Home
News
Berita/Komen Undang-Undang
Majlis Peguam usah berpolitik
News
Berita/Komen Undang-Undang
Majlis Peguam usah berpolitik | Majlis Peguam usah berpolitik |
|
|
|
| Tuesday, 02 August 2011 10:05am | |
©Berita Harian (Digunakan dengan kebenaran)Oleh Osman Lisut Tak wajar sekongkol pembangkang: JMM KUALA LUMPUR: Majlis Peguam diminta bersikap profesional tanpa prejudis terhadap institusi kehakiman dan berhenti mencampuri urusan serta isu politik di negara ini. Yang Dipertua Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, berkata tindakan beberapa ahli Majlis Peguam yang bersekongkol dengan ahli politik pembangkang nyata berat sebelah dan sewajarnya dihindarkan. “Majlis Peguam kini jadi kuda tunggangan pembangkang apabila ahlinya menyalahgunakan kedudukan bagi kepentingan parti berkenaan. Laungan keadilan sistem kehakiman yang selalu diperbesarkan adalah laungan palsu dan tindakan retorik majlis berkenaan semata-mata. “Kami mendesak Majlis Peguam segera berhenti mencampuri urusan politik dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana sikap prejudis mereka terhadap beberapa isu yang hangat diperkatakan termasuk kes kematian Teoh Beng Hock. “Kenapa perlu pertikaikan keputusan Suruhanjaya Diraja yang mendapati mendiang membunuh diri, tidak lain tidak bukan adalah kerana dipengaruhi pembangkang,” katanya selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil majlis itu di hadapan Pejabat Majlis Peguam, di sini semalam. Hadir sama lebih 30 ahli JMM yang turut membawa kain rentang ang meminta Majlis Peguam ditutup dan tidak menjadi kuda tunggangan parti pembangkang. Azwanddin berkata, Majlis Peguam perlu membersihkan masalah dan salah laku peguam di negara ini sekiranya mereka tetap mahu membabitkan diri dalam isu parti politik selain perlu meletak jawatan dalam organisasi itu daripada memalukan profesion dan badan berkenaan. Set as favourite Share Email This Comments (0)
![]() Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.
|
| < Prev | Next > |
|---|









©

















