Home
News
Berita/Komen Undang-Undang
Bom asap: Tindakan jika bersalah
News
Berita/Komen Undang-Undang
Bom asap: Tindakan jika bersalah | Bom asap: Tindakan jika bersalah |
|
|
|
| Sunday, 09 October 2011 10:30am | |
©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)Oleh ASSIM HASSAN KUALA LUMPUR 8 Okt. – Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap seorang anggota polis sekiranya terbukti dia bersalah melontar bom asap ketika menyuraikan peserta perhimpunan haram berhampiran Hospital Bersalin Cina (CMH) di Jalan Pudu di sini pada 9 Julai lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, polis akan menyiasat tindakan anggota berpangkat koperal itu sekiranya terbukti dia melanggar garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Beliau memberitahu, tindakan ke atas anggota terbabit akan dilaksanakan mengikut prosedur dan peraturan tatatertib peringkat jabatan. “Saya memberi jaminan akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas anggota terbabit sekiranya dia didapati bersalah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program komuniti kepolisan peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di Kuchai Lama di sini, hari ini. Selasa lalu, laporan Jawatankuasa Siasatan Dalaman, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan insiden lontaran bom asap berlaku di kawasan CMH dan bukannya di Hospital Tung Shin seperti dilaporkan sebelum ini.
Kata Mohmad, pihaknya turut memberi ruang dan hak kepada anggota terbabit untuk membela diri dan mengemukakan alasan berhubung insiden berkenaan. Sehubungan itu, kata beliau, siasatan dalaman pihaknya turut mengambil kita percakapan dan pembelaan anggota terbabit. “Buat masa ini, anggota itu masih lagi bertugas dan kita beri dia peluang untuk bela diri serta minta dia berikan alasan atas dakwaan itu dan mengapa dia berbuat demikian. Setakat ini, anggota itu belum mengemukakan penjelasan berhubung perkara itu,” katanya. Sementara itu, Mohmad turut melahirkan rasa gembira dan berterima kasih kepada kerajaan berikutan pemberian RM3,000 kepada bekas polis atau waris mereka menerusi Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. Menurutnya, pemberian itu dilihat satu penghargaan kerajaan ke atas pengorbanan pesara polis yang gigih berkhidmat terutama pada zaman darurat. Set as favourite Share Email This Comments (0)
![]() Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.
|
| < Prev | Next > |
|---|









©

















