feed
Home arrow News arrow Berita/Komen Undang-Undang arrow Kes tukar jantina diteliti
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Kes tukar jantina diteliti PDF Print E-mail
Friday, 22 July 2011 11:35am
©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)
Oleh YULPISMAN ASLI

JELI 21 Julai - Masyarakat diminta tidak mencemuh individu yang berdepan dengan krisis identiti, sebaliknya sama-sama mencari jalan bagi membantu golongan berkenaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya akan meneliti kes Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang gagal dalam permohonannya untuk menukar jantina bagi membolehkan bantuan disalurkan.

Beliau berkata, walaupun tindakan lelaki itu jelas bertentangan dengan agama, tidak bermakna dia tidak boleh dibantu.

"Kami di kementerian melihat dari sudut kebajikan, kemanusiaan. Tidak ada sebab kita tak membantu individu yang memerlukan bantuan untuk menegakkan maruah mereka.

"Kita tak payah cemuh atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada insan seperti ini, yang seeloknya kita bimbing dia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 1AZAM Kembara Nur peringkat negeri di padang Sekolah Kebangsaan Gemang dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) kementerian, Mohamad Foad Abdullah; Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Hadzir Mohd. Zain dan Pengarah JKM negeri, Mohd. Nor Chik.

Kelmarin, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan Mohd. Ashraf Hafiz untuk menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana.

Mengulas lanjut, Shahrizat berkata, tidak timbul soal salah faham di atas kesediaan kementerian untuk membantu Mohd. Ashraf Hafiz kerana bantuan yang akan diberikan adalah dari aspek kebajikan dan kemanusiaan.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 229 guests and 2 members online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
Google