feed
Home arrow News arrow Berita/Komen Undang-Undang arrow Majlis Fatwa gesa siasat isu gereja
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Majlis Fatwa gesa siasat isu gereja PDF Print E-mail
Monday, 08 August 2011 09:07am
Image©Berita Harian (Digunakan dengan kebenaran)

KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan mahu pihak berkuasa menyiasat segera motif sebenar umat Islam dijemput menghadiri majlis makan malam di sebuah gereja di Petaling Jaya, baru-baru ini. 

Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin yang kesal dengan kejadian itu turut mempersoalkan kenapa majlis itu diadakan ketika umat Islam menjalani ibadat puasa.“Jika ia bertujuan untuk mempengaruhi individu supaya menukar agama, perkara itu jelas bertentangan dengan Perlembagaan negara.

“Jika ia sekadar program makan malam, ia tidak sesuai kerana itu adalah waktu berbuka puasa dan diadakan di gereja. Jadi kita kena tengok apa motif sebenar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya kerana mengadakan majlis yang turut dihadiri umat Islam. 

Majlis itu dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disyaki berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan percuma kepada golongan miskin atau menghadapi masalah kewangan sebelum memesongkan akidah mereka. 

Sebahagian besar sasaran adalah golongan gelandangan dan ibu tunggal yang tidak berpendapatan tetap serta dibebani masalah kewangan. Pendedahan itu dibuat beberapa individu yang pernah menyertai program sama dan seorang daripadanya ditahan dalam serbuan itu. 
Sambil membidas NGO terbabit kerana tidak menghormati sensitiviti Islam terutama di bulan mulia ini, Abd Shukor meminta semua pihak supaya mengelak melakukan perkara sensitif termasuk menjemput orang Islam menghadiri majlis di gereja kerana ia jelas menimbulkan pelbagai tanggapan. 

Abd Shukor juga menegaskan, JAIS tidak boleh dipersalahkan kerana jabatan itu hanya menjalankan tugas. 

Beliau meminta pihak yang menghentam JAIS supaya tidak mengelirukan rakyat mengenai tugas serta peranan jabatan berkenaan.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 234 guests and 2 members online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
Google