feed
Home arrow News arrow Berita/Komen Undang-Undang arrow JIM pertikai peranan Majlis Peguam
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
JIM pertikai peranan Majlis Peguam PDF Print E-mail
Friday, 06 January 2012 09:41am
©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mempersoalkan tujuan penubuhan Majlis Peguam kerana dilihat kini lebih cenderung memihak kepada perjuangan individu berbanding membela nasib rakyat.

Salah satu NGO yang mempertikaikan tindak-tanduk badan tersebut adalah Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang berpendapat Majlis Peguam tidak sewajarnya menyokong mana-mana penganjuran perhimpunan yang diketahui boleh mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara.

Presiden JIM, Zaid Kamaruddin berkata, biarpun rakyat berhak untuk bersuara namun ia tidak wajar dilakukan di jalanan lebih-lebih lagi dalam satu perhimpunan yang bermotifkan politik atau bertujuan membela kepentingan individu.

"Sepatutnya Majlis Peguam menggunakan peranannya untuk mendidik masyarakat agar jangan terpengaruh atau terlibat menyertai mana-mana perhimpunan yang bertujuan membelakangkan undang-undang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Majlis Peguam berhubung hak rakyat untuk berhimpun dan membantah keputusan mahkamah kerana ia tidak dilarang dari segi undang-undang.

Zaid menyifatkan kenyataan itu sebagai amat berbahaya kerana ia boleh menggalakkan masyarakat untuk menyertai perhimpunan haram seperti 'Kempen Bebaskan Anwar 901' pada 9 Januari ini.

"Badan itu sepatutnya berkecuali dan lebih banyak mendidik masyarakat dalam soal ini (undang-undang) tetapi nampaknya mereka pula banyak memihak kepada pembangkang," katanya.

Pakar undang-undang, Prof. Salleh Buang pula berkata, Majlis Peguam sewajarnya mengambil pendekatan mendidik masyarakat dengan memberi penerangan yang terperinci berhubung isu yang berlaku.

"Sepatutnya mereka nasihatkan orang ramai jangan sertai perhimpunan ini dan memberi penerangan mengenai prosedur mahkamah," katanya.

Beliau melihat Majlis Peguam gagal menjalankan peranannya sebagai badan yang memperjuangkan kebebasan kehakiman apabila tidak berfungsi sewajarnya dalam isu-isu yang berkaitan.

Sementara itu Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, sebagai badan yang arif tentang undang-undang, Majlis Peguam seharusnya sedar bahawa perhimpunan yang dirancang pada 9 Januari nanti bermotifkan politik.

"Amat jelas penganjuran perhimpunan tersebut disalahgunakan oleh parti politik untuk memperjuangkan kepentingan individu dan lebih mengecewakan, Majlis Peguam seolah-olah menyokong perbuatan itu," katanya.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 228 guests and 3 members online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
Google