feed
Home arrow News arrow Berita/Komen Undang-Undang arrow Kerajaan perlu jelaskan skop penapisan media - Zam
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Kerajaan perlu jelaskan skop penapisan media - Zam PDF Print E-mail
Thursday, 18 August 2011 09:30am
Image©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Kerajaan perlu menjelaskan sama ada kajian semula dasar penapisan media yang dicadangkan hanya melibatkan media luar negara atau termasuk media cetak dan portal berita tempatan.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, penjelasan itu penting kerana meskipun kini terdapat Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984) serta Akta Komunikasi dan Multimedia (1998) yang memperuntukkan tindakan terhadap penyiaran bersifat fitnah, hasutan dan sensitif, tetapi tidak ada inisiatif untuk menguatkuasakannya.

"Ada yang mematuhinya tetapi ada juga yang melanggarnya tanpa dikenakan tindakan sebaliknya hanya diberi amaran dan nasihat.

"Perkara ini berlaku kerana tidak ada keupayaan dan kepakaran yang dimiliki Kementerian Dalam Negeri untuk memantau secara kemas, teliti dan konsisten," katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

Zainuddin yang juga Tokoh Wartawan Negara berkata, satu lagi faktor yang perlu diambil kira adalah 'Keistimewaan Kebebasan' yang diberikan kepada portal berita atau media Internet menyebabkan ada akhbar berlesen merasakan tidak mendapat keadilan.

Menurutnya, situasi keliaran media seperti sebelum Operasi Lalang kini wujud semula dengan lebih luas lagi.

"Dalam hal ini, akhbar yang lebih bebas daripada akhbar lain mendapat kepercayaan ramai dan meningkat pengedarannya tetapi akhbar yang terus membuat penapisan sendiri akan merosot edarannya dan tidak popular," katanya.

Justeru itu, menurut Zainuddin, jelas tidak ada dasar keadilan dan kesamarataan terhadap semua akhbar dan ketua-ketua pengarang yang terlibat menyedari akan hal ini dan justeru mereka lebih memahami cadangan Najib bahawa dasar penapisan media tidak lagi berkesan.

"Dasar ini jika diteruskan akan membuka ruang kontroversi berbanding memberikan kesan kepada matlamat dan tujuan negara malah ia memburukkan lagi imej kerajaan dari segi amalan kebebasan," ujarnya.

Berbanding kerajaan Singapura yang telah 'mengajar' media dalam dan luar negara dengan menghadapkan mereka ke mahkamah dari semasa ke semasa, menurutnya, tidak ada inisiatif daripada kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap penyiaran berita bersifat pembohongan, fitnah, hasutan dan sensitif.

"Jika kerajaan hanya bertindak atas pengaduan orang ramai maka ternyata kerajaan lemah dan sekiranya undang-undang yang sedia ada tidak digunakan, maka adalah lebih baik tidak ada sebarang kajian semula terhadap dasar penapisan media di dalam atau luar negara," tegasnya.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 232 guests and 3 members online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
Google