana ia juga suatu tanggungjawab sosial.
Apakah isu ini menunjukkan bahawa kekuatan politik Melayu kian terhakis? Apakah
juga kompromi Melayu selama ini telah memakan diri? Awang harap jawapannya tidak.
Agak menyedihkan kerana isu ini tercetus pada minggu UMNO selaku parti peneraju
kerajaan, menyambut ulang tahun ke-61.
Isu-isu sebegini jika tidak ditangani dengan berani dan bijak oleh UMNO, hanya
akan menambah luka masyarakat Melayu.
Awang – Tabik Maybank.
|
Our Federal Constitution is the supreme law in Malaysia, and one of its most important provisions is Article 8 which is also known as the EQUALITY provision. Simple enough to understand though it might hard to swallow, this Article safeguards the fundamental rights and interests of every persons in Malaysia where everybody SHOULD enjoy equal rights and treatments, and there SHOULD NOT BE any sort of discrimination in terms of nationality, RACE, gender, skin color, so on and so forth.
It is a known fact that Malaysia is a multi-racial society where we have been keeping its harmony, or we have at least been promoting such an image in the local adverts. However, when one particular race's interest forms the ONLY concern of the government, how does the EQUALITY stand on such a unbalanced scale??
All Malaysians should read the Federal Constitution, more so for the politicians who hope to be our next PM or Ministers in one day, even not for the entire Constitution, at least for those very fundamental provisions, so that when they open their mouths, they would not talk as if there is no Constitution in Malaysia. For goodness sake, we do have one, and it is written.
It is a known fact that Malaysia is a multi-racial society where we have been keeping its harmony, or we have at least been promoting such an image in the local adverts. However, when one particular race's interest forms the ONLY concern of the government, how does the EQUALITY stand on such a unbalanced scale??