feed
Home arrow News arrow Berita/Komen Undang-Undang arrow Lembaga Kelayakan Syariah ditubuh
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Lembaga Kelayakan Syariah ditubuh PDF Print E-mail
Thursday, 28 July 2011 09:06am
Image©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)
Oleh FARHANA JONI

KUALA LUMPUR 27 Julai - Kerajaan dicadang menubuhkan Lembaga Kelayakan Syariah bagi membantu dan mengawal selia profesion yang berkaitan di bidang ini.

Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin berkata, langkah ini juga akan memartabatkan undang-undang syariah setaraf dengan sistem perundangan sivil.

"Lembaga ini juga bertanggungjawab memberi kebenaran dan mengawal selia ahlinya seperti hakim, peguam mahu pun pensyarah undang-undang syariah.

"Satu badan disiplin akan ditubuhkan dalam lembaga itu bagi memantau ahli-ahlinya supaya mengamalkan sistem perundangan syariah berlandaskan al-Quran dan sunah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi perbincangan mengenai kaedah meningkatkan profesionalisme modal insan dalam bidang perundangan di institusi pengajian tinggi (IPT) pada muzakarah bertajuk, Pemacuan Transformasi Sistem Perundangan Islam di Malaysia bertempat di IKIM di sini, hari ini.

Hadir sama, Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria; bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan Timbalan Ketua Bahagian Penasihat Syariah Jabatan Peguam Negara, Mahamad Naser Disa.

Muzakarah tersebut turut membincangkan isu keperluan transformasi, kaedah pembetulan persepsi negatif tentang fungsi dan keberkesanan agensi perundangan Islam di negara ini serta kaedah memantapkan mahkamah syariah.

Menurut Zaleha, muzakarah yang berlangsung hari ini itu penting untuk membolehkan mereka yang terlibat secara langsung dalam undang-undang syariah melontarkan idea bagi memartabatkan bidang tersebut.

"Menerusi perbincangan ini, satu pelan induk akan diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi menyusun semula undang-undang syariah secara menyeluruh," katanya.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 233 guests and 2 members online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
Google