seperti yang diterbitkan di Utusan Malaysia pada 21 Jun 2011
Kuala Lumpur 21 Jun - Majlis Peguam hari ini menafikan dakwaan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mendakwa majlis itu dijadikan 'kuda tunggangan' oleh kalangan pemimpinnya untuk terjun ke dalam kancah politik.
Presidennya, Lim Chee Wee berkata, ahli Majlis Peguam tidak mempunyai niat untuk menyertai bidang politik sebaliknya kekal dengan matlamat penubuhan majlis berkenaan.
Menurut beliau, matlamat Majlis Peguam adalah jelas iaitu untuk membantu negara dalam mewujudkan negara demokrasi yang bebas, saksama dan adil serta mempertahankan Perlembagaan.
"Majlis Peguam atau Badan Peguam bukanlah ahli Bersih. Cuma sebahagian ahlinya yang merupakan ahli Bersih.
"Majlis Peguam tidak menyertai perhimpunan (Bersih) tetapi akan mengadakan dua pasukan iaitu sebagai permerhati dan membantu sesiapa yang ditahan semasa perhimpunan termasuk ahli UMNO dan Perkasa.
"Kami berpendapat semua orang berhak untuk mendapatkan bantuan guaman. Sekiranya Datuk Ibrahim Ali (Presiden Perkasa) ditahan, kami bersedia memberikan khidmat guaman. Oleh yang demikian, adalah satu salah faham bahawa Majlis Peguam merupakan kuda tunggangan orang lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim yang mendakwa pemimpin Majlis Peguam dilihat seolah-olah menjadikan pertubuhan itu sebagai kuda tunggangan untuk terjun dalam kancah politik.
Mengulas lanjut, Chee Wee berkata, Majlis Peguam menentukan dasar dan destinasi sendiri dan tidak melibatkan pihak luar.
Mengikut Akta Profesion Guaman, ujarnya, Majlis Peguam diwajibkan antara lain untuk mempertahan dan mempromosikan kedaulatan undang-undang.
"Majlis Peguam ada banyak kegiatan dan bukan sahaja mengeluarkan kenyataan media. Contohnya, orang awam tidak sedar bahawa Majlis Peguam bekerja rapat dengan kerajaan berkenaan pentadbiran keadilan.
"Kami juga bekerja rapat dengan Peguam Negara berkenaan draf undang-undang," tegas beliau.
Selain itu, tambahnya, Majlis Peguam turut bekerja rapat dengan Ketua Hakim Negara untuk meningkatkan taraf undang-undang dan mengadakan pelbagai kursus bagi meningkatkan profesion guaman.
"Untuk itu, saya tegaskan sekali lagi bahawa Majlis Peguam tidak berniat untuk menyertai bidang politik," katanya.
2012 Bar Council Subscription Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
2012 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Bar Council Bookshop Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012) Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Seminar on an Introduction to the Industrial Relations Act (23 May 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 23 May 2012 (Wednesday). The seminar will be conducted by Wong Keat Ching. Click on the link above for more details.
Seminar on Tax Issues in Financial Transactions (25 May 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar, featuring S Saravana Kumar, will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 25 May 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Dialogue with Criminal Law Practitioners (26 May 2012) Organised by Bar Council, this dialogue will take place at 10:00 am to 12:00 pm, at the Raja Aziz Addruse Auditorium, Bar Council, on 26 May 2012 (Saturday). Click on the link above for more details.
Conference on Competition Law (31 May 2012) Organised by Bar Council with the support of LexisNexis, this conference will take place at 8:30 am to 4:00 pm, at Renaissance Kuala Lumpur Hotel, on 31 May 2012 (Thursday). For more details or to register, please contact Vilashini Vijayan (03-2050 2095; vila@malaysianbar.org.my). Click on the link above for more details.
Talk on What Clients Want (7 June 2012) Organised by the KL Bar Practitioners' Affairs Committee, the talk, presented by Ong Eu Jin, will take place at 5:00 pm, at the KL Bar Auditorium, on 7 June 2012 (Thursday). Click on the link above for more details.
4th LAWASIA Family Law Conference, Penang (13 and 14 July 2012) Supported by Penang Bar Committee and the Malaysian Bar, this conference, themed “The New Global Family: Emerging Trends and Challenges to Family Practice”, will take place at Traders Hotel, Penang, on 13 and 14 July 2012 (Friday and Saturday). Click on the link above for more details.