Home
News
Berita/Komen Undang-Undang
Kerajaan tetap pinda ISA, jamin kebebasan bersuara
News
Berita/Komen Undang-Undang
Kerajaan tetap pinda ISA, jamin kebebasan bersuara | Kerajaan tetap pinda ISA, jamin kebebasan bersuara |
|
|
|
| Wednesday, 14 September 2011 09:29am | |
©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)PUTRAJAYA 13 Sept. - Kerajaan memberi jaminan akan melakukan beberapa pindaan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi memastikan ia selaras dengan perkembangan semasa. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, status pindaan tersebut bergantung kepada kelulusan Jemaah Menteri. "Saya beri jaminan, kita (kerajaan) akan tetap pinda akta itu dan sekarang pun proses pindaan sedang dilakukan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Terdahulu beliau mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar dan Tan Sri Norian Mai. Hishammuddin mengulas laporan portal Malaysia Insider yang mendakwa beberapa pindaan dijangka dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung ISA bagi menjamin kebebasan bersuara. Ditanya mengenai spekulasi ISA akan dimansuhkan seperti yang dilaporkan oleh portal tersebut semalam, beliau dalam nada sinis bertanya semula kepada pemberita: '"Mansuh? Siapa yang cakap?". Sumber portal itu mendakwa, langkah pindaan itu bertujuan mencari keseimbangan di antara kebebasan sivil dan keselamatan negara sebelum pilihan raya umum akan datang. Set as favourite Share Email This Comments (0)
![]() Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.
|
| < Prev | Next > |
|---|









©

















