feed
Home arrow News arrow Berita/Komen Undang-Undang arrow Keseimbangan antara kebebasan bersuara dan hak rakyat
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Keseimbangan antara kebebasan bersuara dan hak rakyat PDF Print E-mail
Wednesday, 07 December 2011 07:57am
Image©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)
oleh Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz

TIDAK ada sesiapa pun yang menyaksikan tragedi 13 Mei 1969 akan dapat melupakan ketakutan yang dirasai mereka apabila gelombang keganasan melanda Kuala Lumpur.

Apabila gumpalan asap yang menyelubungi ruang udara ibu negara itu berarak pergi, kira-kira 200 orang terlantar kaku. Rumah dan premis perniagaan musnah dan struktur sebuah negara yang masih baru rosak sehingga sukar untuk dipulihkan.

Bagaimanapun dalam tempoh berminggu-minggu, berbulan-bulan dan bertahun-tahun selepas tragedi itu, kita telah membangunkan semula bukan sahaja bangunan yang dibakar, tetapi juga struktur sosial dan semangat bersama yang telah menyatukan kita semua sejak Merdeka dan ini menjadikan kita rakyat 1Malaysia.

Hari ini, hasil daripada semangat bersama-sama untuk membangunkan negara adalah jelas untuk dilihat oleh semua. Malaysia adalah negara demokrasi bagi abad ke-21. Ekonomi juga mengalami pertumbuhan dan kes jenayah turut menurun. Dalam tempoh kira-kira empat dekad hidup bersama secara aman, kita telah mewujudkan masyarakat bertoleransi dan progresif, apabila sebarang pertelingkahan tidak diselesaikan di jalanan sebalik menerusi peti undi.

Tunggak utama kepada masyarakat kita yang harmoni adalah Perlembagaan negara ini yang menyatakan secara jelas hak-hak setiap rakyat Malaysia - termasuk hak untuk berhimpun secara aman. Hak itu adalah amat penting kepada kerajaan dan rakyat. Sebab itulah kerajaan menggubal Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman, undang-undang baru bagi memudahkan rakyat menggunakan hak mereka seperti termaktub dalam Perlembagaan dan menyukarkan pihak berkuasa menghalangnya.

Saya percaya rang undang-undang ini mengakui akan satu kebenaran penting yang para pengkritik telah memilih untuk tidak memberi perhatian: iaitu kebebasan untuk bersuara bukan bermakna seseorang itu mempunyai hak untuk memekik ungkapan ‘api’ di tengah persembahan teater yang sesak. Kebebasan untuk berhimpun juga bukan bermakna kita bebas untuk mencetuskan huru-hara di jalan-jalan.

Demonstrasi jalanan menganggu kehidupan harian dan apabila ini berlaku rakyat biasa yang akan sengsara. Bayaran RM50 atau RM60 mungkin dianggap bukan satu jumlah yang besar kepada ahli politik kaya yang mengeksploitasikan demonstrasi jalanan bagi menonjolkan diri mereka, tetapi ia adalah wang yang banyak kepada pemilik gerai yang tidak dapat berniaga selama sehari kerana jalan ditutup.

Siapakah mereka untuk mendakwa kekacauan yang berpunca daripada demonstrasi jalanan hanya akan berlangsung selama sehari? Kurang empat bulan lalu telah berlaku protes jalanan di London yang merebak menjadi rusuhan terburuk di Britain.

Bangunan dibakar, kedai dimasuki pencuri dan banyak individu tidak bersalah diserang - pelajar Malaysia, Asyraf Haziq termasuk di kalangan mangsa itu. Keganasan yang tidak munasabah ini tidak syak lagi telah mempengaruhi Setiausaha Dalam Negeri Britain, Theresa May yang pada September mengharamkan demonstrasi jalanan di kebanyakan tempat di London.

Beliau dapat melakukan langkah itu, sungguh pun mendapat kritikan daripada pembangkang, kerana sistem demokrasi di seluruh dunia mempunyai peruntukan undang-undang yang menyeimbangkan antara hak kebebasan bersuara dengan hak rakyat biasa menjalani kehidupan harian tanpa diganggu.

Lihat sahaja di Jerman apabila protes anti-Katholik telah diharamkan ketika lawatan Pope atau di Amerika Syarikat (AS) apabila polis antirusuhan telah digerakkan dalam minggu-minggu kebelakangan ini bagi menyuraikan protes-protes ‘Occupy’.

Meskipun Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman adalah berasaskan kepada undang-undang sama yang digunakan oleh negara-negara pengamal demokrasi di seluruh dunia, pihak pembangkang telah melakukan tindakan yang tidak mengejutkan untuk menyifatkan penggubalannya sebagai satu langkah ke belakang.

Untuk menyetujui hujah mereka, bermakna kita tidak menghiraukan akan fakta, contohnya aduan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bahawa mereka tidak dapat mengadakan perhimpunan dalam stadium pada 9 Julai lalu kerana polis enggan meluluskan permit. Jika Bersih ingin mengadakan perhimpunan pada 9 Julai tahun depan, terima kasih kepada rang undang-undang baru ini, mereka tidak perlu permit lagi untuk berbuat demikian.

Sekarang, orang sama yang menyatakan salah untuk polis mempunyai kuasa menghalang demonstrasi telah menentang undang-undang yang akan membuang kuasa itu!

Pada masa lalu, polis boleh untuk tidak meluluskan apa sahaja penganjuran protes. Undang-undang penapisan dan syarat-syarat mendapatkan lesen telah menyebabkan media tidak boleh dan tidak berminat untuk menyokong kempen antikerajaan.

Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) membolehkan penganjur protes ditahan dalam satu tempoh yang tidak pasti tanpa dituduh. Bagaimanapun berikutan pembaharuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semua ini akan berubah selama-lamanya.

Kerajaan melakukan semua perubahan ini kerana kita percaya rakyat Malaysia harus menikmati segala kebebasan yang diberikan kepada setiap warganegara negara demokrasi yang maju. Kita percaya rakyat Malaysia mahu diberikan kebebasan untuk menunaikan hak yang termaktub dalam Perlembagaan iaitu untuk berhimpun secara aman.

Kita percaya orang ramai tidak mahu huru-hara di jalanan, perniagaan ditutup, harta-benda dirosakkan dan rakyat cedera hanya supaya segelintir ahli politik dapat mempromosikan agenda mereka . Jika kita semua bersetuju dengan kerajaan, marilah kita menyokong rang undang-undang ini. Jika tidak bersetuju, tidak mengapa kerana Malaysia adalah negara demokrasi.

Kita boleh berpegang kepada apa sahaja pendapat, tetapi daripada menunjukkan sikap menentang di jalanan adalah lebih baik kita berbuat demikian menerusi peti undi. Itulah yang dilakukan generasi demi generasi di Malaysia sejak hari hitam pada 1969 dan kerana itu Malaysia kini menjadi negara yang kuat, bersatu dan progresif.

PENULIS ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 233 guests and 2 members online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
Google