Home
News
Berita/Komen Undang-Undang
Cadangan pinda Akta Undang-Undang Sivil 1956
News
Berita/Komen Undang-Undang
Cadangan pinda Akta Undang-Undang Sivil 1956 | Cadangan pinda Akta Undang-Undang Sivil 1956 |
|
|
|
| Thursday, 01 December 2011 09:18am | |
©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)KUALA LUMPUR 30 Nov. - Kerajaan menimbangkan cadangan untuk meminda Akta Undang-Undang Sivil 1956 (Akta 67) bagi meningkatkan jumlah pampasan untuk kecederaan dan kematian yang ketika ini memperuntukkan pampasan sebanyak RM10,000. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, ia akan dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk dibincangkan lebih lanjut. ''Buat masa ini jumlah pampasan sebanyak RM10,000 itu memang ada asasnya. Namun, kita akan bangkitkan dalam mesyuarat Kabinet bagi meningkatkan jumlah tersebut. Kita berharap semua pihak termasuk peguam dan Majlis Peguam beri pandangan supaya pampasan yang diberikan mencukupi," katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan M. Manogaran (DAP-Teluk Intan) yang menyuarakan soal pampasan berkenaan yang dilihat terlalu kecil. Mengulas lanjut, Donald berkata, kerajaan sentiasa peka kepada keperluan semasa dan akan mempertimbangkan cadangan pindaan terbabit dari semasa ke semasa selaras dengan keperluan rakyat. Menjawab soalan asal Manogaran yang ingin tahu status cadangan skim asas perlindungan kecederaan dan kematian bagi pihak ketiga oleh Bank Negara dan Majlis Peguam, katanya, skim perlindungan motor baru yang telah diluluskan kerajaan awal tahun ini merangkumi dua perkara iaitu pelaksanaan penambahbaikan bagi meningkatkan kecekapan penyelesaian tuntutan motor, khususnya yang melibatkan kecederaan dan kematian pihak ketiga. Jelasnya, ia juga merangkumi penyelarasan premium secara berperingkat dalam tempoh empat tahun bermula 2012 hingga 2015. Ujar beliau, setakat ini penambahbaikan yang telah dilaksanakan termasuk ketelusan tempoh masa bagi menyediakan laporan polis dan perubatan serta kadar faedah yang dikenakan oleh pihak mahkamah sebagai sebahagian daripada kos pampasan yang telah dikurangkan daripada lapan peratus kepada empat peratus bagi mencerminkan kadar faedah semasa. Katanya, antara penambahbaikan yang dalam perbincangan adalah menubuhkan pusat panggilan Nationwide Call Centre (NWCC) bagi menyediakan khidmat nasihat percuma mengenai tuntutan insurans motor kepada orang awam yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Penambahbaikan itu juga, ujarnya, turut mengenakan peraturan yang lebih ketat mengenai yuran guaman bagi memastikan sebahagian besar pampasan dapat dimanfaatkan oleh mangsa kemalangan sendiri dan bukan peguam yang dilantik. Selain itu, katanya, sebuah kaunter khas di hospital akan disediakan bagi membantu mangsa kemalangan yang tercedera atau keluarga mereka untuk membuat tuntutan insurans motor. ''Bank Negara juga sedang mengkaji penyelarasan premium yang bakal dilaksanakan menjelang Januari tahun depan,'' tambahnya. Set as favourite Share Email This Comments (0)
![]() Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.
|
| < Prev | Next > |
|---|









©

















