Home
News
Berita/Komen Undang-Undang
Haniff syor tindakan ikut Akta Hasutan
News
Berita/Komen Undang-Undang
Haniff syor tindakan ikut Akta Hasutan | Haniff syor tindakan ikut Akta Hasutan |
|
|
|
| Wednesday, 14 September 2011 12:46pm | |
|
©Berita Harian (Digunakan dengan kebenaran) PUTRAJAYA: Bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar, berkata Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak perlu dikenakan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berhubung kenyataannya yang memutar belit fakta sejarah dengan mendakwa pengganas komunis adalah pejuang kemerdekaan sebenar. Sebaliknya, beliau berkata, Mat Sabu boleh dikenakan tindakan lain iaitu mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan atau Akta Hasutan kerana kenyataannya yang menggempar dan menakutkan masyarakat.“Siasatan terhadap Mat Sabu boleh dijalankan kerana pelbagai pihak terperanjat dengan kenyataannya dan ada antara mereka yang cemas dengan dakwaannya itu. “Dia (Mat Sabu) sudah jauh tersilap dari segi fakta sejarah dan beliau langsung tidak menyesal kerana mengeluarkan kenyataan seperti itu,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri perbincangan antara Bekas Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mat Sabu baru-baru ini bahawa pengganas komunis adalah pejuang kemerdekaan ketika berceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu. Pada masa sama, Haniff berkata, sekiranya polis sudah selesai menjalankan siasatan, Peguam Negara perlu mengambil kira kepentingan awam untuk mempercepatkan pendakwaan terhadap Mat Sabu. “Sekiranya polis sudah menyiapkan siasatan, Peguam Negara perlu faham iaitu kepentingan awam mesti diambil kira dalam menentukan sama ada keputusan untuk mendakwa Mat Sabu dipercepatkan atau sebaliknya,” katanya. Sebelum ini, ketika menjadi panel Wacana Merdeka bertajuk ‘Peristiwa Bukit Kepong: Siapa Wira Sebenar’, Hanif menyifatkan kenyataan Mat Sabu sebagai kenyataan yang bersifat hasutan. Set as favourite Share Email This Comments (0)
![]() Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.
|
| < Prev | Next > |
|---|



























