feed
Home arrow News arrow Berita/Komen Undang-Undang arrow Betulkan persepsi negatif ke atas Akta Persaingan Malaysia 2010
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Betulkan persepsi negatif ke atas Akta Persaingan Malaysia 2010 PDF Print E-mail
Friday, 20 January 2012 10:06am
©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Akta Persaingan Malaysia 2010 yang berkuat kuasa 1 Januari lalu bukan untuk menyusahkan peniaga, sebaliknya mahu mewujudkan persekitaran perniagaan kompetitif dan adil khususnya kepada pengguna.

Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Tan Sri Siti Norma Yaakob berkata, pihaknya menerima pelbagai rungutan dan tanggapan negatif daripada peniaga berhubung pelaksanaan akta tersebut yang dianggap menyusahkan mereka.

Bagaimanapun, menurutnya, MyCC tetap berusaha menyakinkan pihak berkenaan bahawa pelaksanaan akta tersebut memberi banyak manfaat dan kelebihan terutama dalam melindungi hak mereka.

“Kita ada menerima banyak permohonan daripada syarikat yang mahu mereka dikecualikan daripada akta ini, namun kita percaya mereka ini sebenarnya masih tidak memahami sepenuhnya tentang manfaat dan pelaksanaannya,” katanya pada sidang akhbar taklimat Pelan Strategik MyCC di sini hari ini.

Menurut Siti Norma, sebelum akta itu dikuatkuasakan, pihaknya telah mengadakan program penerangan ke beberapa negeri termasuk Sabah dan Sarawak selama sebulan pada Disember lalu bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung pelaksanaan akta tersebut.

“Akta seperti ini sudah lama diperkenalkan di negara maju, cuma ia masih baru di negara ini. Sebab itu proses penerimaannya mengambil masa yang agak lama sebelum matlamatnya betul-betul difahami nanti,” katanya.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 230 guests and 4 members online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
Google