Home
News
Berita/Komen Undang-Undang
Bekas eksekutif akaun didakwa guna cek palsu
News
Berita/Komen Undang-Undang
Bekas eksekutif akaun didakwa guna cek palsu | Bekas eksekutif akaun didakwa guna cek palsu |
|
|
|
| Saturday, 11 February 2012 10:46am | |
©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)SHAH ALAM 10 Feb. - Seorang bekas eksekutif akaun sebuah syarikat swasta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 28 tuduhan menggunakan cek palsu serta pecah amanah terhadap wang berjumlah RM131,894.23 milik majikannya, enam tahun lalu. Tan Ai Lian, 43, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan tersebut dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Mohd. Fadhir Harun. Wanita itu didakwa melakukan pecah amanah terhadap 14 keping cek CIMB Bank milik majikannya, Agronite Ultrafine Minerals Sdn. Bhd., yang kesemuanya bernilai RM131,894.23 untuk kepentingan peribadi. Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Agronite Ultrafine Minerals di Lot 10, Jalan Selat Selatan 14, Pandamaran, Klang dekat sini antara 26 Disember 2006 dan 24 April 2007. Bagi setiap 14 pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan sebatan serta denda. Ai Lian juga didakwa menggunakan 14 cek sama yang dipalsukan sebagai tulen pada tempoh masa tersebut di pejabatnya. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Timbalan Pendakwa Raya, C. Vignes Kumar menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin serta memohon agar pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah. Peguam Kamarul Zaman Abdul Rahman bagaimanapun memohon jumlah yang lebih rendah memandangkan pertuduhan pecah amanah dan memalsukan cek melibatkan 14 transaksi yang sama. Mohd. Fadhir kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin serta mengarahkan pasport wanita itu diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan. Kes itu akan disebut semula pada 9 Mac ini. Set as favourite Share Email This Comments (0)
![]() Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.
|
| < Prev | Next > |
|---|









©

















