website statistics
feed
Home arrow News arrow Berita/Komen Undang-Undang arrow Jangan timbulkan soal qazaf: Dr M
Advertisement
Jangan timbulkan soal qazaf: Dr M PDF Print E-mail
Saturday, 19 July 2008 07:58am

©Berita Harian (Digunakan dengan kebenaran)

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seharusnya mengelak daripada diadili atas tuduhan meliwat bekas pembantunya dengan menimbulkan soal qazaf, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dia mungkin boleh cuba melakukannya dengan undang-undang buatan manusia tetapi tidak harus menggunakan hukum Allah untuk mencapai ketidakadilan, ia melanggar lunas Islam dan berdosa,” katanya dalam laman blognya, chedet.com.

Katanya, menimbulkan soal qazaf hanyalah untuk mengalihkan tumpuan di samping satu ugutan terhadap pihak yang membuat tuduhan iaitu jika tidak mengemukakan saksi, dia akan dituduh melakukan fitnah dan akan disebat.

 Katanya, al-Quran banyak memberi penekanan terhadap keadilan dan Syariah itu bukan sekadar proses penghakiman dan menjatuhi hukuman, sebaliknya untuk memastikan keadilan dilaksanakan.

“Akan menjadi ketidakadilan jika orang yang menjadi mangsa dihukum, manakala orang yang melakukan penganiayaan dibebaskan.

“Amat jelas al-Quran menerima bukti bersandarkan kepada keadaan seperti kes Nabi Yusuf dan Zulaikha walaupun tidak disokong oleh saksi. Islam meletakkan nilai yang tinggi kepada keadilan.

“Proses yang diambil dalam membuat penghakiman tidak boleh disalahgunakan dan diperalatkan untuk menyekat keadilan,” katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau pernah menerima aduan daripada dua lelaki yang mengaku diliwat Anwar tetapi mangsa tidak sanggup membuat laporan atau menjadi saksi di mahkamah kerana menganggap kejadian itu mengaibkan.

Bagaimanapun, katanya seorang daripada mereka menemui bekas Imam Masjid Negara yang kini Ahli Parlimen Pas untuk mendapatkan nasihat dari sudut agama.

“Ada beberapa tabiat yang sukar untuk dibuang. Perokok tegar akan menyatakan sedemikian, begitu juga penagih dadah,” katanya.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

Q & A with Razak



View Full Calendar