feed
Home arrow News arrow Berita/Komen Undang-Undang arrow Kerajaan sedia pinda AUKU
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Kerajaan sedia pinda AUKU PDF Print E-mail
Friday, 11 November 2011 08:50am
Image©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)

PUTRAJAYA 10 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) boleh dipinda atau dihapuskan sekiranya para pelajar boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran tanpa 'digagahi' oleh pihak luar.

Menurutnya, sebelum ini, AUKU diperkenalkan kerana mahu memastikan pelajar universiti memberi tumpuan kepada pelajaran tanpa diganggu kegiatan luar iaitu berpolitik.

''Adakah anda sudah bersedia, kalau ya, mungkin akta itu boleh dipinda, tetapi mungkin kerajaan akan kata, tak perlu lagi kot ataupun mungkin kita pinda supaya pelajar boleh buat keputusan tanpa digagahi mana-mana kuasa perundangan.

''Kerana saudara sudah kata... saya tahu apa saya patut buat, kerajaan tidak perlu bimbang, kami akan tumpu masa pada pelajaran dan kalau pun penglibatan kami dalam politik ia untuk mengetahui perkembangan semasa sahaja," katanya ketika menjawab soalan peserta sempena Konvensyen Integriti Nasional di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, dalam soal ini, pelajar mungkin mendakwa mereka sudah matang dan tidak perlu dikawal oleh kerajaan memandangkan negara mengamalkan sistem demokrasi serta sanggup memberi jaminan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak membawa manfaat kepada negara.

''Contohnya, penglibatan pelajar dalam politik, mereka kata kita sudah capai usia matang 21 tahun dan sistem kita membenarkan sesiapa sahaja menjadi pemimpin dalam pertubuhan.

''Kerana tiada yang kata pelajar tidak boleh jadi pemimpin, tetapi soal pokoknya kalaulah dengan keterlibatan kita dalam aktiviti sebegitu dilihat kita lebih menjurus kepada berpolitik dan tidak menumpu pada soal pelajaran.

''Maka tentu timbul kebimbangan pada masyarakat kalau-kalau kampus dijadikan gelanggang politik yang tidak membawa hasil sebagaimana dikehendaki oleh institusi pendidikan untuk melahirkan manusia berilmu," tegas beliau.

Menurutnya, pelajar mungkin akan membahaskan bahawa politik juga bidang ilmu dan politik adalah satu keperluan untuk mengetahui perkembangan situasi negara dan dunia agar warga Malaysia tidak terasing dan terkecuali dalam sesuatu kegiatan.

''Itu memang betul, soalnya adakah ia dibuat secara aktif atau hanya sekadar pengetahuan yang tidak mengganggu proses pembelajaran sedangkan universiti adalah tempat untuk melahirkan generasi berilmu dan berakhlak," katanya.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 230 guests and 3 members online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
Google