|
Hero boleh 'servis' 80 kambing betina |
|
|
|
|
Friday, 11 July 2008 11:52am |
|
©Berita Harian (Digunakan
dengan kebenaran)
DEWAN Rakyat semalam gamat apabila diberitahu kambing Boer jantan diberi makan
tongkat ali, telur dan madu bagi mengekalkan tenaga dalam usaha menghasilkan
baka berkualiti.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abdul Karim,
berkata setiap kambing jantan berkenaan juga mampu memberi 'perkhidmatan' kepada
80 kambing betina dalam satu-satu masa sebelum direhatkan seminggu.
Beliau berkata, kambing jantan itu yang sukar diperoleh dan bernilai tinggi,
juga dipinjam atau disewa kepada pusat ternakan lain untuk membantu menghasilkan
baka.
"Memang benar, perkara ini terjadi, saya pun tidak percaya, namun selepas diberi
taklimat dan mengadakan lawatan ke pusat ternakan kambing berkenaan, saya dapati
itu caranya menternak kambing Boer,” katanya.
"Seekor jantan yang dipanggil hero ini boleh 'servis' 80 ekor kambing betina.
Lepas itu direhatkan seminggu dan diberi makan tongkat ali, telur dan madu.
"Sebenarnya, usaha untuk mendapat kambing jantan atau 'starter' ini amat susah
dan harganya mahal, kami dalam proses untuk melaksanakan projek 'pejantan' atau
'starter' ini melalui proses kacukan bagi membolehkan industri ternakan kambing
negara berkembang maju," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ibrahim
Ali (Bebas-Pasir Mas).
|